728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

21 April 2007

Bergaya ringkas dengan celana pendek | Koleksi PETUA Tradisional, tips, information of MALAYSIA

LEBIH kasual, ringkas dan bebas. Itulah imej ketara yang seseorang itu akan tonjolkan apabila memilih menggayakan celana pendek sama ada potongan paras lutut atau betis. Memilih celana pendek tidak dinafikan, membuatkan penampilan lebih menyerlahkan gaya sederhana dan bersahaja.

Bagaimanapun, menggayakan celana pendek bukan lagi hanya sesuai untuk aktiviti santai atau berlibur. Semakin ramai yang ‘berani’ memperhebatkan gaya dan memakai celana pendek ke mana saja dengan menyesuai padankan bersama berbagai ragam fesyen.



Sejak akhir-akhir ini, celana pendek juga didapati kembali popular dan mewarnai aliran fesyen masa kini daripada potongan jeans hingga khakis, legging atau ala marjina. Bagi wanita khususnya tentu lebih bertuah kerana banyak pilihan untuk menggandingkan celana pendek dengan pelbagai fesyen pakaian disukai.

Berbanding lelaki, padanan untuk celana panjang dan pendek sama saja iaitu kemeja atau baju T. Tetapi untuk wanita selain kedua-dua pakaian itu masih boleh memadankan gaun singkat bersama celana pendek yang sekali gus membuatkannya tampil kasual chic dan lebih feminin.

Untuk gaya yang lebih serasi dengan naluri wanita, sesekali anda juga boleh beralih pada celana pendek yang bercorak dan berwarna lebih ceria. Jika inginkan kelainan dan ingin menonjolkan kreativiti, anda boleh juga menggandingkan celana pendek dengan jaket atau bergaya ala maskulin.



Menggayakan celana pendek juga anda boleh memperlihatkan gaya ‘nakal’ dan seksi. Tetapi awas! Walau ke mana kaki melangkah, jagalah penampilan supaya tampak sopan dan menyerlahkan keperibadian yang tinggi.

INFO

Memperhebatkan gaya celana pendek
# Untuk tampil dengan gaya chic, disarankan memilih potongan tailored-shape. Biasanya memiliki lubang untuk tali pinggang, muat bahagian pinggul dan tidak ketat.
# Celana pendek sesuai dan boleh dipadankan dengan kasut bertapak rata ataupun bertumit tinggi mengikut kesesuaian gaya potongan seluar dan gandingan baju yang dipilih.
# Bagi gaya kasual yang segar, celana pendek sesuai dipadankan dengan top dan kardigan warna ceria serta tambahkan aksesori seperti rantai manik yang besar.
# Bagi yang lebih suka tampil gaya kesukanan, pilihlah kemeja polo dan celana pendek dengan jahitan lipatan di bawahnya (cuffed-short) supaya kelihatan kasual.


Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

Oleh Nor Affizar Ibrahim




  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Bergaya ringkas dengan celana pendek | Koleksi PETUA Tradisional, tips, information of MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top