728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

11 April 2007

6 penyakit bukan barah payu dara | WOMAN, sexy, beautiful, matured, health Wanita MALAYSIA

HANYA 20 peratus penyakit pada payu dara adalah barah. Selebihnya bukan barah tetapi masih mendatangkan rasa sakit dan memerlukan rawatan.

Ada enam jenis penyakit bukan barah yang menyerang payu dara. Setiap satu memiliki ciri-ciri yang hampir sama dengan barah payu dara. Justeru pengesanan dan pemeriksaan awal membolehkan seseorang itu mengetahui sama ada dia diserang barah atau tidak.

Dr Komathy Thiagarajan dari Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN), tidak dinafikan barah payu dara adalah barah yang menduduki carta teratas sebagai pembunuh wanita.



“Pada 2003 misalnya, daripada 100,000 wanita, 39.5 adalah pesakit barah payu dara manakala 16.5 peratus pesakit barah servik. Tetapi bukan semua penyakit pada payu dara itu barah,” katanya.

Pengesanan awal boleh mengurangkan risiko barah payu dara. Pemeriksaan sendiri misalnya mengambil masa kurang lima minit dan dilakukan sebulan sekali.

“Kekerapan membuat pemeriksaan sendiri mengikut jadual membolehkan wanita itu biasa dengan payu daranya dan jika berlaku keganjilan dia akan tahu ada yang tidak kena,” katanya.

Komathy berkata, amat penting bagi seseorang yang tidak pasti dengan keadaan payu daranya membuat pemeriksaan. Apatah lagi jika tergolong dalam kumpulan berisiko (adik beradik atau saudara terdekat yang meninggal dunia atau didiagnos dengan barah).

Selalunya wanita di dalam kumpulan begini diberi lebih perhatian kerana risiko barah payu dara yang tinggi berbanding wanita lain.

Mengenali enam jenis penyakit bukan barah

Fibrosistik

Fibrosistik menyebabkan payu dara kelihatan berbenjol dan terasa sangat sakit. Selalunya kesakitan bertambah menjelang haid.

Fibrosistik terjadi kepada lebih 50 peratus wanita. Ia masalah biasa dan dialami wanita tanpa mengira usia tetapi lebih kerap pada wanita sekitar umur reproduktif.

Fibrosistik dikenali menerusi keadaannya yang berbenjol, bengkak, sista cecair selain sakit. Ia bukan faktor risiko kepada barah tetapi keadaan payu dara yang berbenjol menimbulkan rasa tidak selesa.

Malah jika seseorang itu sebenarnya berhadapan dengan barah payu dara, sukar untuk membuat pengesanan kerana keadaan payu dara yang firbosistik.

Penyakit ini dikaitkan dengan kitaran haid. Kerana itu ia akan berasa sangat sakit menjelang haid. Dalam sesetengah kes, simptom fibrosistik masih berterusan ketika hampir putus haid. Dalam kes tertentu, fibrosistik memerlukan biopsi terutama jika benjolan agak keras.

“Tiada rawatan khusus menanganinya. Biasanya pesakit dinasihatkan tidak mengambil minuman berkafein. Kadangkala doktor menyarankan pesakit mengambil Vitamin B 6,”

Tetapi kebanyakan kes fibrosistik boleh ditangani dengan pengambilan pil perancang keluarga.

Fibroadenoma

Fibroadenoma adalah satu punca benjol pada payu dara. Ia tidak sakit dan boleh bergerak-gerak jika dipicit. Ia masalah payu dara yang sering terjadi dan boleh menyerang wanita tanpa mengira usia. Lebih kerap menyerang wanita berusia 20an dan 30an. Jika benjolan terjadi pada wanita berusia 40an, kemungkinan besar ia bukan firodenoma

Fibroadenoma dikaitkan dengan tahap hormon estrogen yang lebih tinggi dari biasa. Selalunya benjolan yang tumbuh berukuran satu ke 1.5 sentimeter. Saiz itu selalunya kecil hingga ia akan mengecil dengan sendirinya apabila tahap estrogen wanita menurun

Walaupun ia berbenjol seperti fibrosistik, tetapi benjolannya mempunyai sempadan yang jelas. Ia boleh bergerak-gerak apabila dipicit dan boleh tumbuh lebih dari satu benjolan pada satu-satu masa.

Diagnosis menentukan sama ada benjolan itu barah atau fibroadenoma memerlukan biopsi. Rawatan terbaik menangani fibroadenoma adalah pembedahan membuang benjolan kecuali jika ia terlalu kecil atau terlalu banyak.

Walaupun selepas pembedahan fibroadenoma boleh berulang.

Nekrosis lemak

Selalunya nekrosis lemak terjadi apabila berlakunya kecederaan pada tisu lemak payu dara. Tisu yang tercedera menjadi benjolan keras atau benjolan berisi minyak.

Seperti kebanyakan penyakit payu dara lain, diagnosis nekrosis lemak memerlukan biopsi. Tiada rawatan khusus untuk menangani nekrosis lemak.

Radang payu dara(mastitis)

Terjadi apabila kulit payu dara pecah dan kuman memasuki tisu payu dara. Ia menyebabkan jangkitan hingga kawasan yang tercedera terasa sakit dan kulit payu dara menjadi merah.

Biasanya doktor akan memberikan ubat penahan sakit dan antibiotik. Jika dibiarkan melarat nanah boleh berkumpul dan memerlukan pembedahan bagi mengeluarkan nanah.

Radang payu dara adalah masalah biasa bagi ibu yang menyusukan bayi. Anda akan tahu diserang radang payu dara apabila ia berasa sakit, panas, bengkak dan merah. Kadangkala tubuh berasa letih, gatal dan selesema. Kadangkala ibu yang menyusu bayi akan diserang demam dan selesama sebelum menyedari mereka sebenarnya mengalami radang payu dara.

Galaktorea

Galaktorea adalah masalah susu yang dihasilkan dari payu dara wanita yang tidak menyusu bayi. Kadangkala galaktorea membabitkan sebelah payu dara saja atau mungkin boleh menyerang kedua-dua belah payu dara.

Dalam kes galaktorea, susu mungkin keluar secara spontan atau setiap kali payu dara disentuh. Galaktorea dikaitkan dengan penggunaan ubat-ubatan tertentu (ubat darah tinggi, ubat kemurungan, hormon dan ubat tahan muntah).

Ia boleh juga terjadi kerana penggunaan dadah, ketumbuhan pada kelenjar susu atau pemeriksaan payu dara sendiri yang terlalu kerap. Kadangkala galaktorea boleh terjadi kerana stimulasi aktiviti seks. Galaktorea biasanya dirawat berdasarkan punca penyebab.



Ektasia duktus (duct ectasia)

Walaupun barah payu dara dikaitkan dengan pengeluaran nanah pada puting, ada juga sejenis penyakit bukan barah yang boleh mengeluarkan cecair tebal dan melekat.

Ektasia duktus atau masalah jangkitan saluran susu misalnya menyebabkan puting mengeluarkan cecair berwarna hitam atau hijau. Biasanya ia menyerang wanita berusia 40 dan 50 tahun.

Ektasia duktus menyebabkan areola (kawasan berwarna gelap sekeliling puting) terasa sakit, merah dan mungkin terdapat benjolan keras. Ia terjadi kerana saluran susu yang bengkak.

Ektasia duktus boleh hilang dengan sendirinya atau dirawat dengan tuam panas dan pengambilan ubat-ubatan antibiotik. Dalam kes tertentu, benjolan saluran susu mungkin perlu dibuang secara pembedahan.

Oleh Hafizah Iszahanid

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]



  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 6 penyakit bukan barah payu dara | WOMAN, sexy, beautiful, matured, health Wanita MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top