728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

29 March 2007

Usia bukan keutamaan pilih isteri | perkahwinan, malam pertama, pengantin, Wedding Ideas

Usia bukan keutamaan pilih isteri | Kahwin.com | Kad kahwin | Kursus kahwin | Baju kahwin | gubahan kahwin | artis kahwin | Syok Kahwin  | Direktori kahwin |Hantaran Kahwin | Malaysia Wedding Portal | perkahwinan, malam pertama, pengantin, Wedding Ideas
SEBAYA, lebih muda atau lebih tua. Pokoknya, faktor usia antara perkara sering diperkatakan apabila mencari teman hidup. Bagaimanapun, sejauh manakah usia menjadi syarat utama yang dipertimbangkan di kalangan lelaki apabila mencari calon isteri?

Senario biasa dilihat kebanyakan jodoh pasangan yang mendirikan rumah tangga didapati usia suami lazimnya lebih tua daripada isteri. Pada masa sama, ada ramai juga pasangan suami isteri yang seusia bertemu jodoh mereka.

Justeru, apabila pasangan yang suaminya lebih tua daripada isteri atau masing-masing sama usia mendirikan rumah tangga, tentu kurang dijadikan ‘bahan cerita’ kecualilah kalau jarak usia si suami bagaikan langit dan bumi antara isterinya.

Bagaimanapun, jika usia isteri lebih tua daripada suami mungkin sesuatu ‘lebih seronok’ untuk ‘dijaja’ ke sana sini, khususnya dalam kelompok masyarakat yang suka menjaga tepi kain orang lain. Bukan itu saja, sebelum sah menjadi suami isteri pastinya pasangan berkenaan banyak menerima tentangan dan menghadapi pelbagai rintangan. Apatah lagi, jika jarak usia isteri terlalu banyak daripada suami.

Namun, percayalah tinjauan rambang dibuat mendapati dalam memilih pasangan hidup kebanyakan lelaki sebenarnya tidak berapa kisah mengenai usia pasangannya. Malah, ramai lelaki juga yang tidak kisah jika bertemu jodoh dengan wanita sudah berusia atau jarak usia terlalu ketara.

Dalam erti kata lain, usia bukanlah faktor utama difikirkan lelaki apabila mencari pasangan hidup sebaliknya, keserasian dan ada perasaan kasih sayang antara satu sama lain.

Pandangan itu turut dikongsi oleh pegawai penyelidik di sebuah perpustakaan, Rosli Dahan, 41. Beliau berkata, hakikatnya tiada seorang pun yang tahu siapa jodoh mereka. Begitu juga dengan nasib yang bakal terjadi dalam sesuatu perhubungan.

Katanya, lantaran itu mengapa usia pasangan harus menjadi persoalan besar ketika mengambil keputusan berkahwin dengan orang yang dikasihi.

Beliau turut berpendapat, syurga atau neraka rumah tangga berkait rapat dengan peraturan, pengurusan dan pengendaliannya. Bukan disebabkan berkahwin dengan wanita lebih tua menjadi punca rumah tangga tidak akan bahagia.

“Pada pandangan saya, usia tua atau muda bukanlah penentu kebahagiaan. Malah, Rasulullah SAW sendiri mendirikan rumah tangga pada usia 25 tahun, sedangkan isterinya, Khadijah berusia 40 tahun. Contoh itu sendiri membuktikan persefahaman paling penting dalam mengenal budi baik pasangan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, Rasulullah SAW juga ada menyebut: “Dinikahi wanita disebabkan empat perkara kecantikan, keturunan, hartanya dan agamanya. Maka, pilihlah agamanya nescaya kamu bahagia.”

Rosli berkata, berdasarkan hadis itu hendaklah kita sebagai manusia, baik lelaki mahupun perempuan dalam memilih calon masing-masing perlulah memberi perhatian mengenai soal keimanan sebelum melihat ciri lain.

Azman Haziz, 36 dari Keramat berkata, soal calon isteri lebih tua bukanlah perkara yang perlu dirisaukan jika sudah suka sama suka. Sebaliknya, pasangan berkenaan perlulah terlebih mengenal hati budi masing-masing.

Beliau yang lebih empat tahun tua daripada isteri berkata, ada suami lebih tua daripada isteri tetapi berlaku juga pergolakan rumah tangga. Hakikatnya, sikap saling hormat menghormati antara suami isteri bukan diukur pada usia sebaliknya, tahu peranan dan tanggung jawab masing-masing.

“Orang suka mengata memang sudah menjadi resam manusia dan sudah berlaku sejak dulu lagi. Sebagai suami isteri kita tentu tahu bagaimana hendak menangani masalah yang timbul,” katanya.



Abdul Razak Maarof, 36, dari Cheras turut sependapat mengenai isu ini. Beliau berkata, dalam memilih pasangan hidup ia terpulang kepada individu untuk menentukannya sendiri.

“Isteri muda atau lebih tua daripada suami mahupun masing-masing sebaya, semua itu tidak penting. Pastinya, dalam mencari jodoh kita sendiri akan cuba mengenali hati budi pasangan. Bagaimanapun, wanita yang lebih tua daripada pasangannya kenalah pandai menghormati suami sebagai ketua keluarga. Jika pandai bawa diri dan tahu tanggungjawab, tentu tiada masalah,” katanya.

Mengenai tohmahan dan kata umpatan orang sekeliling, Abdul Razak yang sudah berkahwin dengan pasangan lebih muda sembilan tahun daripada usianya berkata, pasangan terbabit perlulah bersabar dan tidak mempedulikan pandangan orang lain.

Pekerja hotel, Faisal Zakaria, 22, yang masih bujang pula, berkata pada dasarnya faktor usia bukanlah perkara utama yang difikirkan dalam mencari pasangan hidup sebaliknya, perasaan kasih sayang dan hati budi yang menjadi ukuran.

Bagaimanapun, beliau mengakui andai bertemu jodoh suatu hari kelak, lebih selesa jika bakal isteri sekurang-kurangnya dua tahun lebih muda daripada usianya.

“Kita memang tidak tahu siapa jodoh kita. Tetapi jika ditakdirkan bakal isteri lebih tua daripada saya, harap-harap janganlah jarak usianya lebih enam tahun daripada saya,” katanya.

Walau apa pun pandangan dan pendapat diberi, semuanya adalah terpulang kepada pendirian individu dalam mencari pasangan hidup. Namun, kisah Rasulullah SAW sudah tentu boleh dijadikan teladan yang baik. Ini kerana baginda ketika hayatnya menunjukkan dengan jelas kebahagiaan sesuatu perkahwinan bukan bergantung kepada rupa, usia atau harta.

Ini berdasarkan satu hadis Rasulullah, pada suatu hari Aishah isteri baginda bertanya kepadanya, kata beliau: “Wahai Rasulullah, mengapakah engkau sentiasa saja menyebut nama Khadijah? Bukankah Khadijah itu hanya seorang nenek dan bukankah Allah gantikan dia dengan seorang yang lebih baik (maksud Aishah dirinya)?”

Jawab Rasulullah: “Tidak, bahkan tidak ada pengganti Khadijah. Dia beriman kepadaku pada saat orang lain ingkar terhadapku, dia menyintai aku di saat orang lain membenciku, dia membenarkan aku ketika orang lain mendustakan aku. Allah tidak mengurniakan anak kepadaku dengan isteri lain selain Khadijah.”

Pengajaran daripada hadis di atas amat mendalam sekali. Rasa cinta, kasih dan sayang antara insan, bukanlah hanya boleh diukur dengan usia, kekayaan dan kecantikan wajah saja.
Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





rahsia clickbank
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Usia bukan keutamaan pilih isteri | perkahwinan, malam pertama, pengantin, Wedding Ideas Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top