728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

26 March 2007

Urut bayi bantu atasi masalah kemurungan | children's, kids, education and school , child, baby, parent MALAYSIA

Urut bayi bantu atasi masalah kemurungan
SEKIRANYA anda fikir mengurut bayi meletihkan dan hanya memberi manfaat kepada bayi semata-mata, anda harus memikirkannya semula. Ini kerana, selain bayi, anda juga boleh menikmati kesan positif daripada aktiviti mengurut bayi.

Jika anda mengalami tekanan atau gejala kemurungan, lakukan aktiviti mengurut bayi kerana ia boleh membuatkan perasaan anda lebih tenang. Berdasarkan kajian, aktiviti mengurut bayi mampu mengurangkan gejala kemurungan dan tekanan yang dihadapi oleh warga emas yang biasanya mengalami tekanan akibat peralihan usia selain kesunyian menjalani hidup sendiri.

Perunding Pediatrik, Dr Zulkifli Ismail, berkata mereka yang mengurut bayi turut menerima kesan yang sama seperti yang dialami bayi.

“Di Barat, warga emas yang bergelar datuk dan nenek secara sukarela tampil sebagai terapi urutan untuk bayi. Sejumlah lima hingga 26 peratus golongan warga emas ini mengalami gejala kemurungan melaporkan aktiviti mengurut bayi mampu mengurangkan tahap kebimbangan, gejala kemurungan dan menurunkan tahap hormon tekanan.

“Mereka juga mengaku lebih aktif bersosial dalam tempoh seminggu, kurang lawatan ke klinik selain meningkatkan corak tidur yang lebih lena dan meningkatkan keyakinan diri,” katanya ketika menerangkan mengenai Kepentingan Sentuhan Urutan Bayi sempena majlis pelancaran Inisiatif Didikan Umum Urutan Bayi Johnson 2007, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau yang juga dikenali sebagai ‘Face of Touch’ berkata, urutan mampu mengurangkan hormon kortisol yang menyebabkan tekanan. Apabila urutan dilakukan, selain bayi, mereka yang melakukan urutan turut merasa lebih tenang.



“Ibu bapa yang mengurut bayi mereka berpeluang untuk mengenali personaliti anak masing-masing melalui aktiviti urutan. Kaedah urutan juga adalah satu bentuk komunikasi antara ibu bapa dan anak. Ibu yang kemurungan menyebabkan bayi juga tertekan kerana tidak dapat berinteraksi dengan ibu mereka,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Zulkifli yang memperkenalkan kaedah urutan bayi sejak 10 tahun lalu, berkata kebanyakan ibu yang ditemui mengakui tidak mendapat sokongan suami dalam menjadikan urutan sebagai rutin untuk bayi mereka.


“Daripada 105 ibu yang ditemui di Hospital Kuala Lumpur, hanya 2/3 saja ibu mengakui mendapat sokongan suami untuk mengurut bayi mereka, manakala selebihnya tidak mendapat sokongan suami masing-masing. Kebanyakan ibu mengurut bayi mereka 2 kali sehari mengakui melihat ekspresi wajah bayi lebih tenang,” katanya.

Beliau berkata, ibu bapa perlu diberikan didikan mengenai manfaat urutan. Kaedah urutan sudah diamalkan sejak beribu tahun lalu. Di Mesir, urutan digunakan sebagai salah satu cara bagi merawat histeria. Di India, ia digunakan sebagai satu kaedah menjaga kesihatan, di Greece dan Rom, urutan digunakan untuk memulihkan dan menguatkan otot olahragawan manakala di China ia digunakan sebagai terapi perubatan.

“Berdasarkan hipotesis Dr Fritz Talbot, urutan boleh mengurangkan kadar kematian di kalangan kanak-kanak pada 1900s. Pada 1938, jururawat di Hospital Bellevue menjadikan rutin mendukung dan mengurut bahagian belakang bayi setiap hari. Aktiviti ini menunjukkan penurunan kadar kematian bayi daripada 30 peratus kepada kurang daripada 10 peratus pada 1938,” katanya.

Kajian moden mengenai urutan oleh pakar psikologi Ruth Rice pada 1975, menunjukkan bayi pramatang yang diurut ibu mereka selama 15 minit sehari, sebanyak 4 kali sehari untuk sebulan didapati berkembang lebih cepat dari segi neurologi dan fizikal mereka.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Dr Zulkifli pada 2001, 31 bayi yang diurut menunjukkan peningkatan berat badan yang menggalakkan. Urutan didapati merangsang urat saraf dan mengeluarkan hormon gastrin yang melancarkan penghadaman. Justeru, bayi berkeupayaan memanfaatkan semua zat pemakanan dengan lebih baik.

“Bayi yang diurut didapati meningkat dari segi kepekaan, kurang tekanan akibat penurunan hormon kortisol dan katecholamines, tidur lebih nyenyak, jarang menangis dan lebih mudah bersosial. Mereka juga berkembang lebih cepat, sihat dengan peningkatan berat badan yang lebih baik,” katanya.


Manfaat urutan kepada bayi:

# Membantu melegakan pernafasan, peredaran darah dan penghadaman.
# Menjadikan tidur bayi lebih nyenyak.
# Melegakan tekanan, kesakitan dan keresahan.
# Melegakan angin dan kolik.
# Membantu proses pemulihan dengan memudahkan penghadaman.
# Menjadikan bayi peka dengan sentuhan kasih sayang.

Manfaat urutan kepada bayi pramatang:
Analisis global daripada 19 data kajian mendapati 72 peratus bayi menunjukkan kesan positif seperti:
# Peningkatan berat badan yang baik sebanyak 47 peratus.
# Perkembangan lebih baik.
# Lebih aktif
# Lebih peka dan menunjukkan tindak balas.
# Keluar hospital 6 hari lebih awal (mengurangkan kos pembiayaan hospital).

Persiapan Untuk Urutan Bayi:
# Kuku pendek
# Basuh tangan dan keringkan
# Suhu persekitaran yang tidak sejuk
# Suasana yang tenang
# Mula di mana-mana yang bayi suka
# Bila-bila masa, cakap dengan bayi/anak
# *Lihat respons anak terhadap urutan

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





rahsia clickbank
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Urut bayi bantu atasi masalah kemurungan | children's, kids, education and school , child, baby, parent MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top