Breaking News

Membuat taklik tambahan | Question and ask all about marriage, life, money

Membuat taklik tambahan |  Soal Jawab Kemusykilan Agama | Jawab (1995) | Gawab.com | Soual Jawab | Jawab - Agra | Samuel Soal| SoaL | Spike.com | Surau Al-Hakim | Question and ask all about marriage, life, money
Soalan

Saya akan berkahwin tidak lama lagi. Tunang saya ada terbaca bahawa bakal mempelai boleh membuat taklik tambahan yang boleh memuatkan lebih banyak syarat berbanding taklik biasa.

Dia berniat membuat taklik tersebut agar kami jelas akan tanggungjawab masing-masing dalam perkahwinan ini di samping melindungi hak saya sebagai isteri. Saya bersetuju dengan cadangannya. Masalahnya, kami tidak pasti akan cara membuat taklik ini. Selain itu, bolehkah syarat taklik ditambah selepas perkahwinan berlangsung?

- Hayati Musa & Munir Mohammed,
Wilayah Persekutuan Labuan

———————–

Jawapan

Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 yang terpakai kepada anda berdua sememangnya ada memperuntukkan bahawa bakal mempelai boleh menetapkan taklik lain di samping taklik yang sedia ada dalam surat perakuan nikah.

Terima kasih kerana mengemukakan soalan ini – kami gembira apabila mendapati ada pasangan yang bukan sahaja celik taklik dan mengerti akan pentingnya membuat taklik yang terperinci sebelum berkahwin, malah mahu pula membuat taklik tambahan demi kebaikan pasangan masing-masing.

Taklik tambahan dikarang mengikut syarat yang dipersetujui oleh anda berdua, sebagai contohnya, bahawa tunang anda tidak boleh berpoligami – ini merupakan syarat taklik yang secara amnya diterima pakai di negara-negara Asia Barat, India dan Pakistan. Sebagai panduan kepada pasangan yang ingin membuat taklik tambahan, kami di Sisters In Islam ada menyediakan contoh surat taklik tambahan yang boleh dimuatturun di http://sis tersinislam.org.my/ BM/legallit.htm

Anda berdua juga boleh membaca taklik tambahan yang terperinci dalam Bahasa Inggeris di http://www. naeemjeenah.shams.za. org/wedding/contract. htm.



Taklik dibuat untuk melindungi hak suami dan isteri di samping menggariskan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan sepanjang tempoh perkahwinan demi memastikan wujudnya persefahaman antara kedua belah pihak. Atas sebab ini, adalah penting untuk memastikan anda berdua berpuas hati dengan draf taklik yang telah ditulis. Pindalah ia jika ada bahagian yang tidak dipersetujui, baik tentang syarat yang dimasukkan mahupun penggunaan perkataan atau olahan ayat.

Sesudah taklik tersebut siap, bawa sesalinan semasa akad nikah supaya ia boleh didaftarkan dalam Daftar Perkahwinan menurut Seksyen 22 akta yang sama. Prosedur untuk mendaftar taklik tambahan sama dengan taklik biasa. Apabila taklik itu dicatatkan di dalam Daftar Perkahwinan, ia kena diaku saksi oleh anda berdua, wali dan juga dua orang saksi. Kemudian, catatan taklik itu hendaklah ditandatangani oleh Pendaftar Perkahwinan.

Kini, taklik tambahan anda berdua dikira sudah berkuatkuasa dan segala syarat yang terkandung di dalamnya perlulah dituruti.

Mudah sahaja menambah taklik selepas berkahwin. Mula-mula, draf taklik yang ingin ditambah dan pastikan anda berdua bersetuju akan kandungannya.

Selepas itu, dapatkan dua orang saksi; mereka tidak semestinya saksi yang sama dengan saksi bagi taklik yang asal. Seterusnya, suami anda perlu melafaz taklik itu dan lafaznya mesti didengar dengan jelas oleh anda dan saksi-saksi tadi.

Pastikan yang suami anda membaca taklik tersebut mengikut draf yang telah anda berdua persetujui. Kemudian, anda berdua serta saksi-saksi perlu menandatangani taklik itu.

Akhir sekali, simpanlah taklik yang telah ditandatangani di tempat yang selamat. Ini amat penting kerana anda perlu membawa taklik itu bersama apabila membuat pengesahan di mahkamah bagi perceraian taklik sekiranya anda atau bakal suami anda melanggar syarat di bawah taklik itu.

Info
Satu talian khusus untuk Legal Clinic Sisters In Islam yang dinamakan TeleNisa kiniboleh dihubungi melalui 03-7784 3733.

Legal Clinic ini juga boleh dihubungi melalui e-mel:

sistersinis lamlegalclinic@yahoo.com.

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





rahsia clickbank

No comments