728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

27 March 2007

Lelaki cedera saraf tunjang masih mampu berzuriat | Health care, kesihatan, disease, medicine, MALAYSIA

Lelaki cedera saraf tunjang masih mampu berzuriat | Kesihatan | Jaga Kesihatan | Kementerian Kesihatan Malaysia | Info Sihat | Laman Kesihatan | MyHEALTH Portal | Utusan Malaysia Online - Kesihatan | Info Kesihatan Keluarga | Ministry of Health | Pautan Perubatan&Kesihatan | Kesihatan Sepanjang Hayat | Health care, kesihatan, disease, medicine, MALAYSIAAWAS kepada golongan lelaki, khususnya yang gemar melakukan aksi-aksi lasak. Kecederaan saraf tunjang boleh memberi kesan kepada keadaan fizikal dan psikologikal anda.

Bukan setakat itu sahaja, tahap dan jenis kecederaan itu juga turut memainkan peranan dan kesan yang teruk ke atas kemampuan kelelakian.

Rupa saraf tunjang seperti tiub yang terletak di dalam tulang bahagian belakang badan menganjur dari atas ke bahagian bawah secara selari.

Saraf tunjang boleh tercedera apabila seseorang itu terlibat dalam kemalangan, seperti terjatuh dari tempat tinggi atau tercampak ketika menunggang motosikal.

Akibat kecederaan saraf tunjang individu berkenaan tidak boleh menggerakkan lagi anggota-anggota seperti kaki dan tangan. Bergantung kepada aras kecederaan ia boleh ditakrif sebagai lumpuh.

Risikonya mereka hanya mampu terbaring sahaja, segala pergerakan perlu dibantu dan untuk bergerak mereka perlu menggunakan kerusi roda.

Tragedi saraf tunjang yang cedera ini sebenarnya boleh menimpa semua orang. Bagi mereka yang selama ini mempunyai kehidupan normal, harus berjaga-jaga kerana kecacatan seperti ini boleh terjadi jika mereka mengalami kemalangan.

Selepas mengalami kecederaan saraf tunjang, kaum lelaki bakal berhadapan dengan perubahan perhubungan suami isteri, aktiviti seksual dan kebolehan mereka mendapatkan zuriat.

Keadaan ini mendatangkan masalah yang kemudian membelenggu kehidupan pasangan suami isteri kerana suami berada dalam keadaan lumpuh, seterusnya menjejaskan perhubungan kelamin.

Realitinya, ramai di kalangan isteri yang akan menderita batin. Mereka tidak akan mahu menyentuh hal ini sebaliknya lebih rela memendam rasa.

Ini diakui oleh Pakar Perunding Urologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Profesor Madya, Dr. Zulkifli Md. Zainuddin, yang memberitahu tidak ramai di kalangan pasangan suami isteri yang mahu menceritakan masalah hubungan kelamin akibat lumpuh kerana kecederaan saraf tunjang.

Lelaki yang lumpuh akibat kecederaan saraf tunjang tidak perlu lagi gusar kerana masalah tersebut bukan penamat kepada kehidupan berkeluarga sebaliknya ada cara untuk menyelesaikannya.

“Bak kata orang, hendak ditinggalkan masih sayang, kerana setia, si isteri menjaga jugalah sehingga ke akhir hayat.

“Tidak ramai yang merujuk kepada doktor bagi mendapatkan bantuan untuk kes-kes seperti ini, sedangkan pihak doktor masih mempunyai cara untuk membantu pasangan terbabit,” katanya.

Dr. Zulkifli berkata, terdapat dua jenis kecederaan saraf tunjang iaitu sekiranya kecederaan itu berlaku di bahagian atas (sebagai contoh di bahagian servikal), mengakibatkan individu tersebut lumpuh semua anggota badan termasuk kaki dan tangan yang dinamakan kecederaan sepenuhnya.

Sekiranya kecederaan berlaku di bahagian bawah saraf tunjang ( sebagai contoh di bahagian lumbar – berkenaan bahagian pinggang), ia merupakan kecederaan separuh yang mana pesakit akan lumpuh di bahagian pinggang dan ke bawah.

Lelaki yang mendapat kecederaan saraf tunjang selalunya mengalami dua jenis ereksi, bergantung kepada tahap kecederaan berkenaan.

Bagi yang menerima kecederaan di tahap separuh iaitu di bahagian pinggang dan ke bawah akan mengalami psikogenik ereksi, iaitu ereksi seksual yang terhasil akibat terlihat atau terdengar sesuatu yang merangsangkan.

Otak akan menghantar mesej itu menerusi saraf tunjang di bahagian T10-L2, yang akan merangsang zakar untuk bereksi.

Manakala lelaki yang mengalami kecederaan saraf tunjang sepenuhnya akan mengalami ereksi refleks iaitu satu tindak balas secara tiba-tiba, tiada kawalan tanpa adanya rangsangan ataupun dari hasil sentuhan fizikal di kawasan tertentu.

“Ini berlaku akibat reaksi tidak terkawal saraf yang mengawal di bahagian segmen sacral (S2-S4),” katanya.

Kebanyakan lelaki yang mempunyai masalah kecederaan saraf tunjang masih mempunyai ereksi, namun begitu tindak balas ini tidak lama dan zakar tidak terlalu menegang untuk aktiviti seksual.

Kata Dr. Zulkifli, masalah ini dinamakan erektil disfungsi iaitu berkaitan dengan mati pucuk.

Bagi mengatasi masalah ini, individu berkenaan perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan bantuan.

Masalah ini katanya boleh dibantu menerusi ubat-ubatan untuk merangsang seks yang pelbagai pilihan, suntikan terapi zakar, pam vakum dan pembedahan implan.



“Lelaki yang mengalami kecederaan saraf tunjang dan lumpuh masih mempunyai sperma untuk mendapatkan zuriat, tetapi tahap kesuburan adalah kurang.

“Dalam perkara ini, apa yang diperlukan ialah setiap individu yang terlibat dalam kemelut ini perlu memahami keadaan pasangan mereka,” katanya.

Dr. Zulkifli juga menambah, posisi wanita juga perlu berubah daripada biasa dan diperlukan untuk memainkan peranan yang aktif ketika melakukan seks.

Beliau juga menyebut, lelaki terutamanya yang mengalami kecederaan saraf tunjang sepenuhnya tidak dapat merasa sebarang kenikmatan dalam hubungan kelamin yang dilakukan. Ini disebabkan kebanyakan mereka akan merasa kebas dari bahagian pusat ke bawah.

“Segala ubat-ubat yang diberikan adalah untuk ‘kenikmatan’ si isteri dan bagi mendapatkan zuriat.

“Kita sebenarnya perlu membantu individu terbabit untuk menikmati kehidupan seks seperti biasa memandangkan kebanyakan kehidupan mereka yang terlibat terus terjejas,” katanya.

Dr. Zulkifli boleh dihubungi di talian 03-91733333 sambungan 1904/2676.

1. Ubat-ubatan untuk bantuan seksual

Menggunakan ubat ‘PDE5 inhibitor’ seperti viagra, levitra dan cialis.

Ubat-ubat ini sesuai digunakan untuk kecederaan saraf tunjang separuh.

2. Suntikan terapi zakar

Suntikan ubat pada bahagian tepi zakar yang boleh menyebabkan ereksi berlaku. Dicadangkan untuk mereka yang mengalami kecederaan saraf tunjang sepenuhnya.

3. Pam vakum

Alatan mekanikal untuk menerbitkan ereksi ketika bersetubuh. Zakar akan diletakkan di dalam sebuah silinder vakum yang udaranya akan dipam keluar yang menyebabkan pengaliran darah pada tisu-tisu ereksi.

4. Pembedahan implan

Pembedahan dilakukan bagi memasukkan implan ke tisu-tisu ereksi dan merupakan tahap terakhir rawatan.

Sumber: Utusan Malaysia

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





rahsia clickbank

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Lelaki cedera saraf tunjang masih mampu berzuriat | Health care, kesihatan, disease, medicine, MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top