Breaking News

Berjalan baik untuk kesihatan sendi | Health care, kesihatan, disease, medicine, MALAYSIA

Berjalan baik untuk kesihatan sendi | Kesihatan | Jaga Kesihatan | Kementerian Kesihatan Malaysia | Info Sihat | Laman Kesihatan | MyHEALTH Portal | Utusan Malaysia Online - Kesihatan | Info Kesihatan Keluarga | Ministry of Health | Pautan Perubatan&Kesihatan | Kesihatan Sepanjang Hayat | Health care, kesihatan, disease, medicine, MALAYSIA
HANI suka berjalan kerana beliau tahu senaman baik untuk kesihatan, bukan saja secara fizikal, tetapi juga secara mental dan emosi. Beliau meluangkan masa untuk berjalan selepas kerja, setiap minggu sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali.

Kebelakangan ini, beliau kurang bermotivasi untuk bersenam. Selain memikul beban di tempat kerja, beliau juga seorang ibu yang baru melahirkan anak. Jadual waktunya padat kerana perlu menjaga anak di samping bekerja. Selepas melahirkan anak, berat badan Hani bertambah sebanyak 5kg. Beliau tidak dapat mengurangkan berat badan akibat gaya hidup yang tidak aktif. Tingginya 160cm tetapi berat badan 70kg.

Ramai ahli keluarga dan rakannya yang berumur 50 hingga 60-an mengalami masalah kesihatan, osteoartritis adalah penyakit yang paling biasa akibat pemakanan tidak seimbang dan gaya hidup yang tidak aktif sejak muda. Faktor risiko umum kepada osteoartritis ialah obesiti dan penuaan.

Kajian membuktikan senaman berperanan dalam mencegah dan memulih masalah osteoartritis. Bersenam meringankan kesakitan, meningkatkan kefleksibelan dan menguatkan otot. Ia mengurangkan faktor risiko osteoartritis melalui pengekalan berat badan yang normal.

Bersenam menggalakkan aliran darah supaya bekalan nutrien pada otot mencukupi. Oleh itu, setiap orang, termasuk Hani sepatutnya mengamalkan senaman walaupun sibuk. Berjalan adalah senaman terbaik untuk mencegah osteoartritis, bukan saja ia senang diamalkan, tetapi juga memberi banyak manfaat.

Bagaimanapun, ramai yang tidak bersenam kerana senaman dianggap membosankan dan mereka tidak ada motivasi untuk melakukannya tiga hingga empat kali seminggu, sekurang-kurangnya satu setengah jam setiap kali.

Ada cara bagi membantu menjadikan kegiatan berjalan lebih menyeronokkan. Bentuk satu kumpulan dan adakan aktiviti berjalan di tempat berlainan. Setiap kali, pilihlah tempat yang memerlukan lebih intensiti dan kekuatan supaya stamina dapat ditingkatkan.

Kumpulan yang mengandungi tiga hingga empat orang adalah baik untuk menjalinkan hubungan dengan rakan selepas sibuk bekerja sepanjang hari. Anda boleh mendengar muzik dan menyanyi ketika berjalan sebagai salah satu cara motivasi bagi mereka yang senang hilang minat.



Cara lain ialah berjalan dengan menggunakan alat kira langkah (pedometer). Alat ini mengira bilangan langkah yang dilakukan. Pada asalnya, alat ini digunakan oleh individu yang minat bersukan dan menjaga badan. Kini, pedometer terkenal sebagai alat ukur dan motivasi senaman.

Dengan memakai pedometer pada tali pinggang sepanjang hari, anda boleh mengetahui bilangan langkah dan kilometer yang diambil serta jumlah kalori yang digunakan selepas berjalan.

Sekiranya anda mengalami sakit sendi selepas bersenam, kejang pada sendi selepas bangun daripada katil atau duduk terlalu lama atau sendi berbunyi apabila melakukan gerakan badan, kurangkan pengambilan daging merah dan minuman bergas. Sebaliknya, tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Sesetengah individu mungkin sensitif atau alah terhadap oren, tomato, ubi kentang dan terung, jadi elakkan makanan ini.

Pada masa sama, tingkatkan pengambilan makanan tambahan glukosamin sulfat dalam pemakanan harian anda. Glukosamin adalah molekul ringkas yang dihasilkan oleh badan dalam jumlah yang kecil. Ia dijumpai lebih tinggi pada sendi dan tisu penghubung.

Gerakan tubuh menyebabkan rawan menipis, keadaan ini dikenali sebagai masalah haus dan lusuh pada rawan. Tanpa pencegahan dan rawatan, lapisan rawan yang haus akan menyebabkan kesakitan, bengkak dan membataskan pergerakan sendi. Lama kelamaan, ia mengubah bentuk asal sendi.

Kajian membuktikan pengambilan glukosamin sulfat berupaya memulih dan mengekalkan rawan serta melambatkan kehausan rawan. Dos glukosamin sulfat yang dicadangkan ialah 1,500mg sehari. Amalan pemakanan yang sihat dan gaya hidup yang aktif mencegah daripada serangan osteoartritis.

FAKTA:

Kelebihan berjalan:
# Menguatkan otot pada tapak kaki, betis, paha dan tubuh badan
# Membaiki kefleksibelan dan postur
# Menguatkan tulang dan mengurangkan kemerosotan densiti tulang

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





rahsia clickbank

No comments