728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

02 February 2007

Wanita berkahwin semula boleh tuntut hak jaga anak | Question and ask all about marriage, life, money

Wanita berkahwin semula boleh tuntut hak jaga anak |  Soal Jawab Kemusykilan Agama | Jawab (1995) | Gawab.com | Soual Jawab | Jawab - Agra | Samuel Soal| SoaL | Spike.com | Surau Al-Hakim | Question and ask all about marriage, life, money
SAYA ingin bertanya adakah benar apabila perempuan berkahwin lain, hak beliau untuk menjaga anaknya akan terbatal? Kepada siapa pula anak itu akan diberikan kalau ibunya sendiri tidak boleh menjaga anaknya disebabkan perkahwinan itu.

Liza
Shah Alam

———————–

HADANAH dari sudut hukum syarak bererti tanggungjawab menjaga seseorang yang tidak mampu menguruskan dirinya sendiri kerana belum mampu atau tidak mampu membuat pilihan yang baik atau buruk seperti kanak-kanak kecil dan orang dewasa yang gila. Tujuan hadanah ialah menjaga kebajikan orang dipelihara.

Kebiasaannya hadanah diberikan kepada perempuan kerana mereka lebih menyayangi kanak-kanak berbanding lelaki. Lebih tepat lagi dikatakan perempuan lebih layak mendidik, lebih sabar dalam melaksanakan tugas memelihara kanak-kanak dan lebih bertimbang rasa.

Imam al-Shafie di dalam kitabnya al- Umm menegaskan, apabila kedua ibu bapa berpisah dan kedua-duanya tinggal sekampung, maka ibu lebih berhak terhadap anaknya selama dia belum berkahwin lain dan ketika anak masih kecil.

Sekiranya anak mencapai umur tujuh atau lapan tahun dan dia akal sempurna, anak itu boleh disuruh membuat pilihan penjaganya antara bapanya atau ibunya dan anak itu hendaklah bersama dengan penjaga pilihannya.

Syarat melayakkan seseorang menjaga kanak-kanak ialah:

Islam
Cukup umur
Sempurna akal
Berkeupayaan mendidik kanak-kanak
Berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah

Walaupun hak hadanah diberikan kepada seseorang, orang yang tidak mendapat hak hadanah itu tidaklah terhalang daripada menemui dan melawat kanak-kanak terbabit.

Menjaga silaturrahim antara kerabat amat digalakkan oleh Islam apatah lagi bagi orang yang mempunyai hubungan darah.

Hak hadanah ini boleh berpindah antara ibu dan bapa. Walaupun demikian kewajipan menanggung nafkah anak terletak khusus pada bahu bapa dan tidak boleh dipindahkan kepada ibu walaupun ibunya mendapat hak hadanah anak.

Cara menanggung nafkah anak boleh dibuat sama ada dengan menyediakan mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran seperti yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf hidupnya atau dengan cara membayar kos bagi tempat tinggal anak itu, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran seperti yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf hidup.

Seksyen 84 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 menyatakan hak wanita terhadap penjagaan atau hadanah hilang sekiranya:

Perempuan itu berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu yang orang itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, jika penjagaannya dalam hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu tetapi haknya untuk penjagaan akan kembali semula jika perkahwinan itu dibubarkan;

Perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka;

Perempuan itu menukar pemastautinannya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu dari menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu kecuali isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu.

Perempuan murtad;

Perempuan cuai atau menganiaya kanak-kanak itu.

Sekiranya wanita berkahwin lain, hak untuk menjaga anak kecilnya gugur. Sekiranya perkara ini berlaku, hak menjaga anak beralih mengikut urutan seperti berikut:

Nenek sebelah ibu hingga ke atas;

Bapa;

Nenek sebelah bapa hingga ke atas;

Kakak atau adik perempuan seibu sebapa, seibu, atau sebapa;

Anak perempuan daripada kakak atau adik perempuan seibu sebapa, seibu atau sebapa;

Emak saudara sebelah ibu atau bapa;

Waris asabah lelaki.

Peralihan hak hendaklah selagi tidak menjejaskan kebajikan anak. Kebajikan anak itu adalah faktor paling penting dalam membuat keputusan dengan siapakah hak jagaan anak itu hendak diberikan oleh mahkamah.

Sekiranya kebajikan anak itu terabai umpamanya jika diberikan kepada bapa yang penagih dadah atau kepada nenek yang terlalu uzur untuk menjaga cucu maka mahkamah akan memberi pertimbangan dengan siapakah anak itu akan terjaga kebajikannya.

Wanita itu perlulah membawa bukti memuaskan hati mahkamah bahawa kebajikan anak itu terjamin walaupun beliau berkahwin lain dan suami baru bersetuju dan sanggup menjaga anak itu, rumah dan persekolahan yang sesuai dengan anak.

Sekiranya wanita itu berjaya memuaskan hati mahkamah bahawa kebajikan anak berkenaan tidak terabai maka mahkamah boleh memerintahkan hak penjagaan anak kepada ibu anak terbabit walaupun ibu berkahwin lain.

Bersama Zainul Rijal Abu Bakar
Jawapan ini disediakan oleh Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]



rahsia clickbank
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Wanita berkahwin semula boleh tuntut hak jaga anak | Question and ask all about marriage, life, money Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top