Subscribe to web2feel.com
Subscribe to web2feel.com
direncana oleh rahsia perkahwinan 08 February 2007

Suami tiada hak minta gaji isteri sara keluarga | Seks Suami-Isteri | Bercinta Dengan Suami Orang | SuamiPerkasa.com | Suami Cepat Tewas | Berbagi Suami | SuamiOnline.com | Kisah Suami | Info Seks Suami Isteri | Sarapan Buat Suami | ghairah suami | Husband and Wife, passion, sex and relationships, romance
SAYA sudah empat tahun mendirikan rumah tangga dan mempunyai dua cahaya mata. Masalahnya suami saya kedekut dan suka mengharapkan duit gaji saya. Oleh kerana dia melihat gaji saya kini hampir sama dengan gajinya, dia menyuarakan hasrat supaya saya membantunya dalam perbelanjaan bulanan. Adakah dia mempunyai hak untuk meminta gaji saya; setakat mana hak suami terhadap saya dan adakah benar dia tidak boleh meminta duit daripada saya. Selain itu, adakah benar sekiranya saya memberinya wang, itu dikira hutang kepadanya; suami saya terlalu kedekut dan bolehkah saya mengambil wangnya untuk membeli keperluan saya dan anak tanpa pengetahuannya. Malah, suami saya juga tidak mahu memberitahu ke mana wang gajinya pergi setiap bulan. Saya pernah meminta dia menyenaraikan segala perbelanjaan tetapi dia enggan. Adakah saya mempunyai hak untuk menuntutnya berbuat demikian?

Zati,
Kuala Lumpur.

—————————————–

TANGGUNGJAWAB suami terhadap isterinya ialah menanggung nafkah isteri. Penyaraan nafkah adalah bermaksud menanggung semua perbelanjaan isteri selagi mana perkahwinan masih wujud. Perbelanjaan itu meliputi perbelanjaan makanan dan minuman, pakaian, tempat tinggal serta perubatan.

Ketentuan syariat nafkah keluarga terdapat dalam Surah al-Talaq ayat 7 yang bermaksud “Hendaklah orang yang mampu memberikan nafkah menurut kemampuannya. Barang siapa yang sempit (sedikit) rezekinya, hendaklah memberi nafkah menurut yang diberikan Allah kepadanya. Allah tiada memberati diri seseorang, melainkan menurut yang diberikan Allah kepadanya. Nanti Allah mengadakan kemudahan sesudah kesukaran”.

Selama mana isteri taat kepada suaminya iaitu dalam lingkungan yang dibenarkan syarak maka selama itu ia berhak untuk mendapat hak nafkah. Apabila suami tidak memenuhi kewajipan isteri berhak menuntutnya.

Justeru, tanggungjawab menyara keluarga adalah terletak dibahu suami. Apabila sempurna saja ijab kabul sesuatu perkahwinan, maka tanggungjawab terus wujud dibahu suami. Umumnya suami yang bekerja mencari nafkah tetapi dewasa ini bukan saja suami yang bekerja mencari nafkah, malahan isteri juga turut sama menyumbang tenaganya di dalam pemerolehan keluarga serta membantu menaikkan taraf sosioekonomi sesebuah keluarga.

Islam tidak melarang isteri bekerja membantu suami bagi tujuan itu, namun tanggungjawab sebenar bagi menyara keluarga masih tetap dibahu suami dan isteri adalah sekadar membantu serta melengkapi keperluan keluarga yang tidak lengkap. Sekiranya isteri bekerja dan dengan kerjanya itu mendapat izin suaminya, maka wang hasil yang diperolehi oleh isteri tadi adalah hak milik mutlak isteri dan suami tidak mempunyai hak untuk meminta wang gaji isterinya itu.

Sebaliknya jika suami meminta wang gaji isteri dan isteri memberikannya dengan rela hati tanpa sebarang paksaan dengan niat untuk membantu suami ia tidak dianggap sebagai hutang kerana pemberian itu bukan atas dasar paksaan suami. Bahkan perkara ini sangat digalakkan kerana wujudnya sifat tolong menolong di antara suami isteri demi kebahagiaan keluarga. Sekiranya suami meminta duit dari isteri dengan cara memaksa dan tanpa kerelaan isteri sendiri, isteri berhak untuk menuntut duit itu daripada suami kerana ia dianggap sebagai hutang.

Berkaitan dengan masalah suami puan yang kedekut ini, saya berpendapat masalah ini boleh diselesaikan dengan cara puan berbincang secara terbuka dan berterus terang dengan suami puan. Puan boleh senaraikan jumlah keperluan rumah tangga untuk dibincang bersama.

Di samping itu, puan juga boleh menasihati suami akan perlakuannya yang kedekut dengan cara hikmah tanpa menyinggung perasaannya. Selain itu, puan boleh meminta khidmat nasihat dengan orang yang lebih arif dalam hal ini atau dengan orang yang disegani oleh suami puan untuk menegur sikapnya yang tidak wajar itu. Ini kerana kedekut dan terlalu berkira untuk orang tersayang iaitu keluarga terdekat bukan ajaran Rasulullah. Daripada sirah Rasulullah, kita dapati Baginda sangat pemurah, bertimbang rasa dan ihsan kepada isteri dan keluarga Baginda.

Sekiranya suami puan mempunyai sifat kedekut dalam memberi nafkah kepada puan dan anak, puan berhak untuk mengambil harta suami walaupun tanpa kebenarannya dengan syarat wang itu adalah sekadar yang perlu dan cukup untuk diri puan serta anak.

Ia berdasarkan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Ashaba al-Sunan bermaksud “Hindun, isteri Abu Sufian mengadu kepada Rasulullah suaminya Abu Sufian tidak memberi nafkah yang cukup kepadanya dan anak-anaknya. Lalu Rasulullah memerintahkan Hindun mengambil dari harta Abu Sufian untuk nafkah dan anak-anaknya dengan sebaiknya”.

Ia bermaksud, tindakan Abu Sufian yang kedekut terhadap isteri dan keluarganya tidak disukai oleh Rasulullah dan Baginda membenarkan Hindun mengambil tindakan demi kebajikan nafkah isteri dan anak terbela. Oleh itu, sekiranya keadaan memerlukan, puan boleh mengambil tanpa izinnya untuk membeli keperluan asas yang munasabah untuk diri puan dan anak.

Namun begitu, puan cubalah untuk mengadakan perbincangan secara baik dengan suami puan kerana itu sebenarnya adalah langkah terbaik. Perundingan adalah cara untuk mendapatkan pendapat yang pelbagai untuk mencapai keputusan terbaik.

Wang gaji suami adalah hak suami. Berapa pendapatan beliau dan ke mana wang digunakan pada hakikatnya adalah hak suami dan puan tiada hak untuk mempersoalkannya selagi mana suami puan menjalankan tanggungjawab beliau kepada puan dan anak.

Namun begitu, perkahwinan adalah perkongsian dua insan yang saling menyayangi, maka wajar perbincangan diadakan. Suami wajar memberitahu isteri apa tanggungjawab kewangan yang perlu dia bereskan seperti suami perlu memberikan kepada orang tuanya sejumlah wang, membayar pinjaman bank, hutang dan sebagainya. Begitu juga dengan isteri, berbincang dan memberitahu suami apa tanggungan kewangannya, berapa ingin diberikan kepada orang tuanya dan sebagainya. Apabila perbincangan antara pasangan adalah telus dan jernih, dengan cara itu, hubungan perkahwinan akan menjadi lebih menarik dan bahagia.

Menurut undang-undang pula, sekiranya suami puan gagal menjalankan tanggungjawab beliau dengan sempurna memberikan nafkah adalah menjadi hak puan untuk mempertikaikan ke mana wang gaji suami dibelanjakan.

Ia adalah kerana hak nafkah diprejudiskan oleh suami puan. Puan boleh mempertikaikan pendapatan suami puan dengan puan membuat tuntutan ‘nafkah semasa’ untuk puan mahupun anak di mahkamah syariah.

Di Mahkamah suami wajar mengemukakan kepada mahkamah senarai pendapatan dan perbelanjaan beliau (liabiliti) sebelum mahkamah memutuskan sebarang jumlah nafkah yang wajar dibayar suami kepada isterinya atau anaknya. Sebelum itu puan hendaklah mengemukakan kepada mahkamah senarai keperluan puan dan anak bersama-sama buktinya sekali. Puan mungkin pemastautin Kuala Lumpur, sekiranya puan ingin mengetahui dengan lebih terperinci, puan boleh merujuk kepada peruntukan Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan berkenaan urusan nafkah ini.

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]



rahsia clickbank

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment

Mutira Kata Minggu Ini

Bermula pada hari ini, jadikan DIRIMU bagai pohon yang rendang di mana setiap insan dapat berteduh. JANGANLAH jadi seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

video minggu ini

Jadilah Yang PERTAMA membaca!

Langgani Pelbagai Artikel Rahsia Perkahwinan Terus Ke Email Anda!! !:

By FeedBurner

Twitt RP !

RP's Fan Box

Rahsia TERBARU !