Breaking News

Pakai cawat besi seksa wanita | WOMAN, sexy, beautiful, matured, health Wanita MALAYSIA

Pakai cawat besi seksa wanita | Mingguan Wanita Online| Wanita2u.com | wanita 3gp | Wanita Orgasme | Aurat Wanita| wanita.net | wanita hamil | Buah Dada Wanita | Tubuh wanita | Video wanita bugil | Kemaluan wanita | WOMAN, sexy, beautiful, matured, health Wanita MALAYSIA
Pemakaian cawat besi yang hanya dituju kepada golongan wanita dianggap sebagai satu seksaan malah bukan satu kaedah terbaik bagi mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa seks.

Malah ia dikhuatiri akan memudaratkan nyawa wanita terbabit termasuk dibunuh oleh penjenayah berkenaan selepas menghadapi kesukaran untuk membukanya.

Perkara itu disuarakan oleh Pengerusi Majlis Perunding Wanita, Datuk Kamilia Ibrahim yang menyifatkan pemakaiannya sebagai tidak praktikal malah seolah-olah menganggap wanitalah yang perlu dipersalahkan sehingga menjadi punca berlakunya jenayah rogol.

‘‘Bayangkan ‘binatang’ yang bertopengkan manusia ini bertindak lebih ganas sekiranya yang dihajati tidak kesampaian kerana kesukaran untuk membukanya. Mungkin dibunuhnya wanita yang bercawat besi itu.

‘‘Di samping itu, apa kata, lelaki dan wanita pakai, barulah kita tahu keberkesanannya.

‘‘Jangan letak tanggungjawab mencegah sumbang mahram dan rogol ke atas wanita sahaja. Ia harus dilaksanakan kepada lelaki juga. Pemakaian yang hanya dituju kepada wanita dianggap sebagai penyeksaan dan bukannya jalan untuk mengatasi masalah tersebut,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan tokoh agama, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz supaya pemakaian cawat besi perlu dihidupkan kembali kerana wanita zaman kini banyak terdedah kepada jenayah rogol.

Abu Hassan membuat saranan itu memandangkan berlaku peningkatan kes rogol dan mangsanya pula bukan setakat wanita muda, tetapi juga kanak-kanak dan warga tua.

Sementara itu, Ketua Wanita Jemaah Islah Malaysia (JIM), Dr. Harlina Harlizah Siraj berpendapat, syor itu tidak wajar dibuat kerana bakal menjatuhkan maruah kaum wanita.

Ini katanya, juga boleh menggambarkan bahawa wanita yang mencetuskan kepada kejadian rogol dan dilaporkan semakin berleluasa sekarang.

Menurut Harlina, inilah yang berlaku sekarang, apabila mencari penyelesaian kepada isu keganasan dan seksual, semua risiko diletakkan di atas bahu wanita, sedangkan yang melakukan ialah lelaki.

‘‘Orang perempuan pakai cawat besi ke, tali pinggang hitam ke atau alat pencegahan lain, tidak akan dapat menghindarkan jenayah selagi tiada ketakwaan dan tanggungjawab lelaki terhadap kaum lawannya.

‘‘Sehubungan itu, cadangan berkenaan adalah berat sebelah. Sudah sampai masanya lelaki dididik semula agar mereka tidak mengkasari dan melakukan keganasan kepada wanita, bukannya menyeksa wanita dengan meminta mereka memakai benda yang tidak masuk akal,’’ tegasnya.

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]



rahsia clickbank

No comments