Breaking News

Kerjaya bukan alasan lepas tangan urus keluarga | Married, Couple, Health care, Family Planning, MALAYSIA

Kerjaya bukan alasan lepas tangan urus keluarga | Keluarga & Perkawinan | Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat| www.e-keluarga.com| www.lppkn.gov.my|  KELUARGA v.2 | Rahsia Keluarga Bahagia | Gambar Keluarga Fasha Sandha | Yayasan Pembangunan Keluarga  | Married, Couple, Health care, Family Planning, MALAYSIA
ISLAM sejak mula sudah menetapkan hak serta peranan wanita dalam membangunkan kekuatan masyarakat dan negara berganding bersama kaum lelaki. Bagaimanapun, masih ada pihak meletakkan wanita sebagai golongan lemah yang sekadar sesuai melakukan tugas di rumah.

Pandangan negatif itu cuba menyekat kebebasan wanita dalam bidang pekerjaan dan ia berpunca daripada kesilapan interpretasi serta gambaran salah umat Islam sendiri.

Tambah mengusutkan fikiran apabila orientalis Barat menyebar fahaman buruk mengenai Islam, terutama mengenai layanan terhadap wanita.

Sebenarnya tidak ada ayat al-Quran dan hadis yang melarang wanita bekerja kerana sesungguhnya Allah tidak menyekat kebebasan hamba-Nya daripada melakukan kebaikan untuk diri sendiri dan keluarga.

Sesuatu yang dilakukan mendatangkan kebaikan adalah suruhan Allah yang tidak dibezakan antara lelaki dan wanita. Perbuatan dikira baik untuk lelaki, baik juga untuk wanita, begitulah sebaliknya.

Sesungguhnya Allah memberi pembalasan bergantung kepada apa yang dilakukan, tidak kira lelaki atau wanita. Oleh itu, dalam keadaan darurat atau tidak ada sumber untuk membiayai keperluan hidup, adalah wajib wanita bekerja untuk mendapat rezeki yang halal.

Firman Allah bermaksud: “Dan sesiapa yang mengerjakan amal salih, sama ada lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, mereka akan masuk syurga, dan mereka pula tidak akan dianiayai (atau dikurangkan balasannya) sedikit pun.” (Surah an-Nisa, ayat 124)

Perkara yang perlu ditekankan di sini, tidak berlaku perkara ditegah dalam pekerjaan dan ini bukan hanya dihadkan kepada wanita bekerja saja kerana lelaki turut terdedah melakukan perbuatan tidak baik ketika bekerja.

Hakikatnya, golongan wanita kini tidak lagi berada di bawah kongkongan lelaki. Dalam apa jua keadaan, Islam tidak meletakkan sebarang perbezaan hak terhadap wanita semata-mata untuk menjaga kepentingan lelaki.

Wanita menikmati kebebasan melakukan apa yang memberi kebaikan kepada diri dan keluarga, namun kehidupan beragama dan berbudaya masih lagi dipegang sebagai asas batasan kebebasan.

Secara amalannya, wanita bergelar isteri berada di bawah pimpinan suami dan segala berkaitan hidup berumahtangga ditentukan oleh suami. Tetapi, suami biasanya memberi isteri membuat pilihan khususnya dalam soal kerjaya.

Kebebasan ini tidak seharusnya disalahgunakan oleh isteri kerana hakikatnya, isteri masih berada dalam penguasaan suami. Hiraki dalam hidup berkeluarga masih perlu dipatuhi untuk menjamin kebahagiaan hidup berumahtangga.

Biarpun, wanita mempunyai kedudukan tinggi dalam kerjaya atau masyarakat, dia tetap berada di bawah pimpinan suami, biarpun suaminya insan biasa. Taraf hubungan suami isteri tidak mengikut kedudukan di luar lingkungan keluarga.

Dalam mana-mana masyarakat dan agama sekalipun, lelaki ditetapkan sebagai ketua atau pemimpin kerana kelebihan yang dimiliki dari segi kekuatan fizikal, mental dan emosi.

Allah menjelaskan kedudukan lelaki sebagai ketua keluarga dalam firma-Nya bermaksud: “Lelaki itu pemimpin wanita.” (Surah an-Nisa, ayat 34)

Mempunyai kerjaya dan sibuk di luar rumah bukan alasan untuk wanita lepas tangan urusan rumah tangga. Tugas hakiki sebagai isteri dan ibu mesti dilaksanakan serta diutamakan setiap masa.

Majoriti wanita sekarang berkerjaya. Pandangan mengatakan wanita tidak perlu bekerja tidak lagi sesuai dipakai.

Sesiapa yang mempunyai kemahiran dan kelulusan berkaitan bidang pekerjaan yang dipohon, peluang sama banyak untuk lelaki dan wanita mendapatnya. Sedikit keterbatasan bagi wanita mungkin hanya berkaitan persekitaran tempat kerja.

Konflik yang timbul bagi ibu bekerja ialah masalah menjaga anak. Dalam keluarga tradisional, suami keluar bekerja sedangkan isteri mengurus rumah tangga dan menjaga anak.

Cabaran ibu bekerja hari ini, terpaksa memikul tanggungjawab rumah tangga dan kerjaya selain berhadapan dengan perubahan gaya hidup hari ini seperti keluar awal bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.

Justeru, wanita perlu bijak menjalankan tanggungjawab kerana status sebagai isteri dan ibu tidak memungkinkan mereka mengelak daripada melakukan tugas rumah tangga.

Berikan sedikit masa emas kepada anak kerana biarpun sesibuk mana, masih ada peluang untuk ibu menunjukkan kasih sayang dan perhatian kepada anak. Kasih sayang ibu bapa adalah pemberian utama kepada anak.

Gunakan peluang bersama anak seperti pada waktu sarapan pagi, makan malam, dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah, masa istirahat dan sebagainya untuk menunjukkan rasa kasih sayang dan tanggungjawab sebagai ibu bapa.

Interaksi biarpun sekejap, dapat menjalin perasaan kasih sayang antara ibu bapa dan anak. Mereka akan mudah memahami apa yang dilakukan oleh ibu bapa dan menerimanya dengan hati terbuka.

Amalan mencium dan bersalam dengan anak sebelum keluar rumah juga satu cara berkesan mengikat kasih sayang. Biarpun ia agak mudah, kesan di sebaliknya amat mendalam.

Bekerja gigih itu baik, tetapi jangan berlebihan sehingga mengabaikan keluarga. Ibu perlu mengehadkan masa berkerja, kecuali ia terlalu penting dilakukan pada luas batas waktu kerja biasa.

Ibu yang baik sentiasa mencari masa untuk bersama dengan anak dan bukannya menjauhkan diri daripada tanggungjawab sebagai ibu. Ibu yang baik rela berkorban demi anak melebihi apa yang dilakukan untuk dirinya sendiri.

Sesiapa yang menganggap anak mengganggu ketenangan dan memberikan tekanan, sebenarnya dalam dirinya masih belum wujud perasaan keibuan.

Inilah punca sesetengah suami isteri merancang mengelak mendapat anak pada awal perkahwinan kerana bagi mereka, kehadiran anak dalam keluarga akan mengganggu tumpuan kepada kerjaya dan menyekat kebebasan.

Oleh Lokman Ismail

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]



rahsia clickbank

No comments