728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

19 February 2007

Keperluan pemakanan untuk kesihatan seksual | Health care, kesihatan, disease, medicine, MALAYSIA

Keperluan pemakanan untuk kesihatan seksual | Kesihatan | Jaga Kesihatan | Kementerian Kesihatan Malaysia | Info Sihat | Laman Kesihatan | MyHEALTH Portal | Utusan Malaysia Online - Kesihatan | Info Kesihatan Keluarga | Ministry of Health | Pautan Perubatan&Kesihatan | Kesihatan Sepanjang Hayat | Health care, kesihatan, disease, medicine, MALAYSIA
CORAK pemakanan dan amalan gaya hidup masa kini banyak mempengaruhi tahap kesihatan, termasuk disfungsi erektil (mati pucuk) atau kemerosotan kesihatan seksual.

Penyebab sebenar masalah disfungsi erektil adalah begitu kompleks dan ia berkait dengan perubahan yang berlaku kepada tubuh yang menjejaskan saraf, otot dan fungsi saluran darah.

Selain rangsangan seks, alat kelamin memerlukan saluran darah dan saraf yang sihat, hormon lelaki serta keinginan seks untuk membolehkan ia menegang dengan baik.

Walaupun seseorang itu mempunyai keinginan dan tahap hormon yang normal, namun tanpa kesihatan saraf dan saluran darah yang sihat, masalah disfungsi erektil masih boleh berlaku.

Masalah kesihatan seperti diabetes, obesiti, tekanan darah tinggi ataupun kesan sampingan daripada ubat-ubatan yang diambil merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada merosotnya kesihatan seksual.

Namun, apabila dikaji dengan lebih mendalam, masalah-masalah tersebut sebenarnya berkait rapat dengan amalan pemakanan dan gaya hidup seharian kita.

Insidens diabetes dan obesiti contohnya, boleh dikawal dengan amalan pemakanan yang lebih baik. Masalah disfungsi erektil adalah masalah biasa yang dialami oleh mereka yang mengalami diabetes dan didapati, lelaki akan mengalami kelemahan tenaga batin antara 10 dan 15 tahun lebih awal berbanding individu normal.

Apabila menjelang usia 70 tahun, 95 peratus daripada mereka berkecenderungan untuk mengalami kemerosotan fungsi untuk alat kelamin menegang.

Menurut laporan, dianggarkan lebih dua juta rakyat Malaysia menghidap diabetes yang mana 35 peratus daripadanya tidak menyedari tentang penyakit mereka.

Komplikasi diabetes akan memberikan kesan terhadap aktiviti seksual. Kerosakan saraf akibat diabetes atau diabetes neuropati akan melemahkan kawalan pundi dan menjejaskan rangsangan saraf genitalia.

Diabetes juga akan menyebabkan jangkitan yis dan jangkitan saluran kencing kalangan wanita. Dari segi emosinya, diabetes akan menimbulkan perasaan risau dan kemungkinan dipinggirkan.

Selain itu, diabetes yang tidak dikawal boleh menjurus kepada kejadian penyakit jantung, buah pinggang, kerosakan saraf, jangkitan pada mulut, gusi, paru-paru, kulit, kaki, pundi kencing dan bahagian alat sulit.

Sekiranya terjadi kulit melepuh atau luka, proses penyembuhan berlaku secara perlahan atau gagal untuk sembuh.

Dari segi pemakanan, pilihlah makanan yang rendah lemak dan tinggi dengan kandungan serat, termasuk sayur-sayuran dan buah-buahan.

Pemakanan yang seimbang dan sihat bukan sahaja mampu mengawal tahap penyakit, tetapi juga mengelak dan membantu penyembuhan.

Hasil kajian yang dibuat oleh Pusat Pengurusan Obesiti, Naples Italy mendapati perubahan gaya hidup dan diet, termasuk diet yang rendah kalori serta meningkatkan senaman boleh memperbaiki fungsi erektil di kalangan lelaki obes.

Kajian ini juga mendapati lebih kurang satu pertiga daripada lelaki yang mempunyai masalah ini memperolehi manfaat selepas kaedah rawatan ini.

Kajian yang disiarkan di dalam The journal of The American Medical Association turut merumuskan bahawa lelaki yang obes yang mengalami masalah disfungsi erektil boleh memperbaiki fungsi seksual dengan senaman dan pengurangan berat badan.

Mengalami disfungsi erektil bukan penamat kepada kehidupan. Berbincanglah secara terbuka termasuk mengenai hubungan intimasi anda.

Sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk membincangkan masalah ini, dapatkan bantuan kaunseling sekiranya perlu.

Berbincanglah mengenai perasaan anda serta berilah sokongan anda supaya dia tahu bahawa anda mengambil berat tentangnya.

Sentiasa berfikiran positif dan elakkan daripada menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya carilah alternatif terbaik. Fikirkan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah daripada memikirkan, bagaimana ia boleh merosakkan hubungan anda.

Berilah cadangan-cadangan rawatan yang boleh dicuba serta jangan berputus asa. Beri galakkan kepada pasangan supaya sentiasa membuat rawatan susulan seperti yang dicadangkan oleh doktor anda.

Antara nutrien penting yang boleh diambil oleh penghidap diabetes termasuklah asid alfa lipoik yang baik untuk menangani masalah kerosakan saraf periferal terutamanya di kalangan penghidap diabetes.

Vitamin antioksida seperti vitamin A, C, E, zink dan selenium baik untuk masalah vaskular dan boleh membantu melambatkan komplikasi diabetes.

Herba Horny goat weed dipercayai boleh membantu mengekalkan kesihatan seksual, mengurangkan keletihan serta meringankan ketidakselesaan akibat menopaus sejak sekian lama terutamanya dalam perubatan Cina.

Pengambilan Ginkgo sememangnya terkenal untuk memperbaiki pengaliran darah yang baik bagi membantu ereksi organ seks lelaki. Ia turut dicadangkan kepada mereka yang ingin mengekalkan kesihatan tubuh, termasuk masalah disfungsi ereksi.

- Untuk maklumat lanjut mengenai kesihatan, sila hubungi Penasihat Kesihatan Pelanggan BiO-LiFE di talian 03-77287407 (Isnin-Jumaat; 9pagi hingga 6petang) atau e-mel kami health@biolife.com.my.

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]



rahsia clickbank
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Keperluan pemakanan untuk kesihatan seksual | Health care, kesihatan, disease, medicine, MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top