728x90 AdSpace

Rahsiaperkahwinan.com dimiliki penuh oleh RP Network dan ianya ditubuhkan sejak tahun 2005

Latest News

09 February 2007

Isteri mualaf diabai suami selepas poligami | Question and ask all about marriage, life, money

Soalan
Saya seorang wanita Kristian yang telah memeluk agama Islam apabila saya berkahwin dengan seorang lelaki Muslim. Beberapa bulan yang lalu, suami saya telah berkahwin lagi.

Saya memberi keizinan kepadanya kerana dia berjanji akan menjaga saya dan anak saya. Namun ia hanya manis di bibir. Sehingga kini, suami saya langsung tidak memberi wang belanja, sebaliknya sayalah yang menampung semua perbelanjaan kami dengan gaji saya yang tidak seberapa. Di sini saya ingin tahu, apakah tanggungjawab seorang suami yang mengamalkan poligami terhadap isterinya? Bolehkah dia mengabaikan hal kewangan keluarga kami sedemikian? Apa yang boleh saya lakukan untuk mengatasi masalah ini?

- Siti Mary,

Kuala Lumpur

—————

Jawapan

Kita sering mendengar masalah suami yang tidak mampu untuk berlaku adil setelah berpoligami, walaupun sebelum berkahwin, macam-macam yang dijanjikan. Tetapi apa yang menyedihkan ialah wanita dan anak-anak yang menjadi mangsa. Suami selalunya bersikap lepas tangan.

Persoalan yang puan ajukan ini boleh dijadikan pedoman bukan sahaja kepada wanita yang berada dalam situasi yang sama, tetapi juga kepada wanita yang tidak kisah dipoligamikan. Malah kepada lelaki yang mengambil mudah perihal poligami ini juga perlu mengambil iktibar supaya tidak menzalimi hamba Allah yang lain.

Kebanyakan wanita mungkin tidak tahu bahawa walaupun tidak bercerai, isteri masih boleh memohon kepada Mahkamah Syariah supaya memerintahkan suaminya membayar nafkah bulanan. Menurut seksyen 59 serta seksyen 73 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, puan boleh memohon perintah Mahkamah mengarahkan suami puan membayar nafkah untuk puan dan anak. Malah puan juga boleh meminta kepada Mahkamah supaya membuat perintah potongan gaji suami puan untuk memudahkan urusan.

Tanggungjawab memberi nafkah kepada keluarga terletak dibahu suami puan. Puan tidak seharusnya dibebankan dengan tanggungjawab itu.

Puan juga boleh membuat aduan ke Mahkamah Syariah bahawa suami puan tidak berlaku adil terhadap puan dan anak-anak puan. Ini merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 128 Akta tersebut di mana suami puan boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah. Menurut seksyen ini, seorang suami yang tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada isterinya seperti yang dikehendaki oleh Hukum Syara’ adalah dianggap sebagai telah melakukan satu kesalahan dan boleh dijatuhkan hukuman denda tidak melebihi Ringgit Malaysia satu ribu atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Masalah ini bukanlah perkara baru dalam rumah tangga poligami. Keadaan rumahtangga poligami yang tidak bahagia dan terabai ini mengundang kepada masalah sosial di kalangan remaja.

Pihak-pihak yang berkenaan haruslah mengambil langkah yang wajar untuk memastikan keadilan dilaksanakan oleh suami yang berpoligami untuk mengelakkan penganiayaan terhadap isteri dan anak-anak.

INFO

Satu talian khusus yang dinamakan TeleNisa kini boleh dihubungi melalui 03-77843733.

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]



rahsia clickbank
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Isteri mualaf diabai suami selepas poligami | Question and ask all about marriage, life, money Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top