Breaking News

Ibu bapa penentu peribadi, akhlak anak | children's, kids, education and school , child, baby, parent MALAYSIA

Ibu bapa penentu peribadi, akhlak anak | Anak - Freddie Aguilar | Anak Rangkuman | Anak (song) | Rahsia Anak Dara | Nama-nama Islam | Nama-nama Anak | Nama Bayi Indonesia | Nama Bayi Jawa | Himpunan Nama-nama Pilihan | Nama-nama Bayi | Himpunan Nama Nama Indah Dalam Islam | children's, kids, education and school , child, baby, parent MALAYSIA
SIKAP ibu bapa menjadi paksi yang akan menentukan kualiti anak. Keikhlasan, sikap positif, terbuka, sabar, prihatin, suka mendengar, tidak mudah menyanggah akan menyediakan iklim yang sihat untuk mendidik anak.

Sikap prihatin terhadap perkembangan anak, penampilan diri, sentiasa mengambil berat, selalu berbincang melahirkan hubungan yang mesra dan secara tidak langsung meningkatkan kepercayaan anak kepada ibu bapa.

Kelainan peribadi anak, faktor usia, pengaruh luar akan menyulitkan tugas untuk menjadi ibu bapa berkesan kerana berdepan dengan anak kecil tentulah tidak sama apabila ibu bapa berhadapan kerenah remaja.

Ibu bapa perlu memahami sikap dan kemahuan anak yang inginkan perhatian dan saling berhubung (berkomunikasi). Ada kalanya anak menunjukkan sikap memberontak dan ibu bapa perlu mahir dalam tindak balas mereka.

Masalah anak menjadi kronik disebabkan ibu bapa tidak memahami sikap anak dan suka melabel anak dengan nilai negatif. Kemahiran berkomunikasi iaitu boleh menyampaikan dan mendengar dengan berkesan.

Dalam proses interaksi, ibu bapa adalah pemimpin yang patut mengemudi supaya suasana menjadi gembira, aman dan tiada tekanan. Tingkatkan empati dan kesabaran dalam berkomunikasi, lebih lagi apabila berlaku konflik antara ibu bapa dan anak.



Anak mempunyai ragam dan perangai berbeza. Apabila timbul konflik, cara penyelesaian terbaik ialah duduk berbincang kerana kedua pihak tidak boleh mengharap pihak satu lagi memahami kehendak mereka. Beri peluang anak meluahkan perasaan dan jadilah pendengar yang baik.

Ibu bapa perlu selalu mengukur diri bagi membentuk imej yang boleh menjadi teladan kepada anak kerana imej itu akan mempengaruhi perkembangan mereka.

Contohnya, apabila kita bertanggapan bahawa kita seorang ibu atau bapa yang tenang, sabar dan sentiasa cuba mengawal diri, sudah pastilah perkara ini akan mencorakkan tindakan anak.

Oleh itu, ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik untuk anak membuat penilaian terhadap imej ibu bapa mereka. Jika imej terpancar itu positif, anak akan mudah mendekati ibu bapa dan hubungan mereka terpelihara.

Sentiasa memberikan anak motivasi. Ini bermakna ibu bapa perlu mempunyai motif, matlamat, niat dan niat untuk bertindak. Ibu bapa perlu memiliki hasrat dan matlamat yang tinggi untuk menjadi ibu bapa yang berkesan. Perkara inilah yang akan mendorong ibu bapa berusaha untuk mencapai cita-cita.

Terdapat banyak cara untuk meningkatkan motivasi ibu bapa seperti menjadikan kejayaan anak sebagai matlamat, iktiraf kejayaan yang dicapai, walaupun tidak sebesar mana dan bersedia berkongsi masalah.

Kesan globalisasi dan arus kemajuan masa kini boleh membawa padah kepada anak jika tiada kawalan. Keruntuhan akhlak generasi masa kini amaran yang akan terus menjadi buruk jika ibu bapa, tidak mampu mendidik mereka melawan ancaman yang boleh merosakkan anak.

Kesimpulannya, ibu bapa kini harus bersedia dan menyiapkan diri untuk menjadi ibu bapa yang berkesan. Sentuhan mahir ibu bapa mampu mengubah dunia. Mereka perlu sentiasa bersedia berhadapan dengan apa juga masalah dan kemungkinan.

Ibu bapa perlu merenung ungkapan hikmat ini: “Bukanlah anak yatim itu anak yang kematian ayah bondanya dan yang melarat dalam kemiskinan. Tetapi yang dipanggil anak yatim itu adalah anak yang ibunya tidak mempedulikannya dan ayahnya sibuk dengan urusan.”

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





rahsia clickbank


No comments