728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

19 February 2007

Faktor Penghalang Orgasme Wanita | WOMAN, sexy, beautiful, matured, health Wanita MALAYSIA

Faktor Penghalang Orgasme Wanita | Mingguan Wanita Online | Wanita2u.com | Portal Wanita Untuk Wanita | Wanita Orgasme | Aurat Wanita| wanita.net | wanita hamil | Membelai Buah Dada Wanita | Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat | www.wanita.us | Pecinta Wanita | WOMAN, sexy, beautiful, matured, health Wanita MALAYSIA
Berikut adalah beberapa faktor yang dikenalpasti sebagai faktor menghalang orgasme wanita;

Takut
Takut tidak akan peroleh orgasme. Ketakutan sebegini kemudiannya akan membuatkan wanita hilang tumpuan dan tidak mengendahkan rangsangan yang diberikan oleh pasangan kerana tumpuan sudah tidak lagi pada aktiviti seksual.

Kepenatan
Urusan rumahtangga dan juga tugas di tempat kerja mungkin membuatkan wanita keletihan apabila tiba di rumah. Kepenatan akan memberi pengaruh yang negatif terhadap aspek batin. Kepenatan akan membuatkan wanita kurang bertenaga untuk berusaha memperoleh orgasme.

Malu
Ramai wanita malu untuk meminta pasangan memberikan rangsangan sesuai dengan keinginan mereka. Rangsangan yang tidak sesuai dengan apa yang dikehendaki membuatkan wanita tidak mencapai kepuasan dan seterusnya menyukarkan orgasme.

Terburu-buru
Seks yang terburu-buru tidak akan memberi waktu yang cukup untuk mencipta keghairahan dan juga melakukan rangsangan pada wanita. Keadaan ini menyebabkan wanita akan sukar mencapai klimaks.

Tidak yakin pada diri sendiri
Kurang keyakinan pada diri sendiri atau malu dengan keadaan tubuh badan sendiri akan membuatkan hubungan seksual bersama pasangan menjadi tidak selesa. Perasaan sebegini akan membuatkan wanita berasa serba tidak kena ketika melakukan hubungan seksual sehingga akhirnya agak sukar memperoleh orgasme.

Trauma
Pengalaman yang menakutkan ketika sewaktu pertama kali melakukan hubungan seksual kadang kala boleh menjadi trauma kepada wanita sehingga menyukarkan mereka orgasme. Perkara menakutkan yang dilalui sebagai contoh pernah dicabuli atau dirogol mungkin terbayang-bayang di fikiran menyebabkan wanita tidak dapat menumpukan fikiran mereka.

Apa yang perlu dilakukan?
Perkara yang perlu ‘dibereskan’ adalah otak atau cara berfikir. Sebelum melakukan hubungan seksual dengan pasangan, usahakan untuk mengosongkan fikiran dan fokuskan pada rangsangan yang diberi ataupun memikirkan hal-hal seksi yang boleh merangsangkan ghairah anda.

Sekiranya kurang keyakinan atau malu dengan keadaan tubuh badan menyebabkan anda sukar memperoleh orgasme, ketahuilah bahawa apa yang anda risaukan itu mungkin tidak dikisahkan oleh pasangan.

Sebaiknya berterus teranglah dengan pasangan anda tentang apa yang merisaukan diri anda dan dengarlah pendapatnya. Ada kemungkinan pasangan anda memang tidak menyenangi keadaan tubuh badan anda tapi mungkin tidak kesemuanya. Samarkan kekurangan bahagian tubuh badan anda dengan pakaian ataupun pencahayaan dan tonjolkan bahagian yang disukai oleh pasangan anda.

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]



rahsia clickbank
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Faktor Penghalang Orgasme Wanita | WOMAN, sexy, beautiful, matured, health Wanita MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top