Breaking News

Cara pikat hati suami | Husband and Wife, passion, sex and relationships, romance

Cara pikat hati suami | Seks Suami-Isteri | Bercinta Dengan Suami Orang | SuamiPerkasa.com | Suami Cepat Tewas | Berbagi Suami | SuamiOnline.com | Kisah Suami | Info Seks Suami Isteri | Sarapan Buat Suami | ghairah suami | Husband and Wife, passion, sex and relationships, romance
KEHIDUPAN suami isteri memerlukan persediaan mental dan fizikal, justeru persediaan amat perlu dalam melayari kehidupan yang berpanjangan, ibarat berperang, kita perlu bersedia supaya tidak dikalahkan musuh.

Baik suami mahupun isteri, mereka mempunyai peranan masing-masing. Sebagai isteri misalnya, apa yang patut dilakukan bagi memastikan suami sentiasa melekat di rumah?

Ada suami yang seronok di rumah dan tidak sabar untuk pulang ke pejabat semata-mata mahu bersama isteri dan anak-anak tetapi ada juga lelaki yang sentiasa mengelak untuk pulang awal dan lebih gemar memerap atau menghabiskan waktu terbuang di pejabat.

Apakah puncanya kedua-dua situasi ini, ia tentu berkait rapat dengan layanan atau kemesraan kedua-dua pasangan. Jika masing-masing membuat hal sendiri dan teguh dengan ego, rumah bukan lagi syurga tetapi neraka dalam kehidupan suami isteri.

Di sini, ada beberapa panduan yang boleh diikuti golongan isteri untuk menambat hati suami.

- Berdoa agar disayangi

- Sambut, tegur dan sentuh suami sebelum sambung perkara lain apabila dia balik ke rumah.

- Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan sepanjang hari (jika suami dalam mood yang baik)

- Berlatih mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.

- Jangan tergesa-gesa menyelesaikan masalah suami. Apa yang lebih penting ialah simpati.

- Beri suami masa berkualiti sekurang-kurangnya 30 minit.

- Tanya ibu mentua, abang atau kakak ipar anda mengenai hadiah disukai suami dan belikan hadiah itu sebagai cenderahati ketika memujuk.

- Masak makanan kegemaran suami.

- Beri pujian mengenai penampilan suami seperti rambut, wajah dan pakaian.

- Pujuk suami bila dia marah atau kecil hati.

- Minta bantuan sesuai pada masa, tempat dan jenis kerjanya.

- Elakkan daripada suami menunggu terlalu lama apabila bersiap atau bersolek.

- Bila suami memberitahu dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu.

- Bila suami meminta bantuan, buatlah serta-merta secara ikhlas dan gembira tanpa banyak mengungkit atau komen.

- Ucapkan kata-kata sayang yang romantik dua kali sehari.
Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]



rahsia clickbank

No comments