728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

07 February 2007

Bayi gemuk hadapi risiko | children's, kids, education and school , child, baby, parent MALAYSIA

Bayi gemuk hadapi risiko | Anak - Freddie Aguilar | Anak Rangkuman | Anak (song) | Rahsia Anak Dara | Nama-nama Islam | Nama-nama Anak | Nama Bayi Indonesia | Nama Bayi Jawa | Himpunan Nama-nama Pilihan | Nama-nama Bayi | Himpunan Nama Nama Indah Dalam Islam | children's, kids, education and school , child, baby, parent MALAYSIA
TIDAK dinafikan kanak-kanak yang terlalu gemuk merunsingkan ibu bapa. Terdapat banyak pendapat berhubung punca kegemukan yang dikemukakan penyelidik kanak-kanak.

Ia begitu kompleks dengan kebanyakannya mempunyai kaitan dengan pemakanan, baka, fizikal, psikologi dan sosial.

Kebanyakan penyelidik berpendapat bayi yang gemuk mempunyai risiko tinggi untuk terus gemuk ketika mereka semakin dewasa.

Adakah kegemukan ibu bapa juga bahaya?

Tidak dinafikan kegemukan di kalangan orang dewasa boleh menyebabkan risiko untuk mengalami darah tinggi, serangan jantung, kencing manis dan penyakit sendi.

Untuk mengelakkan ia berlaku, pencegahan perlu dilakukan sejak di peringkat kanak-kanak atau bayi.

Jika susu diberi secara berlebihan, ia boleh mengakibatkan bayi menjadi gemuk. Terdapat penyelidikan menunjukkan kumpulan kanak-kanak diberikan susu formula lebih gemuk daripada kanak-kanak diberikan susu ibu.

Ibu yang memberi susu formula selalu menggalakkan bayi mereka menghabiskan susu dalam botol tanpa mengambil kira bayi itu mengantuk atau kekenyangan.



Jika susu yang lebih pekat diberikan kepadanya bermakna kalori bertambah dan ini boleh menyebabkan tubuh bayi menjadi gemuk.

Satu punca utama membawa kepada kegemukan ialah ibu memulakan makanan peralihan seperti pepejal terlalu awal dari usia sepatutnya. Ini menyebabkan bayi mendapat jumlah kalori tinggi sebelum waktunya.

Kadangkala telur atau daging dalam bubur yang dihancurkan boleh menyebabkan bayi menerima kalori tinggi.

Penyelidikan yang dijalankan mendapati bayi yang mendapat susu badan lebih aktif, kurang tidur dan lebih mendapat stimulasi berbanding susu formula.

Begitu juga, cara ibu memberi makan bayinya boleh menentukan kegemukan atau keadaan bayi yang tidak subur.

Mereka yang kurang berpengalaman boleh memberi bayi dengan bancuhan kurang padat atau membiarkan bayi terus tidur walaupun sepatutnya tiba waktu minum susu.

Pakar kanak-kanak mendapati ramai bayi yang gemuk lebih kerap mendapat penyakit paru-paru. Ini mungkin ada kaitan dengan kekurangan fungsi pernafasan akibat kegemukan. Ada kemungkinan kuasa perlindungannya lebih rendah daripada kanak-kanak biasa.

Ada tiga perkara asas yang perlu diambil kira dalam usaha merawat kegemukan. Pertama ialah motivasi, kedua mengurangkan kalori makanan dan ketiga melebihkan aktiviti jasmani.

Motivasi tidak mudah untuk disemai dalam fikiran kanak-kanak yang gemuk. Ibu bapa berperanan untuk menggalakkan anak-anak supaya kurang makan.

Mengurangkan jumlah kalori yang diambil setiap hari melalui makanan sangat penting. Kanak-kanak mestilah mengetahui makanan yang tinggi kalorinya supaya boleh mengelak daripada mengambilnya.

Disarankan supaya bahan makanan seperti mentega dan minuman manis dikurangkan. Mengawasi makanan kanak-kanak di bawah usia lima tahun mungkin lebih sukar.

Corak hidup kanak-kanak mesti diambil kira iaitu bukan hanya riwayat makanan dalam tempoh 24 jam diteliti tetapi aktiviti jasmaninya juga perlu diambil kira.

Kanak-kanak yang kerap tidur pada waktu siang atau menonton televisyen di rumah perlu digalakkan menjalankan pelbagai aktiviti.

Kegemukan jika berterusan boleh membawa masalah kepada kesihatan tubuh kanak-kanak. Ia juga boleh memberi masalah emosi. Apabila kanak-kanak menempuh alam remaja, perasaan kurang yakin pada diri dan rendah diri boleh mengganggu pergaulannya.

Justeru itu, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam mengawal pemakanan anak-anak sejak awal supaya mereka tidak berdepan masalah kegemukan apabila dewasa kelak. – Agensi

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





rahsia clickbank


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Bayi gemuk hadapi risiko | children's, kids, education and school , child, baby, parent MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top