728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

22 February 2007

Banyak aktiviti bebankan anak | children's, kids, education and school , child, baby, parent MALAYSIA

Banyak aktiviti bebankan anak | Anak - Freddie Aguilar | Anak Rangkuman | Anak (song) | Rahsia Anak Dara | Nama-nama Islam | Nama-nama Anak | Nama Bayi Indonesia | Nama Bayi Jawa | Himpunan Nama-nama Pilihan | Nama-nama Bayi | Himpunan Nama Nama Indah Dalam Islam | children's, kids, education and school , child, baby, parent MALAYSIA
PULANG dari sekolah, berderet-deret aktiviti menanti. Belum pun sempat nasi hadam dengan sempurna, berkejar-kejar pula ke kelas tuisyen sebelum ke kelas piano, karate, renang, tarian dan pelbagai lagi.

Bukan sesuatu yang mustahil apabila kanak-kanak bakal terjebak dalam masalah kemurungan akibat tekanan berikutan jadual seharian yang begitu padat dengan aktiviti atau program berstruktur.

Pakar psikiatri kanak-kanak, Alvin Rosenfeld, yang juga penulis buku ‘The Over-Scheduled Child: Avoiding the Hyper-Parenting Trap’, percaya ibu bapa yang mengatur terlalu banyak aktiviti luar kurikulum dalam jadual seharian anak ialah satu masalah yang kian berleluasa.


“Ibu bapa rasa mereka bukan ibu bapa yang baik jika anak-anak tidak menyertai semua aktiviti sedangkan hakikatnya, kanak-kanak rasa tertekan untuk mencapai sesuatu dan bersaing,” katanya.

Pakar kanak-kanak, Andrée Aelion Brooks, yang juga penulis ‘Children of Fast-Track Parents’ menemu bual 80 ahli profesional kesihatan mental selain 60 ibu bapa dan 100 kanak-kanak.



Hasilnya, dia mendapati kanak-kanak yang didedahkan kepada aktiviti luar kurikulum pada usia terlalu muda bukanlah satu cara yang baik. Sesetengah kanak-kanak berkenaan tidak dapat berfungsi dengan baik memandangkan terpaksa memikul banyak tanggungjawab dan boleh menyebabkan masalah tekanan.

Begitu banyak peluang untuk kanak-kanak menyertai pelbagai aktiviti kini terutama di kalangan mereka yang tinggal di bandar. Namun, kanak-kanak juga perlukan waktu untuk mendalami setiap aktiviti bukannya menyertai segala macam aktiviti tanpa memahami apa yang disertai.

“Kebanyakan kanak-kanak hari ini seolah-olah tidak punya masa hendak bernafas. Sesetengah ibu bapa memikirkan anak mereka akan membesar dan mengingati segala aktiviti menarik yang mereka sertai.

“Hakikatnya, kanak-kanak itu akan mengingati betapa letihnya mereka dan bagaimana ibu bapa mereka asyik menjerit atau mengarahkan mereka supaya bersedia untuk aktiviti seterusnya,” kata ahli terapi dan profesor di Universiti Pepperdine, California, Melanie Coughlin.

Tekanan tidak semestinya sesuatu yang kurang baik. Dr Hans Selve, seorang penyelidik perintis mengenai tekanan, percaya kadar tekanan yang sederhana baik untuk diri seseorang.

Dia menggambarkan dua jenis tekanan iaitu tekanan yang menggembirakan dan menyusahkan. Tekanan menggembirakan berlaku apabila seseorang berdepan cabaran biasa dalam hidupnya. Kanak-kanak yang gemarkan bola sepak misalnya, mungkin menunjukkan kemampuan lebih baik akibat tekanan yang berkait dengan latihan dan permainan.

Tekanan yang menyusahkan pula berlaku apabila seseorang itu berasa seolah-olah ‘tenggelam’. Kanak-kanak yang cemerlang dalam permainan bola sepak mungkin rasa tertekan apabila pada masa sama terbabit dalam empat atau lima aktiviti lain.

Bukan saja kanak-kanak yang memiliki aktiviti seharian berlebihan membuatkan mereka cenderung menghadapi tekanan, mereka juga sering terlepas menikmati pengalaman di zaman kanak-kanak.Contohnya:

>Waktu untuk bermain secara semula jadi dan kreatif.

Permainan yang tidak diatur membolehkan kanak-kanak meneruskan minat mereka, melahirkan personaliti dan belajar mengatur masa sendiri.

Bermain ialah kaedah semula jadi pembelajaran untuk kanak-kanak tetapi apabila hidup mereka dikuasai aktiviti yang diaturkan orang dewasa, mungkin kurang waktu untuk mereka menjadi diri mereka sebenar.

>Hubungan kekeluargaan.

Kanak-kanak perlukan waktu bersama ibu bapa iaitu waktu untuk berehat, berbual, membaca, bermain atau sekadar berada di sisi mereka. Keluarga yang terlalu sibuk dengan aktiviti luar kurikulum ini mempunyai peluang yang sedikit untuk menikmati pengalaman yang boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan ini.

>Potensi diri.

Kanak-kanak perlukan waktu untuk membaca, menulis, berfikir, berangan, melukis dan seumpamanya untuk meneroka minat masing-masing. Aktiviti sedemikian menggalakkan mereka menyedari potensi diri dan minat sebenar.

Tiada ibu bapa yang mahu anak mereka rasa tertekan. Kebanyakannya punya niat baik apabila mahu anak menyertai pelbagai aktiviti. Mereka mungkin mahukan anak masing-masing gembira cuma cara sedemikian mungkin kurang bersesuaian.

Pakar kanak-kanak menganggap aktiviti luar kurikulum boleh menjadi pendorong positif pada kehidupan kanak-kanak tetapi mereka juga tidak bersetuju dengan pelbagai aktiviti yang boleh mendatangkan risiko. Paling penting ialah keseimbangan.

“Ibu bapa perlu berehat dan tidak terkejar-kejar. Mengatur aktiviti untuk anak-anak memang elok tetapi usah keterlaluan. Kajian menunjukkan apa yang paling diperlukan kanak-kanak ialah hubungan misalnya hubungan kekeluargaan bukannya pelbagai aktiviti memenatkan,” kata Rosenfeld.

Susunan Rahayu Mohd Salleh

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





rahsia clickbank


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Banyak aktiviti bebankan anak | children's, kids, education and school , child, baby, parent MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top