Subscribe to web2feel.com
Subscribe to web2feel.com
direncana oleh rahsia perkahwinan 09 February 2007

SOALAN: Adakah jatuh talak apabila si isteri memohon diceraikan tetapi si suami memberi jawapan dengan mengatakan “jika awak hendak bercerai dengan saya, tunggu sehingga selepas raya, saya uruskan.” Adakah talak itu jatuh ke atas si isteri selepas raya?

JAWAPAN: Walaupun ungkapan dari suami itu berbentuk janji, yang terikat dengan masa iaitu janjinya untuk menceraikan isterinya selepas raya, justeru terpulang pada suami untuk menceraikan isterinya ataupun tidak.

Ini kerana suami baru berjanji, maka lafaz janji tidak dikira sebagai lafaz taklik.

Maksudnya taklik ialah perceraian yang dikaitkan dengan sesuatu keadaan yang akan berlaku dengan mengguna beberapa perkataan seperti, apabila berlaku, sekiranya berlaku, jika berlaku, setiap kali berlaku dan sebagainya.

Contohnya, suami berkata kepada isterinya: “Sekiranya kamu keluar rumah hari ini, kamu tercerai”.

Dalam persoalan ini dapatlah ustaz simpulkan bahawa si suami hanya berjanji untuk menguruskan perceraian, itu pun jika dia mahu.

Kalau si suami tidak menguruskannya, maka tidak ada proses perceraian.

Oleh itu, si isteri tidak perlu risau kerana tidak berlaku cerai selepas raya, ini kerana apa yang disebut oleh si suami tidak boleh dianggap sebagai lafaz taklik.

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]



rahsia clickbank

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment

Mutira Kata Minggu Ini

Bermula pada hari ini, jadikan DIRIMU bagai pohon yang rendang di mana setiap insan dapat berteduh. JANGANLAH jadi seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

video minggu ini

Jadilah Yang PERTAMA membaca!

Langgani Pelbagai Artikel Rahsia Perkahwinan Terus Ke Email Anda!! !:

By FeedBurner

Twitt RP !

RP's Fan Box

Rahsia TERBARU !