728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

12 January 2007

Malangnya nasib kami ditinggalkan ibu bapa | children's, kids, education and school , child, baby, parent MALAYSIA

Malangnya nasib kami ditinggalkan ibu bapa | Anak - Freddie Aguilar | Anak Rangkuman | Anak (song) | Rahsia Anak Dara | Nama-nama Islam | Nama-nama Anak | Nama Bayi Indonesia | Nama Bayi Jawa | Himpunan Nama-nama Pilihan | Nama-nama Bayi | Himpunan Nama Nama Indah Dalam Islam | children's, kids, education and school , child, baby, parent MALAYSIA
ANAK merupakan anugerah. Namun, di sebalik setiap kelahirannya ada tanggung jawab yang perlu dipikul oleh ibu bapa, iaitu amanah untuk membesarkan mereka dengan baik.

Ibu bapa perlu memberi pendidikan, tempat tinggal dan persekitaran yang sihat dan perhatian serta kasih sayang kepada anak-anak.

Malangnya, ada di kalangan ibu bapa yang tidak ‘menjalankan’ peranan itu kerana menganggap anak-anak satu beban.

Akibat sikap panas baran tambahan pula diancam oleh pergolakan rumah tangga, masalah kewangan dan sebagainya menyebabkan anak-anak menjadi mangsa sasaran dera ibu bapa dan ahli-ahli keluarga bagi melepaskan perasaan.



Hakikatnya di negara ini, keadaan yang sama terus berlaku.

Kunjungan ke sebuah rumah kebajikan di Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini menzahirkan beberapa kisah sedih anak-anak yang ‘diselamatkan’ akibat penderaan ahli keluarga seperti ibu tiri, bapa, adik-beradik dan saudara mara.

Meninjau kehidupan anak-anak tanpa waris di Rumah Vashini, tidak terfikir saya bahawa ada ibu bapa begitu kejam terhadap anak-anak mereka.

Sedihnya ada di antara mereka menjadi korban penderaan dan juga disuruh meminta sedekah dan dibiarkan tanpa penjagaan.

Mendekati tiga adik-beradik ini, Surendan Ramesh, 11, Sasiteran, 10, dan Jayasundari, 9. menginsafkan saya betapa anak-anak mentah ini tlah dibebankan dengan kehidupan yang begitu sulit dan menyukarkan.

Ibu mereka telah meninggal dunia ketika Surendan berusia tiga tahun. Selepas itu mereka dipelihara oleh ayahnya yang malas bekerja dan pemabuk.

Setiap hari adik-beradik ini didera dan tidak diberikan penjagaan yang sewajarnya. Ketiga-tiga beradik ini yang sepatutnya ke sekolah telah dipaksa untuk mencari rezeki untuk keluarga dengan meminta sedekah.

‘‘Nasib kami bertambah malang apabila ayah berkahwin lagi. Kami yang masih kecil ayah paksa untuk meminta sedekah di perhentian-perhentian bas.

‘‘Kami perlu mendapatkan sebanyak RM50 setiap hari. Jika tidak kami tidak boleh balik ke rumah dan tidak diberikan makan,” kata Surendan sedih.

Surendan berkata mereka terpaksa mendukung adiknya untuk meminta sedekah di bawah terik matahari di perhentian bas. Tidak tahu ke mana hendak mengadu, akhirrya mereka nekad tinggal di perhentian bas itu kerana tidak larat lagi untuk meminta sedekah.

Nasib mereka baik apabila ditakdirkan bertemu dengan salah seorang ibu saudara mereka.

‘‘Saya bercerita dengan mak cik dan kemudian mak cik membawa saya ke pusat ini. Saya gembira berada di sini. Adik-adik saya juga senang di sini. Kami dapat sekolah dan makan serta tidur dengan selesa,” katanya.

Ditanya adakah bapanya datang melawat mereka katanya, ada beberapa kali untuk membawa mereka pulang, tetapi mereka tidak mahu.

Malah dia dan adik-adiknya juga tidak pernah berharap ayahnya akan datang melawat mereka.

Pengalaman yang sama dilalui, dua adik-beradik Selvam Velusamy, 14, dan Suresh, 12, yang ditinggalkan oleh bapanya di satu perhentian bas, selepas ibu mereka meninggal dunia.

‘‘Saya pun tidak tahu kenapa ayah buat macam itu. Mungkin kami ini menyusahkan dia. Masa ditinggalkan itu, lama kami menunggu agar dia menjemput kami pulang semula tetapi sia-sia, dia tidak juga muncul-muncul selepas itu.

‘‘Kami terpaksa meminta sedekah dan akhirnya kami telah disapa oleh seorang lelaki yang akhirnya membawa kami ke pusat ini,” katanya Selvam.

Menurut Selvam, ada dua kali ayahnya datang untuk mengambil mereka dari rumah berkenaan tetapi mereka dua beradik enggan.

‘‘Biarlah kami di sini,” kata Selvam diiringi anggukan adiknya, Suresh yang mengiakan kata-kata itu.

Berlainan pula kisah Gunasegaran, 11, Gitmanjali, 7, dan Nithiya, 4, yang terpaksa ditinggalkan di pusat itu oleh ibunya untuk mengelakkan mereka terus didera oleh ayahnya.

Berasal dari Ipoh, Perak, adik-beradik ini yang mempunyai lima adik-beradik lain sering didera oleh ayah mereka, seorang penganggur.

Menurut Pengurus Rumah Vashini, Angela Devi, tiga lagi adik-beradik mereka dijaga oleh ibu mereka manakala dua lagi tidak tahu siapa yang menjaganya.

Ibu mereka berbuat demikian untuk mengelakkan adik-beradik ini terus didera tambahan pula dia tidak mampu untuk menjaga anak seramai lapan orang itu.

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





rahsia clickbank


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Malangnya nasib kami ditinggalkan ibu bapa | children's, kids, education and school , child, baby, parent MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top