728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

12 January 2007

Bijak Menabung: Simpanan untuk keluarga | Married, Couple, Health care, Family Planning, MALAYSIA

Bijak Menabung: Simpanan untuk keluarga | Keluarga & Perkawinan | Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat| www.e-keluarga.com| www.lppkn.gov.my|  KELUARGA v.2 | Rahsia Keluarga Bahagia | Gambar Keluarga Fasha Sandha | Yayasan Pembangunan Keluarga  | Married, Couple, Health care, Family Planning, MALAYSIA
ALAN Lakein berkata: Perancangan adalah membawa masa depan ke masa kini supaya anda dapat melakukan sesuatu sekarang. Memang tepat kata-kata falsafah Inggeris itu kerana dengan membuat perancangan sekarang, anda sudah membina hidup untuk masa depan. Memang semuanya belum pasti, tetapi mereka yang merancang sudah membuat persediaan awal agar apa juga yang datang dapat dihadapi dengan baik.

Begitu juga dalam pengurusan kewangan. Perancangan adalah perkara penting, nadi yang menentukan kedudukan kewangan anda sama ada positif atau negatif. Apabila simpanan melebihi perbelanjaan, anda berada dalam zon positif dan ini sesuatu yang baik, tetapi jika perbelanjaan anda melebihi pendapatan, anda berada dalam zon bahaya dan perlu bertindak segera sebelum terjebak dalam kemelut hutang yang tiada kesudahan.

Ramai kalangan kita ingin menyimpan dan mengetahui pentingnya mempunyai simpanan. Namun ini tidak dapat dilaksanakan dengan alasan tidak mempunyai cukup wang ataupun kesuntukan masa. Itu hanyalah alasan yang lemah kerana kuncinya ada pada anda. Ia bertitik tolak pada diri anda, sama ada mahu atau tidak mahu.

Apakah komitmen anda untuk diri anda pada masa depan? Adakah anda ingin melihat diri anda berada dalam kesempitan ataupun kesenangan? Yang mana lebih baik, mempunyai wang simpanan sendiri ataupun mempunyai kad kredit? Ada yang tidak menyimpan kerana mereka mempunyai kad kredit untuk dijadikan sandaran apabila berlaku kecemasan. Kad kredit hanyalah satu alat bagi memudahkan kehidupan namun perlu diingat wang yang anda gunakan itu bukan wang anda. Ia sekadar pinjaman dan perlu dipulangkan dengan kadar faedahnya sekali!

Pernahkah kita terfikir menerusi wang simpanan, kita boleh membentuk tabung warisan yang boleh dinikmati dari generasi ke generasi? Tidak perlu menunggu sehingga kaya-raya baru kita dapat tinggalkan harta benda untuk keluarga. Memadai meninggalkan mereka dengan tabiat atau disiplin menabung yang ditanamkan dalam setiap ahli keluarga, yang mana tabung ini berfungsi sebagai tabung kebebasan kewangan.

Inginkah anda melihat, tabung yang anda mulakan dengan hanya menyimpan RM100 sebulan itu kemudian berkembang menjadi beratus ribu dalam tempoh 20 atau 30 tahun akan datang? Ini tidak mustahil berlaku kerana jika tabiat menabung itu sudah sebati dalam diri, amalan ini akan berterusan dan sukar ditinggalkan. Kemudian tabiat yang baik ini diterapkan pula pada anak cucu. Anda akan dapat melihat bagaimana sebuah dana keluarga terbentuk yang manfaatnya boleh dinikmati semua orang.

Bagi melaksanakan tabung keluarga ini, anda hanya perlu peruntukan 10 peratus saja daripada pendapatan anda. Ia perlu disimpan untuk jangka masa panjang dan dibiarkan berkembang. Anda tidak dibenarkan menyentuh pokoknya, hanya keuntungannya saja yang boleh diambil.

Katakan anda menyimpan RM100 sebulan dengan melaburnya dalam instrumen pelaburan yang mampu memberi pulangan antara 10 hingga 15 peratus setahun. Anda terus menyimpan selama 30 tahun. Jika pelaburan anda memberikan pulangan 10 peratus setahun, dalam tempoh berkenaan wang simpanan itu berkembang hampir RM230,000. Jika pelaburan itu mampu memberi pulangan 15 peratus setahun, ia akan berkembang hingga RM700,000!

Bayangkan setelah ketiadaan anda, anak anda pula terus menyumbang RM100 sebulan, diikuti anak cucu anda dan tradisi ini diteruskan daripada generasi ke generasi. Jumlahnya akan mencecah jutaan. Ia akan menjadi warisan keluarga yang boleh digunakan untuk membiayai pendidikan, wakaf keluarga ataupun sebagai modal untuk perniagaan.

Menariknya pula, apabila simpanan pelaburan anda itu turut menyediakan perkhidmatan penama pewaris. Anda sudah tahu wang anda akan diserahkan kepada mereka yang berhak apabila berlaku kematian. Ramai kalangan pelabur kita yang tidak mengetahui kepentingan penama pewaris ini dan sehingga kini, hanya CIMB Wealth Advisors Bhd saja yang menyediakan perkhidmatan berkenaan bagi pelaburnya.

Ketika ada hayat, mungkin anda melihat menyediakan penama pewaris tidak begitu penting, tetapi cuba fikirkan jika berlaku sesuatu kepada anda. Keluar saja sijil kematian, wang yang ada dalam akaun simpanan dan semua aset lain akan dibekukan dan ia akan ditadbir sementara oleh Amanah Raya Berhad. Anda perlu mendapatkan surat kuasa sebelum membuat sebarang tuntutan dan lazimnya proses ini mengambil masa berbulan-bulan hingga bertahun-tahun.

Justeru, ada baiknya sebelum anda menabung terutama bagi mewujudkan tabung warisan ini, menentukan manakah institusi pelaburan yang mampu memberi perkhidmatan komprehensif. Jangan mudah terpengaruh dengan pemberian pulangan tinggi sedangkan anda tidak pasti ke mana wang itu pergi selepas anda tiada lagi.

Artikel ini ditulis oleh Perundingan Kewangan, Inspired Vision Agency, Kelana Jaya, Suraiya Mohd Nor. Ingin mendapatkan maklumat lanjut hubungi beliau di talian 013-3311981 atau e-mel suraiyanor@yahoo.com.

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Bijak Menabung: Simpanan untuk keluarga | Married, Couple, Health care, Family Planning, MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top