Breaking News

6 serangkai lindung bayi | children's, kids, education and school , child, baby, parent MALAYSIA

6 serangkai lindung bayi | Anak - Freddie Aguilar | Anak Rangkuman | Anak (song) | Rahsia Anak Dara | Nama-nama Islam | Nama-nama Anak | Nama Bayi Indonesia | Nama Bayi Jawa | Himpunan Nama-nama Pilihan | Nama-nama Bayi | Himpunan Nama Nama Indah Dalam Islam | children's, kids, education and school , child, baby, parent MALAYSIA
BIARPUN keberkesanan vaksin terbukti mampu melindungi si kecil daripada serangan bakteria dan virus berbahaya, masih ramai ibu bapa seakan tidak mempedulikan kepentingan suntikan imunisasi yang sudah diperkenalkan berdekad lamanya. Hanya alasan remeh diberikan termasuk kasihan dan terlupa disebabkan terlalu banyak jadual perlu diikuti.

Mengikut kaji selidik membabitkan 6,600 responden di seluruh dunia, 42 peratus daripada 300 ibu di kalangan warga Malaysia mengakui kesan sampingan seperti demam selain bimbang kesihatan, menjadi punca utama mereka tidak mendapatkan vaksin berkenaan manakala takut melihat anak kesakitan berada di tangga kedua (36 peratus).

Perunding Paediatrik, Dr Khoo Phaik Choo, berkata kesan sampingan yang dialami bayi selepas suntikan tidak harus dijadikan penyebab kerana ibu bapa perlu melihat lebih ke hadapan dengan mendahulukan kesejahteraan kesihatan anak mereka bagi jangka masa panjang dengan mematuhi jadual imunisasi.

Katanya, bayi dan kanak-kanak terdedah kepada ancaman penyakit yang boleh membawa maut sekali gus memerlukan mereka mendapatkan bantuan vaksin sebagai perlindungan daripada ancaman mikro organisma berbahaya selain mengelakkan penyakit daripada berulang.



“Bayi atau kanak-kanak tidak mempunyai sistem pertahanan semula jadi yang mampu menangkis serangan bakteria dan virus. Oleh itu, mereka memerlukan bantuan vaksin terutama dari ancaman difteria, campak, polio, kancing gigi, batuk kokol, hepatitis B, demam kuning, HiB, meningitis, rotavirus dan pneumococcal.

“Sekiranya semua bayi diberikan suntikan imunisasi, secara tidak langsung dapat melindungi seluruh komuniti termasuk golongan dewasa dan tua. Penyakit cacar contohnya dapat dikurangkan dengan pemberian vaksin. Malah, pemberian imunisasi ketika kecil mampu menjauhkan mereka daripada penyakit ini seterusnya menjimatkan kos rawatan.

“Jangan biarkan alasan remeh berkaitan suntikan imunisasi meragut nyawa si kecil pada kemudian hari. Ibu bapa juga harus berwaspada kerana memang ada di antara penyakit boleh dirawat tetapi ia berkemungkinan besar membawa kecacatan sepanjang hayat seperti mana polio,” katanya.

Begitupun, kini dengan vaksin kombinasi enam dalam satu yang memberi perlindungan terhadap difteria, tetanus (kancing gigi), pertusis (batuk kokol), polio, hepatitis B dan Influenza Haemofilus Jenis B (HiB) mampu mengurangkan kesakitan dan kekerapan ke klinik atau hospital.

Dr Khoo berkata, vaksin enam serangkai ini memberikan perlindungan kepada bayi pada umur dua, empat dan enam bulan hanya menerusi satu suntikan sekali gus mengurangkan kesakitan si kecil selain tidak perlu risau dengan jadual padat imunisasi biasa.

“Suntikan vaksin enam dalam satu ini perlu diambil tiga kali hingga bayi berusia enam bulan. Namun doktor akan menasihati atau memberikan jadual pengambilan dos bagi memudahkan ibu bapa. Malah, penjaga kini tidak perlu risau dengan kesan sampingan suntikan berkenaan.

“Sekiranya anak anda mendapatkan suntikan berasingan ketika berumur satu dan dua bulan, mereka masih boleh mengambil vaksin enam serangkai ini. Pengambilan dua kali vaksin yang sama tidak akan memberi sebarang masalah kepada bayi.

“Apa yang nyata, dengan adanya vaksin enam dalam satu ini, diharap masalah tiada masa atau terlupa dapat dilupuskan. Kombinasi keperluan perlindungan dalam vaksin ini memberikan jaminan kepada kesejahteraan anak,” katanya pada majlis pelancaran vaksin keluaran GlaxoSmithKline, baru-baru ini.

Secara tidak langsung, Khoo berkata, tekanan ibu bapa untuk membawa anak ke klinik serta tekanan kepada bayi yang sering kali mengalami masalah terutama demam setiap kali disuntik dapat dikurangkan dengan adanya vaksin terbaru itu.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2001 melaporkan, 4.45 juta kanak-kanak di seluruh dunia meninggal dunia akibat 11 penyakit maut dengan jumlah tertinggi berikutan pneumococcal (841,000 kes), campak (554,000 kes), HiB (450,000 kes), rotavirus (338,000 kes), batuk kokol (285,000 kes) dan kancing gigi (201,000 kes).

Begitupun, program imunisasi untuk kanak-kanak di Malaysia yang dimulakan sejak pertengahan 1950 bermula vaksin cacar disusuli defteria, tetanus dan pertusis (tiga serangkai) diperkenalkan akhir 1950-an diikuti BCG (1961).

Selepas itu menyusul pula polio (1972), campak (1982), rubela (kanak-kanak perempuan pada akhir 1980-an), hepatitis B (1989) selain usaha kerajaan mewajibkan vaksin untuk campak, beguk dan rubela serta Hib meningitis pada 2001.

Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan Klinikal serta Hal Ehwal Perubatan GlaxoSmithKline Malaysia dan Singapura, Dr Teoh Yee Leong, berkata vaksin enam serangkai ini memenuhi kehendak ibu bapa pada masa ini kerana memberikan perlindungan terbaik dengan kesan paling minimum.

Oleh Hanisah Selamat

[sumber]

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





rahsia clickbank


No comments