Subscribe to web2feel.com
Subscribe to web2feel.com

Apa itu selaput dara?

Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit ( semilunar ) dan mempunyai pemisah ( septum ). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut.

Rahsia di sebalik air sembahyang

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? 1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

Perkahwinan Siti Nurhaliza & Datuk Khalid

Ibarat kisah fantasi yang sering dibayangkan dalam novel cinta, begitulah gambaran kemeriahan majlis persandingan penyanyi terkenal, Datin Siti Nurhaliza Tarudin dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa. Daripada riak wajah pengantin tergambar segenap rasa bahagia yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata.Melangkah anggun dengan persalinan kebaya moden putih, Badarsila dipetik daripada judul lagu popularnya rekaan Radzuan Radziwill ke Dewan Pameran 1 & 2, Pusat Persidangan Kuala Lumpur (KLCC), senyuman dan debaran mengiringi langkah pasangan pengantin baru itu untuk upacara bersanding.
CahayaBiru.com

Mengatasi masalah sembelit | Kesihatan | Jaga Kesihatan | Kementerian Kesihatan Malaysia | Info Sihat | Laman Kesihatan | MyHEALTH Portal | Utusan Malaysia Online - Kesihatan | Info Kesihatan Keluarga | Ministry of Health | Pautan Perubatan&Kesihatan | Kesihatan Sepanjang Hayat | Health care, kesihatan, disease, medicine, MALAYSIA
SEMBELIT merupakan suatu keadaan pengosongan usus yang jarang berlaku, najis atau tinja (feses) adalah keras dan kecil atau perkumuhan feses menjadi sukar.

Ia mungkin mengakibatkan kesakitan dan jika keadaan serius, boleh mengakibatkan tanda-tanda usus yang tersumbat.

‘‘Obstipation merujuk kepada penyakit sembelit yang serius. Sembelit terjadi mungkin disebabkan oleh cara pemakanan, perubahan hormon, kesan sampingan dari ubat dan perubahan struktur badan manusia.

‘‘Sembelit boleh dirawat dengan perubahan cara pemakanan (menambahkan fiber dalam makanan), pengambilan ubat pelawas atau laksatif (julap), enema dan pembedahan,’’ kata Pakar Bedah, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain.

*Tanda-tanda awal

Bagi kes sembelit yang biasa, bahan buangan adalah keras dan sukar untuk dikeluarkan.

Meneran mungkin akan menyebabkan hemoroid (buasir) dan fisur anus (perekahan kulit dubur).

Menurut Dr. Abd. Hamid, bahagian abdomen mungkin membengkak, rasa ketegangan dan kadangkala bunyi pergerakan usus yang kuat dari biasa boleh kedengaran.

‘‘Ramai yang berfikir bahawa adalah perlu bagi seseorang itu melakukan perkumuhan usus (membuang air besar) setiap hari.

‘‘Namun begitu, ia adalah normal jika seseorang itu membuang air besar sebanyak sekali dalam seminggu kerana ini tidak akan menyebabkan sebarang tanda,’’ ujar beliau.

Ini bergantung kepada tabiat pemakanan, senaman dan lain-lain faktor.

Dr. Abd. Hamid berkata, kes-kes serius (impaksi feses) mungkin akan memperlihatkan tanda-tanda usus tersumbat (muntah) dan cirit-birit paradoksikal di mana bahan buangan yang cair dari usus kecil melepasi bahan terimpak di dalam kolon dan keluar dari dubur.

Sembelit di kalangan kanak-kanak boleh mengakibatkan najis terkeluar dengan tidak terkawal (enuresis; perkumuhan air kencing secara tidak sengaja terutama membasah tilam pada waktu malam dan enkopresis; inkontinens feses. Istilah ini digunakan untuk kekotoran feses berkaitan dengan gangguan psikiatrik)

*Diagnosis

Keterangan oleh pesakit mengenai gejala-gejala pesakit membolehkan diagnosis dibuat.

‘‘Dari aspek tabiat pemakanan, didapati mereka yang mengalami sembelit disebabkan oleh kekurangan dalam pengambilan makanan yang mengandungi fiber atau cecair.

‘‘Sembelit yang disebabkan oleh kekurangan pergerakan mungkin terjadi di kalangan orang dewasa.

‘‘Kesan dari pengambilan ubat-ubatan juga boleh mengakibatkan sembelit (antidepresan dan opiat). Tanda-tanda yang menunjukkan hipotiroidisme jarang ditemui,’’ terang beliau.

Semasa pemeriksaan fizikal, kata Dr. Abd. Hamid, sibalum iaitu seketul atau sekelompok najis yang ketara mungkin dapat dikesan.

Pemeriksaan rektal (dubur) dapat memberikan gambaran ton sfinkter anal (gelang otot sekeliling dubur) dan sama ada rektum – bahagian akhir usus besar mempunyai sebarang najis.

Jika ini berlaku, kata Dr. Abd. Hamid, supositori atau enema mungkin boleh dipertimbangkan dan pengambilan ubat secara oral (ditelan) mungkin perlu.

‘‘Pemeriksaan rektal juga dapat memberikan maklumat mengenai konsistensi najis, kehadiran hemoroid dan kebarangkalian wujud sebarang tumor (ketumbuhan).

‘‘Pemeriksaan sinar-X di bahagian abdomen, yang dilakukan ke atas pesakit mungkin menunjukkan kehadiran feses terimpak di dalam kolon dan seterusnya dapat memastikan faktor-faktor lain yang mempunyai tanda-tanda yang sama,’’ jelasnya.

*Punca-punca penyakit sembelit

Najis yang keras

* Kekurangan dalam pengambilan diet yang mengandungi fiber

* Penghidratan

* Ubat-ubatan diuretik dan ubat-ubatan yang mengandungi besi, kalsium dan aluminium

Kelemahan otot atau transit yang perlahan, di mana tindakan peristaltic akan musnah atau tidak berlaku, menyebabkan najis tidak bergerak

* Hipotiroidisme (aktiviti kelenjar tiroid yang kurang daripada normal atau bertindak perlahan)

* Hipokalsemia, kehadiran kepekatan kalsium yang terlalu rendah dalam darah

* Kecederaan sfinkter anal

* Ubat-ubatan seperti loperamide, opioids (codeine dan morfin) dan sesetengah jenis antidepresan

* Penyakit yang serius atas sebab-sebab yang lain

* Porfiria akut, salah satu daripada kumpulan penyakit keturunan yang jarang berlaku disebabkan oleh gangguan metabolisme hasil penguraian hemoglobin yang dikumuhkan dalam air kencing

* Diskesia, suatu bentuk sembelit akibat menahan secara berterusan dan lama keinginan untuk membuang air besar

* Penjerutan, di mana sebahagian dari usus kecil atau rektum adalah sempit atau tersumbat disebabkan pemampatan atau pengecutan organ di mana najis tidak dapat keluar

* Penyempitan (istilah perubatannya, striktur)

* Divertikula – sak atau kantung terbentuk pada tempat-tempat lemah dalam dinding trek alimentari

* Tumor atau ketumbuhan di usus atau tisu di sekeliling usus

Sembelit psikosomatik, berdasarkan kemurungan atau ketidakbiasaan dengan keadaan sekitar

* Sembelit fungsi

* Sembelit, sindrom kerengsaan usus, diklasifikasi oleh gabungan sembelit dan rasa tidak selesa dan atau rasa sakit di bahagian abdomen

Rawatan

‘‘Bagi mereka yang tidak mengalami sebarang masalah perubatan, campur tangan utama ialah penambahan kandungan cecair (terutamanya air) dan makanan yang berasaskan fiber.

‘‘Peningkatan makanan berasaskan fiber boleh dilakukan dengan menambah pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan, roti yang tinggi serat dan biji rami dalam pemakanan.

‘‘Amalan pengambilan ubat pelawas secara rutin tidak digalakkan kerana ini akan menyebabkan usus bergantung penuh kepada penggunaan pelawas,’’ kata Dr. Abd. Hamid.

Menurutnya, pelawas mungkin penting bagi mereka yang mempunyai gangguan tabiat pemakanan yang tidak efektif dan sesuai.

Penggunaan perangsang pelawas (seperti sena) perlu dihindari kerana ia akan memburukkan lagi masalah kekejangan yang selalu dialami ketika sembelit.

Dalam keadaan yang berbeza (seperti penggunaan codeine atau morfin), penggabungan penghidratan (seperti laktulosa atau glikols), bulk-forming (seperti psyllium) dan agen stimulasi adalah diperlukan.

Produk-produk ini boleh didapati di kaunter secara meluas.

‘‘Enema dan klister selalunya diberikan kepada pesakit yang mengalami sembelit yang serius, merbahaya atau anti pelawas.

‘‘Sorbitol, gliserin dan supositori minyak arakis digunakan. Kes sembelit yang lebih serius memerlukan larutan fosfat sebagai enema,’’ tambahnya.

Beliau menarik perhatian, sembelit yang tidak dapat dirawat melalui rawatan-rawatan di atas memerlukan campur tangan fizikal.

Disimpaksi secara manual (pembuangan feses terimpak) dilakukan dengan bantuan sedasi atau anestatik am (pembiusan menyeluruh) – bagi menahan kesakitan dan melonggarkan sfinkter anal.

Dalam perubatan alternatif dan tradisional, pengairan berkolon, enema, senaman, diet dan herba digunakan dalam mengubati sembelit.

Adalah lebih mudah untuk mencegah dari mengubati sembelit.

Kata Dr. Abd. Hamid lagi: ‘‘Untuk melegakan sembelit dengan penggunaan agen osmosis seperti laktulosa, Politeleneglikol (PEG) atau garam magnesium perlu dituruti dengan pencegahan seperti penambahan kandungan fiber dalam diet (buah-buahan dan sayur-sayuran) dan pengurangan dos pelawas osmosis bagi setiap malam.

‘‘Melalui penggunaan narkotik yang berterusan, contohnya, pengambilan dos agen osmosis setiap malam boleh dilakukan selamanya (jika tidak membahayakan) untuk menghasilkan perkumuhan usus.

‘‘Bagi sembelit yang terjadi akibat penyakit usus besar yang menyempitkan saluran najis seperti kanser usus ataupun hernia, maka rawatannya adalah pembedahan,’’ katanya.

Oleh itu, bagi pesakit yang mengalami sembelit berpanjangan yang tidak sembuh setelah mengambil berbagai-bagai jenis rawatan untuk sembelit, maka haruslah pesakit dirujuk kepada pakar bedah untuk ujian lanjutan bagi mencari punca sembelit.

Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

[sumber]

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

Isteri takut diabai jika suami nikah baru | Seks Suami-Isteri | Bercinta Dengan Suami Orang | SuamiPerkasa.com | Suami Cepat Tewas | Berbagi Suami | SuamiOnline.com | Kisah Suami | Info Seks Suami Isteri | Sarapan Buat Suami | ghairah suami | Husband and Wife, passion, sex and relationships, romance
SAYA seorang suri rumah mempunyai lima anak. Saya selalu membaca mengenai suami berpoligami dan kasihan pada isteri yang dimadu. Saya berasakan mustahil perkara itu berlaku pada saya. Jika suami ingin berkahwin lain, saya akan minta cerai. Namun, baru-baru ini suami memberitahu hasrat untuk berpoligami. Mulanya saya memberontak dan menangis sambil meminta cerai. Kemudian, saya berfikir mengenai anak, lalu mengambil keputusan bersetuju suami berpoligami. Bagaimanapun, saya risau nafkah untuk saya dan anak akan terabai. Apakah hak saya dan bagaimana untuk memastikan hak saya dan anak terutama nafkah seperti sebelum suami berpoligami.

Isteri kuat semangat,
Shah Alam.

WANITA akan sedih untuk berkongsi suami. Tetapi kesedihan itu tidak boleh hingga mengingkari atau mengutuk hukum yang sudah ditetapkan dalam al-Quran. Masalah yang sering berlaku dalam masyarakat adalah orang berpoligami gagal berlaku adil. Kegagalan pihak berpoligami menyebabkan orang memandang buruk kepada keharusan itu.
Puan menyebut bersetuju dengan hasrat suami untuk berpoligami. Mengikut undang-undang, ada prosedur tertentu yang perlu diikuti suami untuk berpoligami. Izin puan bukan penyebab mutlak dia dibenarkan poligami, kelayakannya akan dinilai oleh mahkamah sebelum kebenaran berpoligami diberikan.

Oleh sebab puan beralamat di Shah Alam, berkemungkinan pemastautin Selangor, jadi kita merujuk kepada Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 (EUKIS 03). Oleh itu, ada syarat yang perlu dipenuhi suami.

Tujuan diwujudkan syarat adalah untuk menjamin hak isteri, sama ada isteri pertama atau yang bakal menjadi isteri. Begitu juga kebajikan anak jika ada, di samping tidak menolak keharusan poligami bagi lelaki dalam Islam.

Puan boleh merujuk Seksyen 23 EUKIS 03 yang memperuntukkan bahawa ketika masih wujud suatu perkahwinan, seorang suami tidak boleh membuat akad nikah dengan perempuan lain kecuali apabila mendapat kebenaran mahkamah terlebih dulu. Ini bermaksud suami perlu membuat permohonan ke Mahkamah Syariah terlebih dulu untuk mendapat kebenaran.

Sub-seksyen (4) menyatakan bagaimana kaedah permohonan poligami boleh dibuat. Suami perlu membuat permohonan kepada mahkamah mengikut cara ditetapkan, mesti disertakan ikrar yang menyatakan apa alasannya menunjukkan perkahwinan dicadangkan patut atau perlu, pendapatan beliau pada masa itu, butir komitmennya, kewajipan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan, bilangan tanggungan, termasuk orang yang akan menjadi tanggungan berikutan perkahwinan yang dicadangkan dan sama ada izin atau pandangan puan sebagai isteri sudah diperoleh atau tidak terhadap perkahwinan yang dicadangkan itu.

Mahkamah akan membuat pertimbangan terhadap permohonan suami seperti dinyatakan dalam sub-seksyen (5) iaitu, “Apabila menerima permohonan itu, mahkamah hendaklah memanggil pemohon, isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada, bakal isteri, wali kepada bakal isteri, dan orang lain yang difikirkan mahkamah boleh memberi keterangan mengenai perkahwinan yang dicadangkan itu supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan di dalam mahkamah tertutup, dan mahkamah boleh memberi kebenaran yang dimohon itu jika berpuas hati:

l bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu patut atau perlu, memandang kepada antara lain keadaan berikut iaitu, kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak daripada segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak persetubuhan atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri sedia ada;

l bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung seperti dikehendaki hukum syarak, semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan perkahwinan yang dicadangkan itu;

l bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan yang adil kepada semua isterinya mengikut hukum syarak; dan

l bahawa perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan dharar syarie kepada isteri atau isteri-isteri sedia ada.”

Suami perlu menjawab semua yang dinyatakan di atas untuk meyakinkan mahkamah bahawa dia memang mampu dan layak berkahwin lain. Apabila mahkamah memanggil puan untuk hadir, puan perlu menghadirkan diri dan memberitahu mahkamah apa-apa yang puan rasa patut diberitahu seperti jumlah nafkah diberikan sekarang, bagaimana pembahagian masa dan layanan suami kepada puan dan anak, puan setuju atau tidak dengan cadangannya dan sebagainya. Selepas mendengar semua keterangan, baru mahkamah akan mempertimbangkan sama ada memberi kebenaran atau tidak.

Selain itu, hak puan termasuk nafkah dan harta yang puan peroleh dalam tempoh perkahwinan dengan suami akan menjadi lebih terjamin dengan peruntukan seksyen 23 (10) iaitu, “Tiap-tiap mahkamah yang memberi kebenaran atau memerintahkan supaya perkahwinan itu didaftarkan di bawah seksyen ini, hendaklah mempunyai kuasa atas permohonan mana-mana pihak kepada perkahwinan:

l untuk mengkehendaki seseorang membuat pembayaran nafkah kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada; atau

l untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yang diperoleh oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha sama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan dibahagikan.”

Dengan maksud lain, hak puan dan hak anak daripada segi pemberian nafkah akan dijamin oleh mahkamah seperti yang puan terima sebelumnya iaitu sebelum mahkamah membenarkan suami berpoligami.

Begitu juga harta sepencarian di mana puan dan suami beli semasa perkahwinan boleh dibahagikan sebelum kebenaran poligami diberikan. Ada kes isteri bersedia memberi kebenaran dan keizinan suami berkahwin lagi tetapi suami tidak mendapat kebenaran mahkamah. Mahkamah menilai bahawa suami tidak mampu daripada segi kewangan dan boleh menyebabkan timbul mudarat lebih besar pada keluarga asal jika poligami diluluskan.

Jawapan disediakan Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Nurhidayah Muhd Hashim. Sebarang persoalan boleh dikemukakan ke alamat exco_pgsm@yahoo.com

Kecelaruan gender | Kesihatan | Jaga Kesihatan | Kementerian Kesihatan Malaysia | Info Sihat | Laman Kesihatan | MyHEALTH Portal | Utusan Malaysia Online - Kesihatan | Info Kesihatan Keluarga | Ministry of Health | Pautan Perubatan&Kesihatan | Kesihatan Sepanjang Hayat | Health care, kesihatan, disease, medicine, MALAYSIA
DISFORIA Gender atau kecelaruan gender didefinisikan sebagai keadaan di mana penghayatan individu itu bercelaru antara perasaan gender sendiri dengan jantina anggota kelaminnya.

Transeksualisme paling ketara mengenai kecelaruan gender apabila individu yang mempunyai anggota kelamin tertentu tetapi berasa begitu yakin yang dia golongan jantina sebaliknya.

Mengikut kajian Prof Louis Gooren, kemungkinan fenomena transeksualisme berlaku ialah satu transeksual lelaki dalam 15,000 lelaki manakala satu transeksual perempuan dalam 35,000 perempuan.

Manifestasi fenomena transeksualisme berlaku ketika seseorang itu dalam proses pengenalan diri mengenai jantina. Dia akan berasa dirinya berbeza dengan kehendak hatinya dan kadangkala dia serba salah apabila lebih cenderung bergaul dengan individu daripada jantina sebaliknya.

Secara tersembunyi, dia akan memakai pakaian jantina yang sebaliknya, sekali gus berasa dirinya dekat dengan jantina itu. Perasaan untuk mendekati jantina yang dianggap jantina nalurinya akan menjadi lebih ketara apabila dia memasuki alam remaja dan menghayati pergolakan hormon seksual serta mengalami ketumbesaran anggota kelamin.

Dia akan berasa perubahan dirinya lebih jauh daripada kehendak diri sehingga berasa tertekan. Kepada yang dapat mengawal kehendak diri, mereka akan ikut haluan masyarakat.

Namun, bagi yang lebih mengikut kehendak diri, mereka akan melakukan apa juga yang difikirkan sesuai untuk menikmati naluri mereka seperti berpakaian dan mendapat rawatan yang dapat mendekatkan mereka kepada jantina diidamkan.

Golongan ini sanggup melakukan apa saja yang difikirkan dapat mendekatkan kepada jantina keinginan mereka sehingga kadangkala boleh mendatangkan kesusahan kepada mereka.

Mereka yang berasa tertekan dan tidak dapat mengawal diri tidak akan teragak-agak mengambil keputusan yang boleh memudarat atau memusnahkan diri sendiri seperti menjalani pembedahan perubahan anggota jantina atau membunuh diri akibat kekecewaan.

Mengenali identiti diri dan fenomena transeksualisme

Pengenalan mengenai jantina seseorang satu proses yang dinamik dan tertakluk kepada baka penentuan jantina dengan ‘sex chromosomes’ XX untuk perempuan dan XY untuk lelaki, hormon testosterone dan ‘anti-mullerian hormon’.

Selain itu, ia membabitkan pelbagai faktor spesifik seperti alam sekitaran dan kesan perubahan kepada individu itu mengikut masa ketumbesaran.

Proses pengenalan jantina individu adalah di otak atau minda. Justeru, penetapan jantina seseorang itu hanya menjadi nyata apabila bahagian otak yang mempengaruhi penetapan satu-satu jantina mulai terbentuk dan berfungsi.

Sebagai contoh, bahagian ‘Hypothalamus’ dan ‘Pre-Optic Nucleus (PON) otak mengawal perilaku seksual dan bahagian ini lebih besar dalam otak lelaki daripada perempuan.

Nukleus’thestria Terminalis’(BSTc) untuk lelaki 44 peratus lebih besar daripada perempuan.

Transeksual lelaki ke perempuan mempunyai BSTc terbentuk dan bersaiz perempuan dan begitu juga sebaliknya. Perubahan ini dapat dikenali dengan ujian canggih melalui penyaringan dengan MRI.

Ini boleh menentukan sama ada Disforia Gender atau fenomena transeksual itu berlaku secara semula jadi dan bukan dibuat-buat oleh individu itu.

Pendekatan Perubatan

Sebahagian besar individu yang masuk dalam golongan transeksual mengalami kekeliruan mengenai diri mereka daripada aspek identiti seksual. Mereka perlu menjalani bimbingan untuk mengenali diri dengan lebih dekat lagi, dan ini mungkin perkara awal yang perlu dilakukan.

Mereka juga perlu tahu perbezaan identiti seksual yang lain seperti homoseksual, transvertisme, fetishisme dan lain-lain supaya dapat menetapkan kedudukan mereka.

Perkara lain yang perlu diberi bimbingan ialah kemudahan untuk mereka yang inginkan penukaran jantina dan batasan undang-undang berkaitan identiti asas seperti kad pengenalan.

Perkara lain yang turut dibimbing termasuk juga penggunaan hormon seks seperti hormon kelelakian (Testosterone) dan hormone kewanitaan (Estrogen), selain pembedahan plastik sehingga perkara yang mungkin merungsingkan mereka daripada aspek kehidupan sosial.

Mereka yang sudah menjalani pelbagai bimbingan dan bantuan sosial dapat menikmati kehidupan yang selesa dengan identiti fizikal dan suasana kehidupan yang mereka inginkan.

Dengan keadaan sedemikian, mereka boleh jadi individu yang dapat membangunkan negara seperti individu lain.

Tip pikat isteri | Seks Suami-Isteri | Bercinta Dengan Suami Orang | SuamiPerkasa.com | Suami Cepat Tewas | Berbagi Suami | SuamiOnline.com | Kisah Suami | Info Seks Suami Isteri | Sarapan Buat Suami | ghairah suami | Husband and Wife, passion, sex and relationships, romance
1. SENTIASA mengingati masa indah dan kenangan bersama isteri seperti tarikh mula berkenalan, tempat pertemuan, janji temu pertama, ulang tahun perkahwinan, tarikh lahir isteri.

2. UCAPKAN perkataan sayang sekurang-kurang sekali sehari. Wanita itu amat suka perkataan sedemikian tetapi lelaki sering kali melupakan ucapan keramat itu apatah lagi yang sudah lama berkahwin.

3. APABILA isteri menunjukkan sesuatu mesej seperti berpakaian cantik, lelaki perlu peka bahawa ada perkara mahu disampaikan isteri seperti tarikh hari lahir.

4. PAKAI pakaian yang cantik dengan bauan yang memikat ketika bersama isteri kerana isteri sukakan sesuatu yang harum dan menyegarkan. Sering kali lelaki lupa tanggung jawab mereka dan asyik menyalahkan isteri terutama yang lama berkahwin.

5. JANGAN terus mengutuk atau mengkritik jika makanan yang dimasak isteri kurang sedap, tawar atau masin. Sebaiknya beri teguran yang lembut yang tidak menyinggung isteri.

6. UNTUK menghidupkan suasana romantik terutama pasangan yang lama berkahwin, apa kata sekali sekala hadiahkan mawar merah untuk isteri.

7. SERING kali lelaki yang mempunyai anak kurang mempedulikan isteri dan mempunyai lebih masa dengan anak. Cuba bahagikan masa sama rata antara anak dan isteri.

Sebab Suami Jadi Pendiam  | Seks Suami-Isteri | Bercinta Dengan Suami Orang | SuamiPerkasa.com | Suami Cepat Tewas | Berbagi Suami | SuamiOnline.com | Kisah Suami | Info Seks Suami Isteri | Sarapan Buat Suami | ghairah suami | Husband and Wife, passion, sex and relationships, romance
SEORANG wanita mengadu kepada seorang kaunselor mengenai sikap suaminya yang menjadi pendiam dan sukar diajak berbual selepas berkahwin. Peliknya, ketika bercinta dahulu, rancak pula si suami bercakap dan pelbagai topik dibangkitkan hinggakan kadangkala si isteri tidak berpeluang bercakap.

“Apa sudah jadi dengan suami saya,” kata wanita itu sambil menunjukkan gambar suaminya kepada kaunselor berkenaan.

Kata wanita itu, suaminya seorang lelaki yang baik, malah dia tidak pernah mengabaikan keperluan rumah tangga termasuk anak-anak, cuma yang merunsingkannya ialah dia (suami) terlalu pendiam dan lebih banyak membuat hal sendiri seperti membasuh kereta, menanam bunga atau memelihara ikan.

Perkara ini bukan hanya dialami wanita berkenaan, malah isteri lain hinggakan mereka putus asa dan membiarkan suami dengan sikap pendiam asalkan rumah tangga bahagia. Namun, ada juga wanita yang mengambil kesempatan daripada sikap suami sedemikian untuk menjalin hubungan dengan lelaki lain.

Masalah ini harus dilihat daripada pelbagai sudut, mungkin suami bosan dengan kerenah isteri yang asyik membebel dan bercakap tidak berhenti-henti tanpa mengira tempat dan keadaan. Justeru, si lelaki memberontak dengan mengambil sikap mendiamkan diri.

Dalam perbualan di antara lelaki dan wanita, pihak isteri paling banyak mengajukan pertanyaan. Wanita menganggap dengan bertanya ia sebagai suatu cara untuk memelihara jalan penyelesaian.

Sementara itu, si lelaki menganggapnya sebagai tindakan isteri terlalu mengambil tahu secara berlebihan atau kongkongan. Bagi lelaki, mengajukan terlalu banyak soalan dianggap masuk campur urusan orang lain.

Golongan lelaki lebih gemar mengemukakan komentar negatif berbanding wanita. Sikap begitu membuat wanita kesal dan mempengaruhi diri wanita lalu mereka mengeluh, “suamiku tidak pernah mahu mendengar kata-kataku”.

Ramai wanita menganggap komen negatif suami sebagai serangan terhadap diri mereka sedangkan lelaki beranggapan perkara itu perbualan normal dan wajar.

Wanita biasanya meluahkan masalah agar suami memberi bantuan dan semangat baru. Manakala suami cenderung mendengar isterinya meluahkan masalah dan menganggap ia sekadar meminta nasihat penyelesaian dan bukan meminta simpati.

Suami adalah ketua rumah tangga. Namun, kadangkala dia tidak lebih daripada hanya mendengar daripada bercakap. Apabila suami bercakap mengenai sesuatu hal seperti masalah di pejabat, si isteri sepatutnya cuba menyesuaikan topik itu bukannya bercakap hal lain. Ini menyebabkan suami bosan dan lebih suka berdiam diri.

Sebagai wanita, tidak rugi jika sekali-sekala anda mengalah dan mendengar apa yang dicakapkan suami daripada anda bercakap hal lain.

Jika anda tidak berminat dengan apa yang dicakapkan suami, cukup sekadar memberi isyarat dengan reaksi muka atau gerakan apa sahaja bahawa anda masih mendengar perbualan suami anda.

Tahankan keinginan untuk memberi pendapat sehingga suami anda habis bercakap. Ini untuk menunjukkan anda pendengar yang setia dan sanggup berkongsi apa sahaja untuk kebahagiaan keluarga. Isteri yang banyak menyampuk dan berlakon bijak menyebabkan suami bosan.

Sebagai isteri, anda boleh bertanyakan hal atau suasana pekerjaan suami di pejabat. Ada suami yang suka isterinya berbuat demikian daripada isteri lebih banyak bercerita apa yang dilakukan di pejabat bersama rakan-rakan.

Jangan berbual sesuatu topik yang hanya anda tahu sedangkan suami tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu. Ini membuatkan suami cepat bosan dan menganggap anda hanya mahu menunjukkan ego sebagai wanita yang berpelajaran dan berjawatan tinggi.

Jika suami lebih minat berbual mengenai kereta daripada berbual mengenai dunia sains dan teknologi, tidak mengapa anda melayan selera suami anda daripada terus berbual dan berakhir dengan kebosanan di pihak suami.

Banyak lagi sunnah Rasulullah saw yang boleh dilakukan oleh suami isteri. Antaranya pasangan suami isteri digalakkan mandi bersama- sama. Untuk menambahkan kemesraan maka salinglah memandikan.Begitu juga isteri yangberada dalam keadaan lemah seperti dalam pantang selepas bersalin alangkah bahagianya jika dapat dimandikan oleh suami. Walaupun perkara ini ringan tetapi ia perlu diwujudkan supaya kasih sayang berkekalan.

Dari Aisyah ra,”Aku berulangkali mandi bersama Rasulullah dari satu bajana. Tidak lebih daripada aku menuangkan air tiga kali tuang di atas kepala aku.”Selain mandi bersama, suami isteri juga digalakkan membersihkan diri bersama2 termasuklah mencukur bulu ari2, menggunting misai dan memotong kuku bersama2.

Membelai antara satu sama lain

Setelah beberapa tahun berada di alam perkahwinan jarang suami isteri yang suka pandang memandang. Sedangkan sebelum berkahwin dahulu pandang memandanglah yang menambat rasa cinta mereka. Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya seorang lelaki jika melihat kepada isterinya dan isterinya juga membalas pandang kepadanya, maka ALLAH telah melihat mereka berdua dengan pandangan rahmat. Jika seorang lelaki memegang tapak tangan isterinya, maka gugurlah semua dosa mereka berdua dari celah2 jari mereka berdua” (Riwayat Tarmizi) Suap-menyuap juga membawa kesan romantis jika dipraktikkan dalam hubungan suami isteri.Namun semuanya ini makin dilupakan bila jejak ke alam rumahtangga. Perkara2 yang tidak bersalahan dengan syarak tidak salah diamalkan jika ia membawa kebahgiaan. Antara lain yang boleh dilakukan bersama oelh suami isteri – menyikat rambut suami atau isteri. Dari Aisyah ra berkata “Pernah aku menyikat rambut Rasulullah saw.” Ucapan manja, lemah lembut diiringi dengan ciuman. Sabda Rasulullah saw:”Hendaklah ia mendahului dengan lemah lembut dengan kata-kata dan ciuman.”

Bersukan

Bersukan juga elok dilakukan bersama2 keluarga. Islam amat menganjurkan umatnya supaya bersukan. Rasulullah saw sendiri pernah berlumba lari dengan Aisyah. Jika tidak mampu melakukannya diluar rumah, cukuplah melakukan senaman ringan di dalam rumah untuk beberapa minit.

Itu sudah memadai sebagai ubat untuk melegakan ketegangan dalam rumahtangga. Fikiran yang cergas berpunca dari badan yang sihat.Terlalu banyak ibadah yang boleh dilakukan bersama oleh suami isteri. Contohilah rumahtangga Rasulullah saw. Sesungguhnya apa yang iamalkan oleh Rasulullah saw dalam rumahtangganya itu merupakan jaminan kebahagiaan.

Perselisihan matangkan hubungan | Seks Suami-Isteri | Bercinta Dengan Suami Orang | SuamiPerkasa.com | Suami Cepat Tewas | Berbagi Suami | SuamiOnline.com | Kisah Suami | Info Seks Suami Isteri | Sarapan Buat Suami | ghairah suami | Husband and Wife, passion, sex and relationships, romance
KEHIDUPAN suami isteri ibarat gigi dan lidah. Justeru, tidak hairanlah, sesekali gigi tergigit lidah.

Kehidupan berumah tangga juga ibarat nahkoda dan anak kapal membawa bahtera di samudera luas dan pasti sesekali dilambung ombak dan bergantung kepada pasangan itu untuk bertahan bagi mengelak daripada karam.

Dalam perkahwinan, pertengkaran dan perbalahan memang tidak dapat dielakkan walaupun ada antara kita malu untuk mengakuinya.

Bukan semua pertengkaran itu tidak baik kerana ia juga boleh mendatangkan kebaikan kepada pasangan suami isteri malah boleh mematangkan kehidupan berumah tangga.

Pertengkaran membolehkan anda meluahkan apa yang terbuku di hati daripada memendam rasa yang akhirnya memudaratkan diri sendiri. Jangan bertengkar sekadar membalas dendam atau menegakkan benang basah.

Pertengkaran adalah petanda awal dalam perkahwinan, iaitu suami isteri cuba menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka.

Bayangkan sebelum ini anda hidup secara berasingan, dalam rumah yang berbeza dan keadaan yang tidak sama. Selepas berkahwin, anda terpaksa berkongsi bersama pasangan anda.

Dalam kehidupan berkongsi itu termasuk minat, selera, cara hidup dan perasaan, tentu ada perbezaan dan perselisihan. Pertengkaran tentunya dapat menyatukan semula semua yang tidak sama itu.

Kesimpulannya, pertengkaran boleh dielakkan jika tidak dibincang lebih awal dan mengelakkan timbul masalah lebih besar pada masa hadapan.

Tetapi, jika mereka dapat mengatasi perselisihan, mungkin akan lebih mengeratkan hubungan suami isteri.

Petua berdepan pertengkaran

- Jika berlaku pertengkaran, anda jangan terlalu mencari kelemahan pasangan anda. Tidak wajar jika pertengkaran hanya ingin mencari kemenangan. Sebaliknya berusaha untuk mencari jalan penyelesaian.

- Jika pertengkaran itu berkaitan sesuatu topik, janganlah membabitkan masalah lain kerana ia mungkin boleh membesarkan masalah itu.

- Jangan bertindak menggunakan fizikal atau melemparkan barang. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya menjadikan keadaan lebih tegang. Jangan menggunakan kata-kata kasar dan menyakitkan hati. Gunalah perkataan yang lembut seperti, abang sedih dengan perbuatan itu atau kamu tahu tak betapa hancurnya hati saya ini.

- Jangan membiasakan diri menyendiri atau menjauhkan diri daripada pasangan selepas bertengkar. Ini akan merugikan hubungan suami isteri.

- Jangan menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran kerana ia akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yang lebih hebat.

- Jangan biarkan pihak ketiga seperti mentua, ipar atau adik-beradik terbabit dalam pertengkaran kerana ia menambahkan kecurigaan dan api pertengkaran. Selesaikan secara baik antara suami isteri.

- Jangan bertengkar di depan anak-anak kerana ini menjadikan anak-anak bingung, tertekan dan mewujudkan masalah lain.

Mutira Kata Minggu Ini

Bermula pada hari ini, jadikan DIRIMU bagai pohon yang rendang di mana setiap insan dapat berteduh. JANGANLAH jadi seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

video minggu ini

Jadilah Yang PERTAMA membaca!

Langgani Pelbagai Artikel Rahsia Perkahwinan Terus Ke Email Anda!! !:

By FeedBurner

Twitt RP !

RP's Fan Box

Rahsia TERBARU !