DO NOT MISS

24 July 2006

Haram keluar mani sendiri

APAKAH hukum seorang suami mengeluarkan mani kerana tidak tahan dengan nafsu syahwat bagi mengelakkan perzinaan? Ini kerana isterinya datang haid terlalu lama iaitu sehingga dua minggu, malah sudah tidak berminat lagi dengan hubungan kelamin, sedangkan suaminya masih sihat.

CHE KOB | Putrajaya.

ANTARA hikmat perkahwinan ialah untuk memenuhi tuntutan nafsu semulajadi manusia secara sah. Malah, perhubungan antara suami isteri melahirkan ketenangan jiwa raga dan menghindari perkara haram seperti zina dan sebagainya.

Allah berfirman dengan maksud: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan …” (Ar-Rum (30): 21).

Apabila isteri dalam keadaan uzur, suami sepatutnya mengawal keinginan nafsunya. Bagaimanapun dalam keadaan haid suami masih dibenarkan tidur dan bermesra dengan isteri tetapi tidak sampai ke tahap persetubuhan.

Dengan itu kehendak seksual suami dapat dipenuhi. Isteri boleh meredakan nafsu suami dengan mengeluarkan mani suami.

Tindakan suami mengeluarkan mani secara sendiri tidak baik kerana dilarang agama. Allah berfirman dengan maksud: “… Dan mereka menjaga kehormatannya kecuali kepada isteri atau hamba sahaya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang yang melampaui batas.” (Al-Mu’minun (23): 5-6).

Selain itu, alternatif bagi suami yang mempunyai isteri uzur dan tiada nafsu lagi, ialah memilih untuk berpoligami jika mampu.


dipetik daripada harian metro

Rahsia Ciuman Lelaki

Apakah tanda di sebalik ciuman suami atau pasangan anda? Tahukah anda di sebaliknya ada tersirat rahsia? Ya! Apakah rahsia di sebalik sebuah ciuman? Kalau si lelaki atau pun wanita dilihat sedang mencium manja seorang kanak2 kecil yg comel, ia boleh dilihat sebagai tanda kasih dan minatnya terhadap si kecil itu. Ia suatu petanda sayang dan prihatinnya terhadap kanak2 itu. Tetapi apabila ada pasangan lelaki mencium atau mengucupi wanita, apakah tanda dan rahsia di sebaliknya?

Sesungguhnya kucupan atau ciuman seorang pasangan lelaki terhadap pasangan wanitanya itu terselit rahsia yg perlu anda ungkapi dan fahami persiratannya. Ia mempunyai makna-makna tertentu dan kita akan seronok apabila benar2 dapat menyingkapnya. Ia memudahkan anda utk memahami sikap si dia. Ciuman pada bahagian2 tertentu di tubuh wanita mempunyai rahsia yg berbeza lagi tersendiri.

KETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT DI RAHSIA LELAKI


Ciuman Mengikut Zodiak | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA

Ciuman Mengikut Zodiak


Aquarius

Sesuai dengan lambangnya, air, warga Aquarius ternyata memiliki ciuman yang basah dan agak serabutan. Selain itu, pada saat ciuman berlangsung mereka umumnya cenderung membuka mata lebar-lebar.

Pisces
Orang-orang dengan bintang berlambang ikan ini memiliki gaya berciuman pandangan mata tajam, penuh nafsu dan ghairah, serta wow... berlangsung cukup lama! Bagaimana, apakah gaya berciuman Anda ternyata sesuai dengan bintang anda


Capricorn
Ciuman-ciuman yang didaratkan oleh orang- orang berbintang Capricorn khabarnya sangat-sangat romantis. Bahkan saking romantisnya, ciuman ala mereka kerap menjadi ubat pembunuh stress!


Aries
Orang-orang Aries ternyata memiliki gaya berciuman yang cepat dan penuh dengan nafsu. Tapi sayangnya ciuman dahsyat tersebut biasanya cepat pula selesainya.


Taurus
Berbeza dengan mereka yang berada di bawah naungan Taurus, dimana ciuman mereka umumnya berlangsung sangat perlahan, tidak tergesa-gesa, tenang,penuh kemesraan dan berlangsung terus... terus... dan terus.


Gemini
Orang-orang Gemini konon mempunyai peribadi yang hangat dan ceria. Tidak heran jika gaya berciuman mereka kekadang diselingi oleh senyuman bahkan juga tawa lebar. Asyiknya, sifat warga Gemini yang terkenal gemar melakukan sesuatu yang baru itu pun dilakukannya dalam melakukan ciuman. Jadi banyak kejutannya!


Cancer
Warga Cancer memang terkenal dengan sikapnya yang hati-hati, agak tertutup dan cenderung ingin selalu dilindungi. Tak heran jika dalam urusan berciuman mereka lebih suka melakukannya dengan lembut, hangat, dan seperti tidak mau lepas saja!


Leo
Orang-orang Leo yang terkenal keras dan tegas ternyata memiliki gaya berciuman yang liar, tanpa malu-malu, bahkan tidak segan- segan untuk menggigit dan mencakar! Pun warga bintang berlambang singa ini ternyata sangat senang jika mendapat pujian dari pasangannya, utamanya pujian atas ghairahnya yang luar biasa.


Virgo
Warga Virgo memiliki gaya berciuman yang halus, lembut, rapi,sampai sang pasangan pun bakal terkesima dibuatnya.


Libra
Gaya berciuman warga Libra konon kurang hangat! Kenapa? Kerana mereka pada umumnya terlalu khuatir dengan urusan di luar hasrat mereka. Belum lagi,mereka gemar menghela nafas di tengah-tengah ciuman.


Scorpio
Percaya atau tidak, orang-orang di bawah naungan Scorpio rupanya tidak terlalu suka dengan ciuman. Kerananya, jangan kaget apabila dalam sebuah hubungan intim mereka kerap melewatkan aktiviti yang satu itu dan lebih suka langsung menuju sasaran.


Sagitarius
berbahagialah Anda yang berbintang Sagitarius atau pun yang memiliki pasangan dengan bintang ini. Pasalnya, mereka yang berbintang dengan lambang busur panah ini memiliki gaya berciuman yang mengejutkan, spontan,dan... mengghairahkan. Tak heran jika konon banyak orang yang menanti-nanti ciuman ala si Sagitarius ini.

dipetik dari teratak.com


Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

23 July 2006

10 Perkara Memeranjatkan Di Dalam Suatu Perkahwinan




Bila wujud perkahwinan, tidak semesti semuanya ok dan bahagia. Ada

banyak perkara yang boleh mengubah tanggapan kita dan kita perlu banyak bersabar.
Di bawah ini ada beberapa perkara melalui pengalaman masyarakat kita dan
tanggapan mengenai perkahwinan dan pengalamannya selepas berkahwin.

1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.

"Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang
drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi
emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami
berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan
yang bertentangan."


2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai
setiap hari.

"Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah
tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda
akan merasakan diri sudah tidak dicintai." Amat penting bagi masing-masing
mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.


3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.

"Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat
meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik
sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain
dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata."


4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

"Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar
bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS
yang dihantar... kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal."


5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.

"Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan
lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang
terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir."


6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut
masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan
hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.

7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.

Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj
manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing
ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun
ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur
dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya
melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati
kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah "soulmate" masing-masing.

9. Hubungan seks ada turun naiknya.

Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan.
Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada "mood" dan keadaan sekeliling.

10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.

Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan
mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan
memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan
marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati. Sanggupkah anda

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

NAFKAH BATIN: BUKAN HANYA KEPERLUAN SEKS



Tidak semua wanita yang tidak mahu berkahwin itu terlalu memilih suami yang berpangkat dan bergaji besar. Ada juga dikalangan mereka yang bercita-cita ingin mencari lalaki yang berilmu dan beramal diatas segala apa yang telah diperintahkan oleh Allah swt.

Oleh itu mereka terpaksa bertangguh untuk mendirikan rumahtangga dan untuk mencari seorang lelaki yang beramal saleh di akhir zaman ini ibarat payahnya mencari sebutir mutiara asli. Sebabnya, ramai suami dewasa ini mencuaikan tanggungjawabnya di dalam mendidik ahli keluarganya malah tugas itu diserahkan sepenuhnya kepada isteri dan guru sahaja.

Kita percaya hampir ke semua suami berjaya menunaikan tanggungjawabnya di dalam memberi nafkah zahir
(seperti makan, minum, pakaian dan tempat tinggal) kepada ahli keluarganya. Tetapi bagaimana pula dengan tuntutan nafkah batin? Rata-rata masyarakat sekarang memahami bahawa tuntutan nafkah batin itu sekadar untuk melepaskan keperluan seks melalui jalan yang sah dan tidak lebih dari itu.

Bila sesempit itu pandangan mereka, maka timbullah berbagai masalah di dalam rumahtangga. Contohnya, ahli keluarga tidak pandai bersembahyang, tidak pandai mengaji Al Quran, cuai berpuasa dan tidak tahu hukum halal dan haram. Isteri dan anak-anak hidup terbiar tanpa asuhan dan dididkan Islam yang sewajarnya.

Nabi saw telah mengingatkan para suami dengan sabdanya yang bermaksud:

"Takutlah kepada Allah dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang berada di sampingmu; barangsiapa tidak memerintahkan sembahyang kepada isterinya dan tidak mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada Allah dan Rasul-Nya."

Menunaikan nafkah batin bererti mengajar isteri dan anak-anak dengan ilmu serta didikan agama yang sempurna sehingga terbentuknya sebuah keluarga yang dianggotai oleh mereka yang soleh dan solehah. Barangsiapa yang cuai atau lari daripada tanggungjawab ini bererti dia telah menempah jalan ke neraka. Nabi saw pernah bercerita menerusi sabdanya yang bermaksud:

"Tidak ada seseorang yang menjumpai Allah swt dengan membawa dosa yang lebih besar daripada seorang suami yang membodohkan ahli keluarganya."

Apakah ilmu-ilmu dan didikan yang mesti diajarkan oleh seorang suami kepada ahli keluarga? Setiap suami bertanggungjawab mengajar anak isterinya ilmu-ilmu fardhu ain iaitu tauhid, fekah dan tasauf. tujuan mempelajari ilmu tauhid supaya aqidah mereka bertepatan dengan fahaman ahli sunnah wal jamaah. Contohnya, mempelajari sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah dan Rasul. Mempercayai rukun-rukun Iman dan rukun-rukun Islam.

Kita diwajibkan mempelajari ilmu fekah sebagaimana penekanan Allah menerusi firmannya bermaksud:

"Ketahuilah! Bahawa dianjurkan bagi seorang suami memerintahkan isterinya
(dan mengingatkannya dengan nada yang lembut) dan menafkahinya menurut kadar kemampuannya dan berlaku tabah (jika disakiti oleh isterinya) dan bersikap halus kepadanya dan mengarahkannya ke jalan yang baik dan mengajarnya akan hukum-hukum agama yang perlu diketahui olehnya iaitu hukum bersuci, haid dan ibadah-ibadah (yang wajib dan sunat)."

Justeru itu, suami mesti mengajarkan isterinya cara-cara mandi hadas dan berwuduk serta masalah haid, nifas dan wiladah. Juga mengenai cara-cara menyucikan najis serta pembahagian air yang wajib untuk dibuat bersuci, hukum halal dan haram serta banyak lagi.

Tujuan mempelajari ilmu tasauf pula supaya setiap amalan yang dilaksanakan itu benar-benar ikhlas dan dijauhkan daripada bersifat riyak, ujub (hairan kepada diri sendiri) sombong dan lain-lain lagi.

Selain daripada perkara-perkara asas tersebut suami juga bertanggungjawab mendidik isteri, berakhlak mulia terhadapnya dan terhadap anak-anak, ibubapa, sesama isterinya sekiranya ada, rakan-rakan, jiran tetangga serta masyarakat.

Suami perlu memberitahu isteri tentang adab seorang isteri bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakannya. Juga tentang akhlak semasa bersama anak-anak iaitu berbual dengan mereka dengan bahasa yang baik dan jangan suka memaki-hamun mereka dengan bahasa yang kesat. Kerana sesungguhnya kata-kata ibu itu mengandungi doa; jika tercetus dari mulut ibu kata-kata seumpama "Beruk punya anak1" maka lahirlah watak beruk pada si anak yang sukar untuk dilentur perangainya.

Ajarkan juga isteri supaya menghormati dan beradap sopan ketika berhadapan dengan ibubapa dan mertuanya. Memuliakan keluarga suami lebih daripada yang lain. Sentiasa memberi nasihat kepada isteri jika ia suka mengumpat, berleter atau memfitnah jiran tetangganya. Ingatkan isteri supaya jangan suka menceritakan keburukan dan kelemahan suami kepada orang lain.

Selalu ingatkan isteri supaya banyak bersabar dalam menempuh segala ujian dan perintah-perintah Allah swt. Ajarkannya batas-batas aurat dan batas-batas pergaulan seorang wanita. Pastikan auratnya terkawal ketika pergaulan dengan sanak saudara, sahabat-sahabat perempuan, dan ketika berhadapan dengan lelaki yang bukan muhramnya. Dan supaya isteri tidak keluar rumah tanpa izin daripada suami.

Isteri yang berjaya dididik dengan baik akan menjadi insan yang patuh kepada Allah dan taat pada suaminya dikala susah mahupun senang. Dia akan menjadi insan yang sentiasa menjadi pendorong serta penasihat kepada suami dalam hal-hal kebaikan, malah sentiasa mendoakan keselamatan ke atas suaminya pada setiap waktu.

Kesimpulannya, inilah sebahagian daripada tanggungjawab suami dalam menunaikan nafkah batin kepada isteri. Kiranya suami jahil dan tidak mampu untuk mengajar isteri dan anak-anak, dia wajib berusaha mencari guru yang mampu mengajar. Semoga dirinya dan ahli keluarganya terselamat daripada seksa di akhirat kelak.

Ibnu Abbas pernah berkata: :Berilah pengertian agama kepada mereka (ahli keluarga) dan berilah pelajaran budi pekerti yang bagus kepada mereka."

21 July 2006

Edaran Nafsu (Mani) Perempuan | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA

Edaran Nafsu (Mani) Perempuan

Segala kejadian yang hidup beredar mengikut peredaran masa. Walau pada zahirnya ia kelihatan statik, sebagaimana halnya dengan bintang-bintang di angkasa. Nafsu perempuan itu (mani perempuan menurut Kitab 'Ubab) beredar pada setiap hari disekitar bahagian-bahagian badannya, sebagaimana juga dia mengalami pusingan haid. Seorang suami patut mengetahui mengenai tempat-tempat yang patut dirangsang pada badan isteri di haribulan tertentu bagi menolong isteri
cepat mencapai inzalnya.

Satu hal yang sepatutnya diperhatikan ialah bahawa kalendar Islam adalah berasaskan peredaran bulan, tidak sebagaimana kalendar Masehi yang berasaskan peredaran matahari. Peredaran bulan mempunyai kesan kepada bumi dan isinya, secara saintifiknya telah terbukti bahawa peredaran bulan penyebab kepada fenomena pasang surut yang berlaku dibumi.

Di dalam Islam, nafsu perempuan mempunyai fenomena yang serupa. Rangsangan yang menyasar ke tempat yang betul akan memberikan kesan keghairahan kepada isteri.

Berikut adalah jadual kaedah perangsangan:


1. telapak kaki yang kanan - garu dengan perlahan.
2. betis sebelah kanan - gosok agak kuat.
3. lutut yang kanan - gosok dengan agak kuat.

4. pehanya yang kanan sentuh dengan peha suami

5. pada ari dan bibir faraj - garu kuat pada tepi bibir faraj
6. ketiaknya - garu dengan perlahan
7. bahagian dada - dakap perlahan-lahan
8. buah dada kanan - ramas agak kuat
9. bibir mulut - cium dengan agak kuat

10. lehernya - temukan leher, usap, cium

11. matanya - cium pada matanya

12. keningnya - cium dengan perlahan

13. dahinya - cium dahinya

14. ubun-ubunnya - gosok dengan agak kuat

15. seluruh tubuh badan - dakap, usap dan cium


Peredaran berulang kembali dari kaki isteri dan seterusnya sebagaimana disenaraikan di atas selepas dari 15 haribulan.


Pada zaman moden, haribulan Hijrah kurang dipentingkan walaupun bagi negara yang mana agama rasminya adalah Islam. Dari segi Ilmu Jima' secara spesifiknya, perkara ini akan menyebabkan seorang Muslim itu berjima' pada tarikh-tarikh yang makruh dilakukan jima' kerana sebab-sebab yang tertentu. Sebahagian dari tarikh memang tidak sesuai untuk jima' dan sepatutnya diketahui. Pesanan Nabi s.a.w. kepada Saidina'Ali menghuraikan sebab musababnya.


Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

Lelaki Tidak Menganggap Wanita Alat Seks | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA

Lelaki Tidak Menganggap Wanita Alat Seks

Lelaki tidak menganggap wanita alat seks. Lelaki menganggap
wanita isterinya sebagai pasangan seks. Hal ini perlu difahami oleh para isteri. Banyak gejala buruk dari baiknya sekiranya wanita menganggap dirinya alat seks.

Walaupun boleh sahaja lelaki wanita yang amat cantik dan bertubuh mongel untuk dijadikan isteri, lelaki tidaklah meletakkan kecantikan fizikal itu sebagai kreteria utama dalam memilih pasangan hidup. Lelaki memilih wanita yang boleh dijadikan teman dalam hidupnya, iaitu teman dalam segala hal ehwal kehidupan rumahtangga.

Menjadikan wanita sebagai alat bermaksud mempergunakan wanita untuk kepentingan diri, contohnya mempergunakan kecantikan dan kehebatan tubuh wanita untuk memuaskan nafsu shahwat, dan selain dari itu, wanita itu dianggap tidak bermakna.Tetapi adakah lelaki beranggapan sedemikian terhadap wanita?

Lelaki berkahwin kerana merasa sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami, kemudian sebagai ayah kepada anak-anaknya. Ddia memilih wanita yang bersedia untuk menjadi isteri dan sebagai ibu. Ramai lelaki yang sedar akan mengutamakan wanita yang beragama, kemudian barulah yang berharta, yang cantik dan setaraf. Walaupun lelaki akan melakukan seks dengan isterinya, tetapi dia tidak berkahwin untuk menjadikan isterinya objek seks. Itru adalah pandangan boleh dikatakan semua lelaki.

Pada pandangan lelaki, melakukan seks bersama isteri adalah satu komunikasi cinta kasih sayang dan cinta berahi. Dalamperkahwinan , lelaki memilih ranjang sebagai tempat untuk menyatakan cinta tersebut. Lelaki sukar untuk melahirkan sayang dalam bentuk kata-kata, seperti menyatakan “Abang sayang padamu”. Lelaki kebih mudah menzahirkan sayang itu dalam bentuk perlakuan. Tempat di mana lelaki meluahkan perasaan hatinya hingga ke tahap paling tinggi ialah ketika melakukan seks,dan ia banyak dilakukan dalam bentuk perbuatan. Sekiranya wanita berharap agar suaminya selalu memmujinya atau memujuknya, wanita itu mungkin akan kecewa, kerana jarang sekali lelaki dapat melakukannya.

Lelaki mengajak isterinya untuk melakukan seks boleh diibaratkan sebagai seorang teman mengajak anda menyaksikan keindahan lembayung petang. Jika anda pergi bersamanya dan dapat menikmati keindahan itu dengan sepenuh hati, teman itu akan merasa gembira kerana kegembiran anda. Dan menganggap dirinya dan tindakannya anda hargai. Jika anda menyatakan “Tidak adakah perkara lain yang boleh awak fikirkan...., atai anda tidak pergi, atau anda pergi tetapi tidak cuba menghayatinya, dia akan merasa terhina dan jauh dihatinya telah terguris satu gurisan kekecewaan akibat sikap anda.

Wanitalah yang lebih mudah menolak ajakan seks suaminya. Jarang lelaki mahu mengelak apabila isterinya mengajak melakukannya, malah itu dianggap oleh lelaki sebagai “pucuk dicita ulam mendatang”. Gelojohnya lelaki dalam seks tidak disukai oleh wanita, tetapi gelojohnya wanita dalam seks dianggap normal dan menggembirakan lelaki.

Sekiranya anda meneliti dari sudut Islam, lelaki banyak dinasihatkan oleh Rasulullah SAW agar tidak gelojoh melakukan jimak, dan perlulah dimulakan dengan cumburayu dan belai mesra. Wanita pula banyak dinasihatkan agar jangan menolak ajakan suaminya untuk berjimak. Ini semua bertujuan untuk menyelamatkan rumahtangga, di mana ianya boleh goyang sekiranya roh perkahwinan (hal ehwal seksual suami isteri) tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.



Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

Aman Damai Dengan Mertua | FAMILY, romance, separation, soulmate, Sexuality, KELUARGA

Bila menjelang tiba musim perayaan seperti Hari Raya, ada menantu yang mengeluh kerana terpaksa berdepan dengan mertua walaupun hubungan bermasalah.

Hari Raya adalah waktu yang tepat untuk bermaaf-maafan dan melupakan pertelingkahan yang berlaku. Tapi bagaimana ya? Ingatkan diri bahawa apabila anda mencintai si anak, anda juga harus menghormati dan menyayangi ibu dan bapa beliau.

Mungkin ini boleh mewujudkan sedikit perasaan rasional di dalam diri anda apabila berhadapan dengan mertua.

Jadi apa kata kita bincang bagaimana untuk mewujudkan suasana yang aman damai apabila berkumpul tanpa mengira samada untuk Hari Raya atau pun lain-lain masa.

1. Sokongan suami atau isteri

Pasangan anda hendaklah memberitahu kepada ahli keluarganya sendiri ataupun berkias bahawa jika mereka menyakiti atau memburuk-burukkan anda , bermakna mereka juga menyakiti hatinya. Mungkin ini akan mendorong ahli keluarga menerima kenyataan bahawa mereka harus menerima anda demi menjaga hati ahli keluarga mereka sendiri.

2. Ambil Angin

Jika keadaan menjadi tegang dan luar kawalan, anda suami isteri patut keluar mengambil angin di luar sebentar. Ia akan mengurangkan tension dan stress bagi semua pihak yang terbabit. Ini juga dapat mengelakkan anda daripada bertekak dalam keadaan marah. Orang yang marah lazimnya akan berkata-kata dengan spontan tanpa memikirkan risiko. Mungkin ada yang menyesal nanti.

3. Jangan Ambil Hati

Biarkan sahaja perlakuan mereka. Jangan ambil hati sangat. Latih diri anda untuk menganggap bahawa apa sahaja yang mereka cuba sakiti tidak akan berjaya dan nescaya anda boleh menerima perbuatan mereka sebagai sia-sia.

4. Perbaiki Tahap Komunikasi

Cuba ambil tahu apa masalah yang mereka hadapi mengenai anda. Mungkin hanya salah faham yang boleh diselesaikan yang mungkin berpunca daripada masalah yang sekecil kuman.

5. Hormati dan Fahami Mertua

Sebagai yang lebih muda, anda patut mengambil inisiatif untuk berbaik-baik dengan keluarga mertua. Mungkin anda kurang memahami cara hidup mereka. Tiada salahnya jika anda boleh bertolenrasi dengan kehendak mereka.

6. Hilangkan Buruk Wasangka

Salah satu masalah yang timbul ialah salah faham serta bersangka buruk diantara satu sama lain. Kakak ipar menyangka adik ipar memperlekehkan suaminya sedang si adik cuma memperkatakan watak yang ditonton di tv. Apabila ini berlaku tentulah ada yang terasa hati dan merajuk. Hentikan buruk sangka ini dan cuba latih diri untuk menyangka baik terhadap keluarga pasangan.

7. Bincang dengan Pasangan

Beritahu pasangan jika anda berasa kurang selesa kerana mungkin beliau boleh menasihati bagaimana untuk berhadapan dengan ahli keluarganya sendiri. Lagipun adalah tidak sihat jika anda menyimpan semua masalah di dalam hati.

Bersetubuh ketika isteri dalam haid | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA

Bersetubuh ketika isteri dalam haid

Haid ialah darah yang keluar dari rahim wanita yang telah baligh dalam keadaan siha tanpa
sebab-sebab tertentu pada waktu yang diketahui.
Jarak masa keluarnya yang paling singkat ialah sehari semalam secara berterusan atau bersambung-sambung. Atau dalam ertikata yang lain, tempoh di antara mula keluar darah tersebut
dengan berhentinya tidak kurang daripada satu hari dan satu malam. Ertinya, sekiranya ia kurang daripada tempoh tersebut, maka ia bukanlah darah haid. Kemungkinan ia darah 'istihadhah' atau darah dengan sebab yang lain. Pada keadaan seperti ini, wanita itu wajib mengqada sembahyangnya sekiranya ada yang terluput.

Tempoh yang paling lama bagi setengah wanita yang kedatangan haid ialah 15 hari ( serta malamnya) walaupun adakalanya haid itu datang secara berputus-putus.

Kebiasaannya bagi kebanyakan wanita, tempoh haid mereka hanya enam hari atau seminggu sahaja.

Adakah diharuskan bagi suami melakukan hubungan seks (berjimak) dengan isterinya yang kedatangan haid?

Tidak harus (haram) bagi suami melakukan hubungan seks dengan isterinya yang didatangi haid dan nifas sehinggalah kedua-dua darah itu terhenti dengan sendirinya dan melakukan mandi hadas. Hukum ini dinyatakan di dalm surah Al Baqarah ayat 222.

Menurut Imam Al Ghazali, melakukan hubungan seks sebelum isteri melaksanakan mandi hadas (selepas haid terhenti) boleh mewariskan penyakit kusta ke atas anak yang lahir hasil hubungan seks tersebut.

Jadi, mengadakan hubungan seks dengan isteri ketika didatangi haid adalah haram dan termasuk di antara dosa-dosa besar. Hukum ini bagi suami yang melakukannya secara sengaja, mengikut kehendak hatinya dan tahu hukum haramnya tanpa menghalalkannya. Sekiranya dia menghalalkannya, maka dia jatuh kufur. Wal'iyazubillah.

Menurut Imam An Nawawi di dalam Raudhah At Thalibin, sekiranya seorang suami menjimak isterinya ketika didatangi haid dengan sengaja dan tahu hukum haramnya, terdapat dua pendapat ( dalam Mazhab Asy Shafie). Pendapat yang masyhur ialah si suami tidak dikenakan apa-apa hukuman, dia hanya perlu beristighfar dan bertaubat kepada Allah. Disunatkan juga dia bersedekah dengan kadar satu dinar (wang emas di zaman dulu) sekiranya jimak itu dilakukan ketika haid baru keluar dan setengah dinar sekiranya haid hampir berhenti. Isteri tidak dikenakan apa-apa.

Sekali lagi diingatkan hukum di atas bagi suami yang melakukannya secara sengaja, tahu hukumnya dan tidak ada paksaan ke atasnya. Tetapi sekiranya suami isteri itu jahil, terlupa atau dipaksa,maka mereka tidaklah berdosa kerana terdapat sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :

" Sesungguhnya Allah memaafkan ke atas umatku kesilapan, kelupaan dan apa yang berlaku secara paksaan".

Kesimpulan yang boleh dibuat ke atas perkara yang berlaku ke atas saudara tersebut seperti berikut :

- Darah yang keluar itu bukanlah darah haid,, kerana ia keluar dalam tempoh yang singkat daripada tempoh sekurang-kurang haid dan tidak disedari. Darah itu berkemungkinan darah istihadhah atau kerana terluka atau sebab-sebab yang lain.

- Seandainya itu darah haidpun, perhubungan seks dengan isteri saudara tadi tidaklah berdosa kerana darah yang keluar itu tidak disedari dan perkara itu dikira 'kesilapan' yang dimaafkan sepertimana yang tersebut di dalam hadis tadi.

Wallahu Ta'ala A'lam.

Rujukan :

Imam Al Khatib Asy Syarbini : Mughni al Muhtaj.
Imam Al Hushni : Kifayah al Akhyar .
Imam An Nawawi : Raudhah at Thalibin.


Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

19 July 2006

Perokok lelaki kurang sperma | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA

LONDON: Lebih dua setengah juta lelaki di Britain menghadapi risiko tinggi kurang subur dengan meneruskan tabiat merokok, pengambilan minuman keras, dan makan terlalu banyak.

Doktor berkata, lelaki perlu memulakan gaya hidup lebih sihat untuk meningkatkan peluang mereka memiliki anak.

dapatkan artikel penuh di halaman RAHSIA SEORANG LELAKI


Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

Amalan Mewujudkan Kasih Sayang Suami Isteri | Husband and Wife, passion, sex and relationships, romance

(1) MEMBACA SURAT A-LI'IMRAN AYAT 31

Firma Allah: Katakanlah (wahai Muhammad):"Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan(Ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi." Apabila sampai kepada ayat "yuhbibkumullah (nescaya Allah mengasihi kamu), maka niatkanlah nama suami (isteri), barulah disambung dengan ayat seterusnya.

(2) MENGAMALKAN SURAT YUSUF AYAT 4

Firman Allah:"(Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya:"Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan: aku melihat mereka memberi hormat kepadaku."
(Ayat ini juga elok dibaca ketika hendak ditemuduga)

(3) UNTUK MELEMBUTKAN HATI SUAMI DAN JUGA ANAK, AMALKAN MEMBACA SURAH AL-HASYR AYAT 21

Firman Allah:"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya."

(4) AYAT INI SESUAI DIBACA UNTUK MELEMBUTKAN HATI SESEORANG IAITU SURAH ASY-SYURA AYAT 19

Firman Allah:"Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) kepada hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

(5) PASANGAN SUAMI ISTERI JUGA HENDAKLAH SELALU MENGAMALKAN MEMBACA SURAH TOHA.

Baca dan tiupkan di ubun-ubun anak dan suami/isteri ketika mereka tidor. Surah ini bukan sekadar dapat melembutkan hati pasangan masing-masing serta anak, tetapi juga memberi kesan kepada hal-hal lain. Misalnya, ketika berhadapan dengan orang yang berdolak-dalih untuk membayar hutang, maka bolehlah dibaca ayat ini. Ayat ini juga sesuai dibacakan pada air minuman dan ketika membasuh beras.
(Hanya sesuai untuk pasangan suami-isteri dan anak-anak-pasangan yang halal dari segi hukum Allah).

(Dipetik dari Majalah NUR Julai 2003)

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





18 July 2006

SOALAN TENTANG KESUBURAN LELAKI ( BAHAGIAN 2 ) | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA

SOALAN TENTANG KESUBURAN LELAKI ( BAHAGIAN 2 )

Adakah onani boleh memberi kesan pada tahap kesuburan seseorang lelaki itu?

Onani sebenarnya tida ada bezanya dengan hubungan seksual yang biasa. Hal ini kerana sama ada onani ataupun hubungan kelamin, kedua-duanya akan menyebabkan seseorang itu mencapai orgasma dan seterusnya berlakulah ejakulasi.

Oleh itu bagi seseorang yang mengalami masalah berkaintan kesuburan seperti kekurangan kandungan sperma dalam air mani, mereka haruslah cuba elakkan diri daripada melakukan onani pada saat isteri sedang dalam keadaan subur. Kerana bimbangkan perbuatan tersebut akan menyebabkan kuantiti sperma tidak mencukupi bila tiba saat ia diperlukan. Walau bagaimanapun kesan onani ini tidak mempunyai kesan negative jangka panjang terhadap buah zakar.

Bolehkan saya menggunakan bahan pelincir sewaktu mengadakan hubungan kelamin?Kebanyakan bahan pelincir yang digunakan sewaktu melakukan hubungan kelamin mempunyai kesan toksik pada sperma. Oleh itu penggunaanya perlulah dielakkan.

Namun bagi wanita yang bermasalah untuk mengeluarkan pelincir sendiri ketika dirangsang, mereka terpaksalah menggunakannya untuk mengelakkan rasa sakit dan tidak selesa semasa melakukan hubungan kelamin. Dalam keadaan ini, bahan pelincir yang digunakan perlulah dalam kadar yang paling minima.

Berapa kerapkah perlu saya melakukan hubungan kelamin?
Kekerapan untuk setiap pasangan itu melakukan hubungan kelamin adalah berdasarkan kepada mereka sendiri. Jika dirasakan ia menyeronokkan,lakukanlah sekerapnya.

Akan tetapi bagi yang dalam usaha untuk mendapatkan anak, hubungan kelamin sangatlah digalakkan ketika isteri sedang dalam keadaan subur.

Adalah saya perlu bimbangkan tentang kesuburan jika saya menghidapi masalah penyakit kelamin?
Bagi kaum lelaki, kebanyakkan penyakit kelamin yang dihadapinya akan menyebabkan kerengsaan. Biasanya penyakit-penyakit kelamin ini jarang menyebabkan masalah kesuburan untuk satu jangka masa yang panjang. Walau bagaimanapun, masalah yang tidak dirawat segera akan menyebabkan jangkitan pada organ-organ sekitar alat kelamin seperti jangkitan pada tiub yang berfungsi untuk menyalurkan sperma dan pada kelenjar pengumpulan sperma.

Untuk pengetahuan jika kedua-dua organ ini dijangkiti gonorrhea atau Chlamydia, kesuburan seseorang itu boleh terganggu kerana system pengankutan sperma telah dihalang. Akan tetapi penghasilan sperma tidak terjejas melainkan penyakit tersebut merebak ke testis.


Dipetik daripada PAPA&MAMA/FEB/2004

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

SOALAN TENTANG KESUBURAN LELAKI ( BAHAGIAN 1 ) | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA





Apakah perbezaan diantara ketidaksuburan,mati pucuk, disfungsi erektil dan ejakulasi pramatang ?

Ketidaksuburan membawa maksud gagal untuk menghamilkan pasangan setelah satu tahun mencuba. Manakala mati pucuk atau disfungsi erektil pula ialah kegagalan seseorang lelaki untuk mencapai atau mengekalkan ereksi (ketegangan) yang dialaminya. Ejakulasi pramatang adalah satu keadaan yang agak sukar untuk didefinasikan tetapi secara amnya ia bolehlah diterangkan sebagai berlakunya ejakulasi berulang denga rangsangan minimum sebelum tiba waktunya.

Semua keada ini boleh terjadi serentak ataupun berasingan, bergantung kepada seseorang. Lelaki yang mengalami masalah kesuburan mungkin tidak mandul dan mereka yang mengalami disfungsi erektil mungkin subur.

Doktor manakah yang pakar dalam menangani masalah berkaitan kesuburan lelaki ini ?
Doktor yang layak untuk memberikan rawatan kepada yang mengalami masalah kesuburan lelaki ini ialah doktor yang mendapat pendidikan mendalam dalam bidang urologi dan major didalm egenitourinary track disorder. Kebanyakan ahli urologi am hanya tahu perkara asas tentang kesuburan lelaki dan asa untuk merawat masalah tersebut sahaja.

Bidang urologi ini sebenarnya ada satu cabang lain yang dikenali sebagai Andrology yang mana ia memang bertugas terus untuk menyelesaikan permasalahan berkaitan ketidaksuburan lelaki, kegagalan system reproduktifnya dan segala pembedahan mikro.

Adakah berendam di dalam air panas boleh menjejakan kesuburan saya ?
Testikel atau buah zakar yang terdedah kepada suhu yang tinggi boleh menyebabkan penurunan dalam penghasilan sperma. Walau bagaimanapun, jika seseorang itu menghindarkan diri daripada mandi serta berendam dalam air panas untuk beberapa bulan,penghasilan sperma akan kembali seperti sedia kala.

Untuk pengetahuan, proses penghasilan sperma secara keseluruhanya akan mengambil masa kira-kira 3 bulan. Oleh itu, apabila sesuatu perkara yang boleh menjejaskan penghasilan sperma mula ditinggalkan, untuk kembali pulih dan memastikan ia benar-benar pulih anda perlulah menunggu sekurang-kurangnya 3 bulan.

Ada kenyataan yang mengatakan bahawa pemakaian seluar dalam yang ketat boleh menjejaskan pernghasilan sperma seterusnya meyebabkan seseorang itu tidak subur. Adakah ini benar ?
Memng kebenaran terhadap kenyataan tersebut. Hal ini kerana kepanasan yang melampau pada testikel boleh menyebabkan penurunan penghasilan sperma. Keadaan ini sama seperti yang sering berendam di dalam air panas.

Walau bagaimanapun, tahap kepanasan yang terhasil daripada pemakaian pakaian yang ketat ini tidak dapat dipastikan sama ada ia benar-benar dapat meningkatkan suhu buah zakar ataupun tidak. Akan tetapi jika seseorang itu menghadapi masalah dengan kesuburan mereka, tidak salah jika dia cuba untuk menukar cara berpakaian, daripada yang agak ketat kepada yang longgar.

Dipetik daripada PAPA&MAMA/FEB/2004


Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

SEMAKIN HARI SEMAKIN JAUH




Saya sudah berkahwin selama 5 tahun. Kami berkahwin atas dasar suka sama suka. Kini, kami telah pun dikurniakan seorang cahaya mata yang baru berusia 1 tahun 6 bulan. Walaupun Nampak bahagia, saya dan suami mempunyai masalah dengan hubungan intim kami. Masalah saya ialah setiap kali suami ingin melakukan hubungan kelamin dengan saya, saya rasa tidak selesa. Akibatnya saya sentiasa cuba mengelak untuk mengadakan hubungan bersamanya. Sebenarnya, saya memang ingin melakukan hubungan intim bersama suami, akan tetapi semakin saya ingin melakukanya, semakin kuat rasa saya untuk mengelak. Saya bimbang jika perkara ini berterusan kerana tentu ia akan menjejaskan hubungan kami suami isteri.

Jawapannya.
Keintiman dalam perkahwinan adalah satu-satunya elemen yang berfungsi untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara wanita dengan pasangannya. Jadi, sangat penting untuk setiap pasangan yang bermasalah dalam hal hubungan mesra ini agar menganalisis masalah yang dihadapi secara mendalam dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menanganinya supaya keharmonian dan kemesraaan wujud dalam hubungan mereka.

Untuk pengetahuan anda, keseronokkan dalam hubungan seks bukan untuk lelaki sahaja bahkan untuk wanita juga. Wanita juga boleh mencapai keseronokkan jika perkara itu yang diinginkannya. Masalah kegagalan fungsi seksual bukanlah disebabkan oleh buatan orang atau akibat daripada perbuatan dengki. Minda dan individu sebenarnya mempengaruhi perilaku mereka terhadap hubungan seksual.

Kini, kajian menunjukkan bahawa masalah disfungsi seksual wanita dengan kadar 2 hingga 3 kali ganda daripada masalah disfungsi seksual yang dialami oleh kaum lelaki. Makah al ini menjadi isu penting dan telah mendapat perhatian pakar-pakar kesihatan seksual.

Masalah utama yang dialami oleh wanita ialah perasan dingin terhadap seks dan ini dikatakan berlaku apabila wanita itu tidal mengalami apa-apa perubahan fizikal,emosi dan mental semasa pasangan menyentuh tubuh badannya dengan hajar ingin melakukan hubungan kelamin. Jika hubungan seksual diteruskan, wanita itu akan rasa sakit semasa penentrate dan mengalami cengkaman faraj, yang mengakibatkan proses memasukkan zakar ke dalam faraj ( penetrate) itu sukar dan tidak selesa bagi kedua-dua pihak.

Selain itu, masalah disfungsi seksual lain yang turut melanda ialah masalah kurang daya seks dan tiada keinginan atau nafsu untuk melakukan hubungan intim. Selesaikanlah dengan merujuk kepada doktor pakar.

Kepada yang bermasalah anda dinasihatkan agar tidak berdiam diri dan berpura-pura semasa melakukan hubungan intim dengan pasangan. Hal ini kerana lambat-laun pasangan akan rasa tertekan. Selain itu, masalah yang dialami boleh menjadi semakin ketara sehingga mengakibatkan seseorang itu membenci hubungan intim jika ia dibiarkan berterusan tanpa rawatan.

Petikan daripada PAPA&MAMA/FEB/2004

16 July 2006

FENGS SHUI DAN SEKSUAL ANDA | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA

FENGS SHUI DAN SEKSUAL ANDA



Tahukan anda bahawa rasa ghairah,orgasma dan kepuasan yang tercapai setiap kali melakukan hubungan kelamin banyak dipengaruhi oleh situasi serta keadaan persekitaran? Kaum cina sangat menitikberat soal Feng Sui dalam setiap aktiviti yang mereka lakukan.

Feng Shui bagi hubungan suami isteri adalah lebih menjurus kepada bagaimana untuk menentukan komposisi yang paling sesuai untuk pasangan tersebut melakukan hubungan kelamin. Untuk pengetahuan anda ada 5 elemen penting dalam Feng Shui yang perlu anda pertimbangkan.

5 Elemen itu adalah
1. Cing ( Logam )
2. Mu ( Kayu )
3. Shui ( Air )
4. Huo (Api)
5. Thu ( tanah ).

Dengan mengetahui elemen diri sendiri, anda akan dapat menentukan reka bentuk hiasan dalaman bilik yang sesuai untuk meransangkan seterusnya menyemarakkan lagi hubungan intim anda berdua.

UNSUR LOGAM
- memiliki kekuatan tenaga erotik yang tinggi.
- peneraju hubungan seksual yang dilakukan.
- posisi yang selesa untuk anda ialah berada diatas agar anda dapat menakluki si dia.
- rasa ghairah anda juga mudah melonjak setiap kali dia memerhati anda.
- mengemarkan posisi-posisi seks yang boleh membahayakan kesihatan.

Rangsangan Feng-Shui
Untuk mencipta tenaga fizik yang tinggi, anda perlulah meletakkan satu mangkuk kaca berwarna gelap ( biru ) di sebelah timur bilik tidu. Isikan mangkuk itu dengan air dan taburkan serbuk berkilauan ke dalamnya. Kombinasi ini akan membolehkan anda mempunyai banyak tenaga untuk mencuba pelbagai posisi seksual tanpa rasa penat.

Lampu berbentuk seperti mulut gunung dengan mentol bulat di tengah-tengahnya juka diletakkan di selatan sudut bilik akan menyeimbangkan kadar adrenalin yang mengalir di dalam badan anda dan pasangan. Ini bermakna,ketika itu bukan hanya anda yang bersemangat bahkan pasangan anda juga.

UNSUR KAYU
- individu yang sempurna di tempat tidur.
- gemar melakukan eksperimen.
- sentiasa berkerja keras untuk mengembangkan pelbagai teknik agar hubungan kelamin yang dilakukan menjadi lebih sempurna.
- pasangan daripada unsur kayu akan menuntut pasangannya menjaga tubuh agar sentiasa ideal dan sempurna.
- secara suka rela akan mengikut keinginan pasangan mencuba pelbagai posisi yang ditawarkan.
- memerlukan masa yang agak lama untuk menjadi gairah.
- mudah mencapai orgasma.

Rangsangan Feng-Shui
Orang yang mempunyai unsure kayu menggemari gaya bercinta yang sentimental. Oleh itu, jalan penyelesaian secara Feng-Shuinya ialah anda perlu menempatkan mangkuk yang diperbuat daripada kayu berwarna hitam ataupun mangkuk daripada kaca berwarna ungu di sudut barat bilik tidur. Mangkuk ini dikatakan berfungsi untuk merangsangkan rasa ghairah anda.

Untuk mendapatkan multi orgasma, letakkan lima batang lilin merah di tempat yang diperbuatkan daripada kaca di sudut selatan bilik. Susunan seperti ini akan membantu anda mencapai klimaks berkali-kali.

UNSUR AIR
- seorang yang romantis.
- percintaan adalah perkara penting yang anda ingin kecapi sehingga ke akhir hayat.
- tidak suka tergopoh-gopoh bercinta.
- rangsangan memerlukan satu proses yang panjang.
- berpendapat kenikmatan hubungan seks bergantung kepada proses hubungan itu sendiri.
- berfantasi tinggi.
- kekadang ketika mencapai orgasma pun dia berfantasi.

Rangsangan Feng-Shui
Untuk meningkatkan ghairah seks, nyalakan tiga batang lilin biru di depan kaca pada bahagian utara sudut bilik anda. Kemudian hamparkan kain dengan sulaman emas di atas tilam. Dipercayai kononya pantulan helaian benang emas akan memperkayakan fantasi seksual anda.

UNSUR API
- seorang yang berani.
- seorang yang bertindak spontan.
- fantasi seksual sangat liar.
- tidak wujud perkataan tidak mungkin dalam kamus hidup.
- memang orang luar biasa.

Rangsangan Feng-Shui
Bagi mereka ini, ghairah seksual boleh dibangkitkan dengan hanya melihat gambar-gambar sensasi. Cara termudah adalah dengan memasang cermin besar di lelangit bilik tidur agar anda dapat memandang gaya anda berdua di bilik tidur. Dalam masa yang sama pantulan cermin akan meningkatkan lagi tenaga seksual anda. Untuk merangsang tenaga erotis dengan lebih cepat, gantunglah beberapa gambar yang dapat menggoda inspirasi seksual anda. Contohnya foto-foto seksi yang digarap dengan nilai seni yang tinggi.

UNSUR TANAH
- sangat sensual
- memerlukan tenaga dan masa yang banyak untuk membangkit gairah orang unsur tanah.
- sentuhan tubuh, pendekatan secara emosional sangat penting bagi mereka.
- sangat sukakan sentuhan lembut.
- suka oral seks.
- warna lembut akan meningkatkan tenaganya.

Rangsangan Feng-Shui
Letakkan gelas kaca yang diisi dengan batu-batu indah atau Kristal di sudut selatan bilik tidur anda. Gunanya adalah untuk mengungkap sifat sensual anda. Untuk meningkatkan sensitiviti. Letakkan bantal bersarung sutera dengan warna-warna garang seperti merah dan ungu di tempat tidur ataupun di lantai. Semua ini akan meningkatkan tenaga seksual anda. Biarpun lambat tapi hasilnya pasti memuaskan.

Petikan daripada majalah PAPA&MAMA/MEI/2004


Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

8 Teknik memulakan Malam Pertama





Malam pertama adalah saat yang paling diidamkan dan dinantikan oleh setiap pasangan yang baru bergelar raja sehari. Kesibukkan disiang harinya akan tidak begitu terasa memandang fikiran melayang kepada layanan yang akan diberikan oleh pasangan masing-masing.

Namun begitu tidak semua pasangan yang akan menantikan kehadiran malam pertama dengan penuh terbuka, sebaliknya ada yang belum betul-betul bersedia melayani kehendak pasangan masing-masing.

Awas! Harus diingat sekirangnya anda bertindak terburu-buru,keindahan dan kenikmatan malam pertama kemungkinan besar tiada ianya akan berubah menjadi suatu malam yang menyakitkan.

1. Jangan Terburu-buru
Malam pertama adalah memori yang harus diingati oleh pasangan masing-masing sehingga ke akhir hayat, maka haruslah lakukan dengan penuh kesabaran kerana anda perlu ingat anda masih lagi dalam peringkat saling kenal mengenali antara satu sama lain.

2. Tidur Secukupnya
Tidurlah secukupnya 3 hari sebelum malam pertama itu kerana ini membekalkan tenaga yang cukup dan janganlah lakukan kerja-kerja yang berat.

3. Jaga Kesihatan.
Jagalah kesihatan anda sebulan sebelum hari malam pertama anda. Ambilah vitamin-vitamin dan jagalah pemakanan anda. Vitamin yang cukup akan membuatkan anda ceria dan dapat mengelakkan anda daripada terkena penyakit. Pada siang hari perkahwinan anda janganlah makan banyak nanti malam kalau sakit perut…rugilah.

4. Pastikan Pasangan Anda betul-betul Bersedia.
Pada malam pertama nanti pastikan pasangan anda betul-betul bersedia dan sekiranya pasangan anda tidak dapat melayani kehendak pada malam pertama anda haruslah faham. Sekiranya terlalu mendesak, kegairahan malam pertama tidak akan dinikmati dan dirasai oleh pasangan masing-masing.

5. Suasana Romantis.
Wujudkan suasana yang romantis di malam pertama. Suami boleh mulakan dengan mengucapkan kata-kata romantis pada pasangannya. Isteri boleh mewujudkan suasana yang romantis dengan boleh mengenakan pakaian yang “daring “.

6. Jangan mengambil ubat.
Janganlah mengambil ubat dengan bertujuan untuk meransangkan pasangan masing-masing, lakukanlah dengan kesabaran dan penuh kasih sayang.

7. Jaga Kebersihan Diri.
Pastikan mulut dan badan anda tidak berbau. Seeloknya bersihkan diri anda dahulu kemudian pakai wangi-wangian untuk membangkitkan ghairah pasangan. Jangan pula guna wangian yang tidak digemari oleh pasangan anda, kerana ini akan menghilangkan mood untuk bersama.

8. Kurangkan bercakap
Elakkan berbincang hal-hal yang berkaitan dengan kenduri di siang hari dan masalah-masalah yang berlaku sebelumnya. Anda haruslah memberikan fokus dan kurangkan berbual dengan pasangan anda. Sebaiknya gunakan sentuhan,rabaan,ciuman,kucupan dan sebaganinya untuk membangkit gairah pasangan anda.

Petikan daripada majalah KELUARGA/JUN/2004

10 July 2006

Berpura-pura di Depan Suami | Husband and Wife, passion, sex and relationships, romance

Berpura-pura di Depan Suami | Seks Suami-Isteri | Bercinta Dengan Suami Orang | SuamiPerkasa.com | Suami Cepat Tewas | Berbagi Suami | SuamiOnline.com | Kisah Suami | Info Seks Suami Isteri | Sarapan Buat Suami | ghairah suami | Husband and Wife, passion, sex and relationships, romance

Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Isteri jika melakukan pekerjaan untuk suaminya dengan rasa ikhlas memperoleh ganjaran yang besar daripada Allah SWT. Firman Allah SWT maksudnya: "Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka... " An Nisaa' ayat 34

Jika kepura-puraan itu bukan perkara yang buruk, tidak bertentangan dengan syariat demi menyenangkan hati suami, maka hukumnya harus atau boleh. Umpamanya dalam menikmati suatu makanan yang disenangi oleh suami sedangkan isteri tidak suka dengan makanan tersebut, maka untuk menyenangkan hati suami, si isteri menunjukkan sikap bahawa ia juga suka pada makanan tersebut walaupun pada hakikatnya ia tidak menyukainya. Sikap seperti ini dipuji kerana bertujuan membahagiakan hati suaminya. Namun dari segi psikologi kita perlu juga berterus terang kepada suami tentang perkara yang tidak kita sukai agar suami dapat memahami tentang diri isteri secara lebih mendalam.

Dalam perkara yang bersifat asas seperti keperluan suami terhadap layanan, baik dalam kasih sayang mahupun hubungan jimak, maka isteri wajib memenuhinya dengan rasa ikhlas dan senang hati bukan dengan sifat berpura-pura. Jika siafat berpura-pura ini terjadi maka isteri telah berdosa terhadap suaminya. Isteri harus patuh dan setia terhadap suami yang soleh dan bersedia mengikuti segala perintahnya. Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia, tentu aku suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya, lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki atas wanita". (Riwayat Abu Daud)

Jadi hindarilah sifat suka berpura-pura di depan suami jika ingin memperoleh pahala daripada Allah SWT. Jika perkara yang disukai suami itu tidak bertentangan dengan agama, mengapa pula si isteri harus berpura-pura suka melakukannya di depan suami kemudian meninggalkannya jika suami tidak ada. Sifat seperti ini menunjukkan benih kebohongan yang boleh melukakan hati suami dan dapat meruntuhkan kebahagiaan rumahtangga.



Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





Memilih Masa yang Baik Untuk Melakukan Seks | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA

Memilih Masa yang Baik Untuk Melakukan Seks

Di dalam Islam telah digariskan ketika-ketika yang sesuai untuk melakukan jima’ sekiranya ingin mendapat anak yang cemerlang dan semoga ketika-ketika ini dijadikan panduan praktis oleh suami isteri:

1.Menurut Imam Syafie r.a, waktu yang paling baik untuk jima’ ialah pada malam Jumaat, malam Isnin dan malam Khamis. Kerana mengikut sunnah Nabi saw. Faedahnya, jima’ pada malam Khamis menyebabkan anak itu menjadi mukmin yang baik.

2.Rasulullah saw. berpesan bahawa jika jima’ pada malam Isnin, anak yang bakal lahir akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pemberian Allah swt.

3.Rasulullah saw. berpesan bahawa jika jima’ pada malam Selasa, anak itu akan mendapat nikmat syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan mengazabnya bersama orang musyrikin, mulutnya berbau harum dan akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya dari mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

4.Pesanan Rasulullah, jika berjima’ pada malam Khamis, anak yang bakal lahir itu adalah yang bijaksana di kalangan orang yang bijaksana, atau seorang alim di kalangan orang alim.

5.Berjima’ semasa matahari di tengah langit, anak yang bakal lahir tidak akan dihampiri syaitan sehingga dia beruban, dan menjadi seorang faqih dan mendapat rezeki keselamatan agama dan dunia.

6.Dari pesanan Rasullullah saw. jika jima’ pada malam Jumaat, anak yang bakal lahir dari jima’ itu akan menjadi pemidato yang berwibawa dan petah. Jika berjima’ pada hari Jumaat lepas Asar, anak akan menjadi terkenal, masyhur alim. Jika berjima’ pada malam Jumaat selepas Isyak, anak nanti akan menjadi seorang yang abdal (terkemuka).

Eloklah kita fikir-fikir sejenak, kemudian memperhatikan manusia-manusia yang terdaya diperhatikan. Sekiranya dia lahir dari kalangan ibu bapa yang mengetahui mengenai pentingnya memilih ketika yang sesuai untuk pembentukan janin yang cemerlang, tentulah ibu bapanya telah merancang agar melakukannya di hari-hari dan masa-masa yang tertentu.

Kemudian perhatikan pula manusia-manusia yang pincang hidupnya. Dalam suasana manakah agaknya janinnya terbentuk?



Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

09 July 2006

Kepuasan Seorang Wanita ( bahagian 2 ) | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA

Kepuasan Seorang Wanita ( bahagian 2 )

Banyak kekeliruan timbul, tentang bagaimana kepuasan wanita (orgasm) itu berlaku. Oleh kerana anzal (orgasm) itu datang dalam gelombang denyutan sehingga wanita itu sendiri tidak dapat membezakan antara kepuasan yang bertali-tali (multiple orgasm) ataupun yang berturut-turut (sequential orgasm).

Secara umum anzal yang datang secara bertali-tali adalah anzal yang datang berterusan antara satu sama lain. Wanita yang anzal sebegini seperti kelihatan tidak berada dibumi nyata dan lama untuk sedar.

Anzal yang berturut-turut pula adalah anzal atau orgasm yang datang antara satu sama lain dalam masa yang agak lama. mungkin seminit dua atau lebih. Wanita sebegini akan puas sekali dan sedar semula dan dengan tiba-tiba akan puas sekali lagi dalam minit yang kemudiannya.

Wanita yang mempunyai kepuasan bertali-tali sepenuhnya adalah jarang berlaku namun setiap wanita mampu untuk mempunyai anzal yang berturut-turut.

Ramai wanita mampu mendapat anzal yang lebih daripada sekali jika kelentitnya dibelai sebaiknya, malah mungkin dua tiga atau enam kepuasan sebelum wanita itu betul-betul puas. Berbanding dengan lelaki yang mampu puas sekali dalam masa pendek wanita mampu mendapat lebih daripada itu jika keadaan dan cara yang sesuai.

Wanita tidak perlu risau. Menurut kajian anzal yang sekali sudah cukup bagi 90 peratus wanita yang diselidik. Adalah satu perkara normal jika hanya mampu puas sekali sahaja dan jika mendapat lebih anggap ia sebagai bonus.

Ingin diingatkan, kelentit akan menjadi terlalu sensitif (geli) selepas wanita anzal dan ia boleh menyakitkan. Jika pasangan wanita berminat untuk memberikan lebih, jangan paksa dirinya. Mendapat lebih daripada satu kepuasan memerlukan keadaan yang sesuai dan wanita perlu dalam keadaan sedia. Tidak perlu paksa diri wanita itu. Jika wanita itu nyatakan sudah cukup maka berikan belaian
kasih sayang dan cinta anda.

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

Kepuasan Seorang Wanita ( bahagian 1 ) | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA

Kepuasan Seorang Wanita ( bahagian 1 )

Teori awal yang sering diutarakan, bahawa orgasm seorang wanita terdiri daripada 2 bahagian. Kepuasan yang datang daripada kelentik (clitoris), kepuasan kecil sebelum mencapai kepuasan yang lebih besar, hasil kemasukan penis ke dalam vagina.

Perkara ini tidak disenangi oleh ramai wanita yang tidak mencapai kepuasan melalui kemasukan. Kajian yang seterusnya mengubah pendapat ini. Kajian Kinsey menyatakan hanya terdapat satu jenis kepuasan yang bermula daripada kelentik dan melibatkan kekejangan semua bahagian badan wanita

Kajian klinikal membuktikan perkara ini dan pakar-pakar sexologist bersetuju, orgasm is an orgasm. Apabila seorang wanita puas wanita itu memang mencapai kepuasan. Ia bermula daripada simulasi kepada kelentik, berpunca daripadanya dan dinyatakan dengan tindak balas otot-otot didalam vigina dan kejang seluruh badan.

Walaupun kajian menyatakan kepuasan hanya satu, namun pelbagai maklum balas wanita menyatakan kepuasan yang dihasilkan hasil belaian kepada kelentik dan kawasan sekitarnya, lebih hebat lagi daripada kepuasan kemasukan batang ke dalam. Kepuasan dengan belaian ini dinyatakan sebagai pengalaman yang sensasi yang tinggi, manis dan bertalu-talu,manakala kepuasan dalam merupakan yang datang sekejap umpama letupan.

Orgasm seorang wanita hasil belaian pasangannya kemungkinan lebih hebat disebabkan simulasi adalah setempat dan dikawal dengan penuh sensitif. Kajian Masters dan Jonson melaporkan kekejangan yang lebih kuat dan degup jantung yang lebih tinggi semasa wanita puas tanpa kemasukan.

Kepuasan sewaktu kemasukan agak jarang bagi kebanyakan wanita. Ini disebabkan rangsangan kepada kelentik dilakukan secara, cara lalu. Ini pun bergantung kepada posisi pasangan. Kepuasan sewaktu kemasukkan berkurangan kerana rangsangan telah bertumpu kepada tempat lain, bukan kepada kelentik.

Jadi bagaimana langkah anda?

Pastikan sentuhan kepada kelentik adalah dengan lembut. Basahkan jejari anda sebelum menyentuh kelentik pasangan anda.

Belai sekeliling kawasan kelentik dan ini termasuk celah paha dan paha. Buat belaian datang dan pergi antara kelentik, sekitarnya dan paha.

Jika vagina sudah mengeluarkan airnya, pastikan ia digunakan untuk membasahkan kelentik pasangan anda. Dengan lembut dan anda sensitif, perhatikan kehendaknya. Jangan berkasar, kelentik adalah bahagian yang sensitif.

Sewaktu, wanita mencapai climax, hentikan gerakan anda tetapi jangan sekali lepaskan jejari atau lidah anda. Biarkan sehingga anda dizinkan. Sewaktu orgasm, kelentik akan menjadi terlalu sensitif dan ini adalah menyakitkan. Anda perlu bersabar 2 atau 3 minit sebelum langkah seterusnya. Belai dan cium wanita anda. Nyatakan perasaan anda waktu itu.

Remember, the more she get the more she give. : )

Sewaktu bersama, Cari posisi yang memang kena dan kelainan bagi wanita anda. Cari posisi kemasukan yang memang boleh kena banyak kelentiknya.


Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

Tips Untuk Kesihatan Tenaga Batin | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA

Tips Untuk Kesihatan Tenaga Batin


Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan samada serta merta atau dalam jangka masa yang panjang. Pelbagai petua pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu.

1.Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jima’. Batang zakar harus sentiasa panas.

2.Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.

3.Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.

4.Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar.

5.Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.

6.Jangan hembus nafas ketika minum, tahani nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jima’.

7.Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.

8.Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar.

9.Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.

10.Kurangkan dari memakan Pisang Embun.

11.Elakkan minum air selepas jan 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.

12.Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar. Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik.

13.Jangan amalkan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.

14.Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.

15.Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu
pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk
membantutkan aliran dan melemahkan zakar.

16.Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.

17.Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima’ lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.

18.Jangan jima’ di dalam air.

19.Jangan terus minum air selepas jima’, rehat dahulu 15 minit.

20.Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.

21.Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.

22.Jangan jima’ isteri yang sedang haid kerana mendatangkan penyakit.

23.Jangan cungkil gigi dengan kemuncut (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar jadi ngilu dan kurang bertenaga.



Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

36 Petua memenangi hati isteri ( bahagian 2 ) | Husband and Wife, passion, sex and relationships, romance

36 Petua memenangi hati isteri ( bahagian 2 ) | Seks Suami-Isteri | Bercinta Dengan Suami Orang | SuamiPerkasa.com | Suami Cepat Tewas | Berbagi Suami | SuamiOnline.com | Kisah Suami | Info Seks Suami Isteri | Sarapan Buat Suami | ghairah suami | Husband and Wife, passion, sex and relationships, romance


1.Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

2.Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.

3.Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

4.Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

5.Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

6.Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

7.Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit emudiannya.

8.Ambillah gambarya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

9.Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

10.Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

11.Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

12.Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

13.Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

14.Solat bersama dan berdoa bersama.

15.Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

16.Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

17.Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

18.Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

19.Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.

20.Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

21.Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

22.Bila dia memasak, pujilah masakannya.

23.Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

24.Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

25.Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

26.Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

27.Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

28.Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

29.Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

30.Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

31.Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

32.Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

33.Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

34.Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.

35.Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

36.Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.



Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





 
Copyright © 2014 RP. Designed by OddThemes