728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

01 October 2006

Seks perlu kerjasama | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA

Seks perlu kerjasama


ALAM konteks perkahwinan, hubungan seks adalah satu interaksi atau perhubungan yang penuh tanggungjawab. Suami dan isteri perlu saling membantu untuk mengecapi dan menghayati nikmat serta keseronokannya.


Tanpa kerjasama dan jalinan hubungan yang mesra, hubungan seks hanya akan menjadi satu rutin dan hanya dilakukan atas dasar tanggungjawab atau terpaksa. Situasi sebegini akhirnya akan bertukar kepada kebencian apabila hubungan seks tidak lagi memberi apa-apa nikmat kepada pasangan.

Hubungan seks yang intim memberi manfaat kehidupan kepada kedua-dua pasangan dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara mereka.

Ia hanya boleh berlaku apabila kedua-dua pasangan berinteraksi dengan baik dan membantu pasangan mencapai klimaks dengan melakukan rangsangan yang mencukupi mengikut panduan pasangan. Tanpa kerjasama antara pasangan untuk memberi panduan dan galakan, pasangan tidak akan sampai kemuncak kepuasan dan hubungan seksual menjadi hambar.

Memang sukar bagi mana-mana pasangan untuk memberi rangsangan seksual tanpa panduan daripada pasangan masing-masing. Contohnya suami tidak boleh membaca apa yang tersirat dalam fikiran isterinya atau apa yang boleh memuaskan berahi isterinya melainkan kedua-duanya dapat berinteraksi dan bersama-sama memberi tunjuk ajar serta dorongan sehingga mendapat kepuasan seks bersama.

Jika boleh, sewaktu melakukan hubungan seks dengan isteri, nyatakan apa yang anda hajati supaya dia boleh memainkan peranan. Bukannya melakukan sesuatu yang mungkin tidak memberi kepuasan atau ketidakselesaan kepada anda.

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Seks perlu kerjasama | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top