728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

18 July 2006

SOALAN TENTANG KESUBURAN LELAKI ( BAHAGIAN 1 ) | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA





Apakah perbezaan diantara ketidaksuburan,mati pucuk, disfungsi erektil dan ejakulasi pramatang ?

Ketidaksuburan membawa maksud gagal untuk menghamilkan pasangan setelah satu tahun mencuba. Manakala mati pucuk atau disfungsi erektil pula ialah kegagalan seseorang lelaki untuk mencapai atau mengekalkan ereksi (ketegangan) yang dialaminya. Ejakulasi pramatang adalah satu keadaan yang agak sukar untuk didefinasikan tetapi secara amnya ia bolehlah diterangkan sebagai berlakunya ejakulasi berulang denga rangsangan minimum sebelum tiba waktunya.

Semua keada ini boleh terjadi serentak ataupun berasingan, bergantung kepada seseorang. Lelaki yang mengalami masalah kesuburan mungkin tidak mandul dan mereka yang mengalami disfungsi erektil mungkin subur.

Doktor manakah yang pakar dalam menangani masalah berkaitan kesuburan lelaki ini ?
Doktor yang layak untuk memberikan rawatan kepada yang mengalami masalah kesuburan lelaki ini ialah doktor yang mendapat pendidikan mendalam dalam bidang urologi dan major didalm egenitourinary track disorder. Kebanyakan ahli urologi am hanya tahu perkara asas tentang kesuburan lelaki dan asa untuk merawat masalah tersebut sahaja.

Bidang urologi ini sebenarnya ada satu cabang lain yang dikenali sebagai Andrology yang mana ia memang bertugas terus untuk menyelesaikan permasalahan berkaitan ketidaksuburan lelaki, kegagalan system reproduktifnya dan segala pembedahan mikro.

Adakah berendam di dalam air panas boleh menjejakan kesuburan saya ?
Testikel atau buah zakar yang terdedah kepada suhu yang tinggi boleh menyebabkan penurunan dalam penghasilan sperma. Walau bagaimanapun, jika seseorang itu menghindarkan diri daripada mandi serta berendam dalam air panas untuk beberapa bulan,penghasilan sperma akan kembali seperti sedia kala.

Untuk pengetahuan, proses penghasilan sperma secara keseluruhanya akan mengambil masa kira-kira 3 bulan. Oleh itu, apabila sesuatu perkara yang boleh menjejaskan penghasilan sperma mula ditinggalkan, untuk kembali pulih dan memastikan ia benar-benar pulih anda perlulah menunggu sekurang-kurangnya 3 bulan.

Ada kenyataan yang mengatakan bahawa pemakaian seluar dalam yang ketat boleh menjejaskan pernghasilan sperma seterusnya meyebabkan seseorang itu tidak subur. Adakah ini benar ?
Memng kebenaran terhadap kenyataan tersebut. Hal ini kerana kepanasan yang melampau pada testikel boleh menyebabkan penurunan penghasilan sperma. Keadaan ini sama seperti yang sering berendam di dalam air panas.

Walau bagaimanapun, tahap kepanasan yang terhasil daripada pemakaian pakaian yang ketat ini tidak dapat dipastikan sama ada ia benar-benar dapat meningkatkan suhu buah zakar ataupun tidak. Akan tetapi jika seseorang itu menghadapi masalah dengan kesuburan mereka, tidak salah jika dia cuba untuk menukar cara berpakaian, daripada yang agak ketat kepada yang longgar.

Dipetik daripada PAPA&MAMA/FEB/2004


Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: SOALAN TENTANG KESUBURAN LELAKI ( BAHAGIAN 1 ) | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top