728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

18 July 2006

SEMAKIN HARI SEMAKIN JAUH




Saya sudah berkahwin selama 5 tahun. Kami berkahwin atas dasar suka sama suka. Kini, kami telah pun dikurniakan seorang cahaya mata yang baru berusia 1 tahun 6 bulan. Walaupun Nampak bahagia, saya dan suami mempunyai masalah dengan hubungan intim kami. Masalah saya ialah setiap kali suami ingin melakukan hubungan kelamin dengan saya, saya rasa tidak selesa. Akibatnya saya sentiasa cuba mengelak untuk mengadakan hubungan bersamanya. Sebenarnya, saya memang ingin melakukan hubungan intim bersama suami, akan tetapi semakin saya ingin melakukanya, semakin kuat rasa saya untuk mengelak. Saya bimbang jika perkara ini berterusan kerana tentu ia akan menjejaskan hubungan kami suami isteri.

Jawapannya.
Keintiman dalam perkahwinan adalah satu-satunya elemen yang berfungsi untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara wanita dengan pasangannya. Jadi, sangat penting untuk setiap pasangan yang bermasalah dalam hal hubungan mesra ini agar menganalisis masalah yang dihadapi secara mendalam dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menanganinya supaya keharmonian dan kemesraaan wujud dalam hubungan mereka.

Untuk pengetahuan anda, keseronokkan dalam hubungan seks bukan untuk lelaki sahaja bahkan untuk wanita juga. Wanita juga boleh mencapai keseronokkan jika perkara itu yang diinginkannya. Masalah kegagalan fungsi seksual bukanlah disebabkan oleh buatan orang atau akibat daripada perbuatan dengki. Minda dan individu sebenarnya mempengaruhi perilaku mereka terhadap hubungan seksual.

Kini, kajian menunjukkan bahawa masalah disfungsi seksual wanita dengan kadar 2 hingga 3 kali ganda daripada masalah disfungsi seksual yang dialami oleh kaum lelaki. Makah al ini menjadi isu penting dan telah mendapat perhatian pakar-pakar kesihatan seksual.

Masalah utama yang dialami oleh wanita ialah perasan dingin terhadap seks dan ini dikatakan berlaku apabila wanita itu tidal mengalami apa-apa perubahan fizikal,emosi dan mental semasa pasangan menyentuh tubuh badannya dengan hajar ingin melakukan hubungan kelamin. Jika hubungan seksual diteruskan, wanita itu akan rasa sakit semasa penentrate dan mengalami cengkaman faraj, yang mengakibatkan proses memasukkan zakar ke dalam faraj ( penetrate) itu sukar dan tidak selesa bagi kedua-dua pihak.

Selain itu, masalah disfungsi seksual lain yang turut melanda ialah masalah kurang daya seks dan tiada keinginan atau nafsu untuk melakukan hubungan intim. Selesaikanlah dengan merujuk kepada doktor pakar.

Kepada yang bermasalah anda dinasihatkan agar tidak berdiam diri dan berpura-pura semasa melakukan hubungan intim dengan pasangan. Hal ini kerana lambat-laun pasangan akan rasa tertekan. Selain itu, masalah yang dialami boleh menjadi semakin ketara sehingga mengakibatkan seseorang itu membenci hubungan intim jika ia dibiarkan berterusan tanpa rawatan.

Petikan daripada PAPA&MAMA/FEB/2004
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: SEMAKIN HARI SEMAKIN JAUH Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top