728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

09 July 2006

Kepuasan Seorang Wanita ( bahagian 2 ) | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA

Kepuasan Seorang Wanita ( bahagian 2 )

Banyak kekeliruan timbul, tentang bagaimana kepuasan wanita (orgasm) itu berlaku. Oleh kerana anzal (orgasm) itu datang dalam gelombang denyutan sehingga wanita itu sendiri tidak dapat membezakan antara kepuasan yang bertali-tali (multiple orgasm) ataupun yang berturut-turut (sequential orgasm).

Secara umum anzal yang datang secara bertali-tali adalah anzal yang datang berterusan antara satu sama lain. Wanita yang anzal sebegini seperti kelihatan tidak berada dibumi nyata dan lama untuk sedar.

Anzal yang berturut-turut pula adalah anzal atau orgasm yang datang antara satu sama lain dalam masa yang agak lama. mungkin seminit dua atau lebih. Wanita sebegini akan puas sekali dan sedar semula dan dengan tiba-tiba akan puas sekali lagi dalam minit yang kemudiannya.

Wanita yang mempunyai kepuasan bertali-tali sepenuhnya adalah jarang berlaku namun setiap wanita mampu untuk mempunyai anzal yang berturut-turut.

Ramai wanita mampu mendapat anzal yang lebih daripada sekali jika kelentitnya dibelai sebaiknya, malah mungkin dua tiga atau enam kepuasan sebelum wanita itu betul-betul puas. Berbanding dengan lelaki yang mampu puas sekali dalam masa pendek wanita mampu mendapat lebih daripada itu jika keadaan dan cara yang sesuai.

Wanita tidak perlu risau. Menurut kajian anzal yang sekali sudah cukup bagi 90 peratus wanita yang diselidik. Adalah satu perkara normal jika hanya mampu puas sekali sahaja dan jika mendapat lebih anggap ia sebagai bonus.

Ingin diingatkan, kelentit akan menjadi terlalu sensitif (geli) selepas wanita anzal dan ia boleh menyakitkan. Jika pasangan wanita berminat untuk memberikan lebih, jangan paksa dirinya. Mendapat lebih daripada satu kepuasan memerlukan keadaan yang sesuai dan wanita perlu dalam keadaan sedia. Tidak perlu paksa diri wanita itu. Jika wanita itu nyatakan sudah cukup maka berikan belaian
kasih sayang dan cinta anda.

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kepuasan Seorang Wanita ( bahagian 2 ) | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top