728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

24 July 2006

Haram keluar mani sendiri

APAKAH hukum seorang suami mengeluarkan mani kerana tidak tahan dengan nafsu syahwat bagi mengelakkan perzinaan? Ini kerana isterinya datang haid terlalu lama iaitu sehingga dua minggu, malah sudah tidak berminat lagi dengan hubungan kelamin, sedangkan suaminya masih sihat.

CHE KOB | Putrajaya.

ANTARA hikmat perkahwinan ialah untuk memenuhi tuntutan nafsu semulajadi manusia secara sah. Malah, perhubungan antara suami isteri melahirkan ketenangan jiwa raga dan menghindari perkara haram seperti zina dan sebagainya.

Allah berfirman dengan maksud: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan …” (Ar-Rum (30): 21).

Apabila isteri dalam keadaan uzur, suami sepatutnya mengawal keinginan nafsunya. Bagaimanapun dalam keadaan haid suami masih dibenarkan tidur dan bermesra dengan isteri tetapi tidak sampai ke tahap persetubuhan.

Dengan itu kehendak seksual suami dapat dipenuhi. Isteri boleh meredakan nafsu suami dengan mengeluarkan mani suami.

Tindakan suami mengeluarkan mani secara sendiri tidak baik kerana dilarang agama. Allah berfirman dengan maksud: “… Dan mereka menjaga kehormatannya kecuali kepada isteri atau hamba sahaya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang yang melampaui batas.” (Al-Mu’minun (23): 5-6).

Selain itu, alternatif bagi suami yang mempunyai isteri uzur dan tiada nafsu lagi, ialah memilih untuk berpoligami jika mampu.


dipetik daripada harian metro
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Haram keluar mani sendiri Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top