728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

16 July 2006

FENGS SHUI DAN SEKSUAL ANDA | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA

FENGS SHUI DAN SEKSUAL ANDA



Tahukan anda bahawa rasa ghairah,orgasma dan kepuasan yang tercapai setiap kali melakukan hubungan kelamin banyak dipengaruhi oleh situasi serta keadaan persekitaran? Kaum cina sangat menitikberat soal Feng Sui dalam setiap aktiviti yang mereka lakukan.

Feng Shui bagi hubungan suami isteri adalah lebih menjurus kepada bagaimana untuk menentukan komposisi yang paling sesuai untuk pasangan tersebut melakukan hubungan kelamin. Untuk pengetahuan anda ada 5 elemen penting dalam Feng Shui yang perlu anda pertimbangkan.

5 Elemen itu adalah
1. Cing ( Logam )
2. Mu ( Kayu )
3. Shui ( Air )
4. Huo (Api)
5. Thu ( tanah ).

Dengan mengetahui elemen diri sendiri, anda akan dapat menentukan reka bentuk hiasan dalaman bilik yang sesuai untuk meransangkan seterusnya menyemarakkan lagi hubungan intim anda berdua.

UNSUR LOGAM
- memiliki kekuatan tenaga erotik yang tinggi.
- peneraju hubungan seksual yang dilakukan.
- posisi yang selesa untuk anda ialah berada diatas agar anda dapat menakluki si dia.
- rasa ghairah anda juga mudah melonjak setiap kali dia memerhati anda.
- mengemarkan posisi-posisi seks yang boleh membahayakan kesihatan.

Rangsangan Feng-Shui
Untuk mencipta tenaga fizik yang tinggi, anda perlulah meletakkan satu mangkuk kaca berwarna gelap ( biru ) di sebelah timur bilik tidu. Isikan mangkuk itu dengan air dan taburkan serbuk berkilauan ke dalamnya. Kombinasi ini akan membolehkan anda mempunyai banyak tenaga untuk mencuba pelbagai posisi seksual tanpa rasa penat.

Lampu berbentuk seperti mulut gunung dengan mentol bulat di tengah-tengahnya juka diletakkan di selatan sudut bilik akan menyeimbangkan kadar adrenalin yang mengalir di dalam badan anda dan pasangan. Ini bermakna,ketika itu bukan hanya anda yang bersemangat bahkan pasangan anda juga.

UNSUR KAYU
- individu yang sempurna di tempat tidur.
- gemar melakukan eksperimen.
- sentiasa berkerja keras untuk mengembangkan pelbagai teknik agar hubungan kelamin yang dilakukan menjadi lebih sempurna.
- pasangan daripada unsur kayu akan menuntut pasangannya menjaga tubuh agar sentiasa ideal dan sempurna.
- secara suka rela akan mengikut keinginan pasangan mencuba pelbagai posisi yang ditawarkan.
- memerlukan masa yang agak lama untuk menjadi gairah.
- mudah mencapai orgasma.

Rangsangan Feng-Shui
Orang yang mempunyai unsure kayu menggemari gaya bercinta yang sentimental. Oleh itu, jalan penyelesaian secara Feng-Shuinya ialah anda perlu menempatkan mangkuk yang diperbuat daripada kayu berwarna hitam ataupun mangkuk daripada kaca berwarna ungu di sudut barat bilik tidur. Mangkuk ini dikatakan berfungsi untuk merangsangkan rasa ghairah anda.

Untuk mendapatkan multi orgasma, letakkan lima batang lilin merah di tempat yang diperbuatkan daripada kaca di sudut selatan bilik. Susunan seperti ini akan membantu anda mencapai klimaks berkali-kali.

UNSUR AIR
- seorang yang romantis.
- percintaan adalah perkara penting yang anda ingin kecapi sehingga ke akhir hayat.
- tidak suka tergopoh-gopoh bercinta.
- rangsangan memerlukan satu proses yang panjang.
- berpendapat kenikmatan hubungan seks bergantung kepada proses hubungan itu sendiri.
- berfantasi tinggi.
- kekadang ketika mencapai orgasma pun dia berfantasi.

Rangsangan Feng-Shui
Untuk meningkatkan ghairah seks, nyalakan tiga batang lilin biru di depan kaca pada bahagian utara sudut bilik anda. Kemudian hamparkan kain dengan sulaman emas di atas tilam. Dipercayai kononya pantulan helaian benang emas akan memperkayakan fantasi seksual anda.

UNSUR API
- seorang yang berani.
- seorang yang bertindak spontan.
- fantasi seksual sangat liar.
- tidak wujud perkataan tidak mungkin dalam kamus hidup.
- memang orang luar biasa.

Rangsangan Feng-Shui
Bagi mereka ini, ghairah seksual boleh dibangkitkan dengan hanya melihat gambar-gambar sensasi. Cara termudah adalah dengan memasang cermin besar di lelangit bilik tidur agar anda dapat memandang gaya anda berdua di bilik tidur. Dalam masa yang sama pantulan cermin akan meningkatkan lagi tenaga seksual anda. Untuk merangsang tenaga erotis dengan lebih cepat, gantunglah beberapa gambar yang dapat menggoda inspirasi seksual anda. Contohnya foto-foto seksi yang digarap dengan nilai seni yang tinggi.

UNSUR TANAH
- sangat sensual
- memerlukan tenaga dan masa yang banyak untuk membangkit gairah orang unsur tanah.
- sentuhan tubuh, pendekatan secara emosional sangat penting bagi mereka.
- sangat sukakan sentuhan lembut.
- suka oral seks.
- warna lembut akan meningkatkan tenaganya.

Rangsangan Feng-Shui
Letakkan gelas kaca yang diisi dengan batu-batu indah atau Kristal di sudut selatan bilik tidur anda. Gunanya adalah untuk mengungkap sifat sensual anda. Untuk meningkatkan sensitiviti. Letakkan bantal bersarung sutera dengan warna-warna garang seperti merah dan ungu di tempat tidur ataupun di lantai. Semua ini akan meningkatkan tenaga seksual anda. Biarpun lambat tapi hasilnya pasti memuaskan.

Petikan daripada majalah PAPA&MAMA/MEI/2004


Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. btul ke??????? sdangkan pada hari ini kita semua telah memilikinya tetapi masih ada yang sukar untuk berkongsi hidup dengan lebih lama. contohnya artis2 kita pada hari ini

    ReplyDelete

Item Reviewed: FENGS SHUI DAN SEKSUAL ANDA | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top