728x90 AdSpace

Rahsiaperkahwinan.com dimiliki penuh oleh RP Network dan ianya ditubuhkan sejak tahun 2005

Latest News

21 July 2006

Bersetubuh ketika isteri dalam haid | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA

Bersetubuh ketika isteri dalam haid

Haid ialah darah yang keluar dari rahim wanita yang telah baligh dalam keadaan siha tanpa
sebab-sebab tertentu pada waktu yang diketahui.
Jarak masa keluarnya yang paling singkat ialah sehari semalam secara berterusan atau bersambung-sambung. Atau dalam ertikata yang lain, tempoh di antara mula keluar darah tersebut
dengan berhentinya tidak kurang daripada satu hari dan satu malam. Ertinya, sekiranya ia kurang daripada tempoh tersebut, maka ia bukanlah darah haid. Kemungkinan ia darah 'istihadhah' atau darah dengan sebab yang lain. Pada keadaan seperti ini, wanita itu wajib mengqada sembahyangnya sekiranya ada yang terluput.

Tempoh yang paling lama bagi setengah wanita yang kedatangan haid ialah 15 hari ( serta malamnya) walaupun adakalanya haid itu datang secara berputus-putus.

Kebiasaannya bagi kebanyakan wanita, tempoh haid mereka hanya enam hari atau seminggu sahaja.

Adakah diharuskan bagi suami melakukan hubungan seks (berjimak) dengan isterinya yang kedatangan haid?

Tidak harus (haram) bagi suami melakukan hubungan seks dengan isterinya yang didatangi haid dan nifas sehinggalah kedua-dua darah itu terhenti dengan sendirinya dan melakukan mandi hadas. Hukum ini dinyatakan di dalm surah Al Baqarah ayat 222.

Menurut Imam Al Ghazali, melakukan hubungan seks sebelum isteri melaksanakan mandi hadas (selepas haid terhenti) boleh mewariskan penyakit kusta ke atas anak yang lahir hasil hubungan seks tersebut.

Jadi, mengadakan hubungan seks dengan isteri ketika didatangi haid adalah haram dan termasuk di antara dosa-dosa besar. Hukum ini bagi suami yang melakukannya secara sengaja, mengikut kehendak hatinya dan tahu hukum haramnya tanpa menghalalkannya. Sekiranya dia menghalalkannya, maka dia jatuh kufur. Wal'iyazubillah.

Menurut Imam An Nawawi di dalam Raudhah At Thalibin, sekiranya seorang suami menjimak isterinya ketika didatangi haid dengan sengaja dan tahu hukum haramnya, terdapat dua pendapat ( dalam Mazhab Asy Shafie). Pendapat yang masyhur ialah si suami tidak dikenakan apa-apa hukuman, dia hanya perlu beristighfar dan bertaubat kepada Allah. Disunatkan juga dia bersedekah dengan kadar satu dinar (wang emas di zaman dulu) sekiranya jimak itu dilakukan ketika haid baru keluar dan setengah dinar sekiranya haid hampir berhenti. Isteri tidak dikenakan apa-apa.

Sekali lagi diingatkan hukum di atas bagi suami yang melakukannya secara sengaja, tahu hukumnya dan tidak ada paksaan ke atasnya. Tetapi sekiranya suami isteri itu jahil, terlupa atau dipaksa,maka mereka tidaklah berdosa kerana terdapat sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :

" Sesungguhnya Allah memaafkan ke atas umatku kesilapan, kelupaan dan apa yang berlaku secara paksaan".

Kesimpulan yang boleh dibuat ke atas perkara yang berlaku ke atas saudara tersebut seperti berikut :

- Darah yang keluar itu bukanlah darah haid,, kerana ia keluar dalam tempoh yang singkat daripada tempoh sekurang-kurang haid dan tidak disedari. Darah itu berkemungkinan darah istihadhah atau kerana terluka atau sebab-sebab yang lain.

- Seandainya itu darah haidpun, perhubungan seks dengan isteri saudara tadi tidaklah berdosa kerana darah yang keluar itu tidak disedari dan perkara itu dikira 'kesilapan' yang dimaafkan sepertimana yang tersebut di dalam hadis tadi.

Wallahu Ta'ala A'lam.

Rujukan :

Imam Al Khatib Asy Syarbini : Mughni al Muhtaj.
Imam Al Hushni : Kifayah al Akhyar .
Imam An Nawawi : Raudhah at Thalibin.


Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. Anonymous9:08 PM

    assalamualaikum....
    saye ingin bertanye....apekah yang perlu dilakukan sekiranye saye telah pun mandi wajib kerana diyakini telah habis haid dan bersama dengan suami tetapi selepas itu ade cairan berwarna kekuningan....? cume saye tidak pasti sma ade itu haid atau masalah keputihan saye....bantula saye merungkaikan kesulitan ini...saya amat takut sekiranya saya telah terlanjur melakukan persetubuhan ketika haid.....

    ReplyDelete

Item Reviewed: Bersetubuh ketika isteri dalam haid | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top