Breaking News

Aman Damai Dengan Mertua | FAMILY, romance, separation, soulmate, Sexuality, KELUARGA

Bila menjelang tiba musim perayaan seperti Hari Raya, ada menantu yang mengeluh kerana terpaksa berdepan dengan mertua walaupun hubungan bermasalah.

Hari Raya adalah waktu yang tepat untuk bermaaf-maafan dan melupakan pertelingkahan yang berlaku. Tapi bagaimana ya? Ingatkan diri bahawa apabila anda mencintai si anak, anda juga harus menghormati dan menyayangi ibu dan bapa beliau.

Mungkin ini boleh mewujudkan sedikit perasaan rasional di dalam diri anda apabila berhadapan dengan mertua.

Jadi apa kata kita bincang bagaimana untuk mewujudkan suasana yang aman damai apabila berkumpul tanpa mengira samada untuk Hari Raya atau pun lain-lain masa.

1. Sokongan suami atau isteri

Pasangan anda hendaklah memberitahu kepada ahli keluarganya sendiri ataupun berkias bahawa jika mereka menyakiti atau memburuk-burukkan anda , bermakna mereka juga menyakiti hatinya. Mungkin ini akan mendorong ahli keluarga menerima kenyataan bahawa mereka harus menerima anda demi menjaga hati ahli keluarga mereka sendiri.

2. Ambil Angin

Jika keadaan menjadi tegang dan luar kawalan, anda suami isteri patut keluar mengambil angin di luar sebentar. Ia akan mengurangkan tension dan stress bagi semua pihak yang terbabit. Ini juga dapat mengelakkan anda daripada bertekak dalam keadaan marah. Orang yang marah lazimnya akan berkata-kata dengan spontan tanpa memikirkan risiko. Mungkin ada yang menyesal nanti.

3. Jangan Ambil Hati

Biarkan sahaja perlakuan mereka. Jangan ambil hati sangat. Latih diri anda untuk menganggap bahawa apa sahaja yang mereka cuba sakiti tidak akan berjaya dan nescaya anda boleh menerima perbuatan mereka sebagai sia-sia.

4. Perbaiki Tahap Komunikasi

Cuba ambil tahu apa masalah yang mereka hadapi mengenai anda. Mungkin hanya salah faham yang boleh diselesaikan yang mungkin berpunca daripada masalah yang sekecil kuman.

5. Hormati dan Fahami Mertua

Sebagai yang lebih muda, anda patut mengambil inisiatif untuk berbaik-baik dengan keluarga mertua. Mungkin anda kurang memahami cara hidup mereka. Tiada salahnya jika anda boleh bertolenrasi dengan kehendak mereka.

6. Hilangkan Buruk Wasangka

Salah satu masalah yang timbul ialah salah faham serta bersangka buruk diantara satu sama lain. Kakak ipar menyangka adik ipar memperlekehkan suaminya sedang si adik cuma memperkatakan watak yang ditonton di tv. Apabila ini berlaku tentulah ada yang terasa hati dan merajuk. Hentikan buruk sangka ini dan cuba latih diri untuk menyangka baik terhadap keluarga pasangan.

7. Bincang dengan Pasangan

Beritahu pasangan jika anda berasa kurang selesa kerana mungkin beliau boleh menasihati bagaimana untuk berhadapan dengan ahli keluarganya sendiri. Lagipun adalah tidak sihat jika anda menyimpan semua masalah di dalam hati.

No comments