Breaking News

Peranan Keluarga | FAMILY, romance, separation, soulmate, Sexuality, KELUARGA


Peranan Keluarga

· Pengekalan dan penerusan umat manusia - manusia sebagai khalifah mesti kekal dan membiak dalam suasana yang damai dan tenteram.

· Perlindungan akhlak dan tatasusila - perkahwinan dan keluarga menjamin salahlaku sosial yang timbul dari keinginan seks manusia.

· Kestabilan hubungan kerohanian, kebaikan dan kasih sayang - hanya hubungan suami isteri, anak-anak dan kaum kerabat saja yang dapat mengekalkan perhubungan sesama manusia.

· Proses pembentukan - anak dan peribadi soleh melalui institusi keluarga yang damai.

· Jaminan sosial dan ekonomi - sebagai unit kecil dalam masyarakat yang menjamin sosial dan ekonomi individu masyarakat melalui nizam nafkah dan kasihsayang.

· Meluaskan kaum kerabat serta mewuiudkan kekuatan sosial di dalam masyarakat

· Keazaman untuk berusaha dan berkorban - membentuk rasa bertanggungjawab kerana adanya beban nafkah dan
tanggungjawab melindungi ahli keluarga.

Bencana keluarga tidak berwibawa

· Rumahtangga menjadi neraka dan bukannya tempat ‘sakinah’

· Melahirkan anak-anak yang tidak soleh

Suasana rumahtangga berwibawa

· Saling cinta-menyintai dan hidup rukun dan damai.

· Saling setia, memberikan hati dan jiwa raga kepada teman hidupnya.

· Hormat-menghormati dan harga-menghargai pendirian dan pendapat masing-masing.

· Mencari persesuaian prinsip hidup dan faham memahami jiwa masing-masing.

· Memahami tabi'at dan watak masing-masing.

· Saling ma'af-mema'afkan.
· Percaya-mempercayai dan bukan curiga-mencurigai.

· Masing-masing tahu kewajipan dengan penuh tanggungjawab terhadap kebahagiaan rumahtangga.

· Saling bantu-membantu.

No comments