728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

08 June 2006

PENDAFTARAN PERKAHWINAN SIVIL ( BRUNEI SAHAJA )

MAKLUMAT PENTING UNTUK PASANGAN YANG INGIN MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN DI PEJABAT PENDAFTARAN DI BAWAH BAB 23 AKTA PERKAHWINAN (PENGGAL 76)

Nota: Suatu Notis Perkahwinan mestilah didaftar sekurang-kurangnya 14 hari sebelum perkahwinan di upacarakan.

1. Mendaftar Notis Perkahwinan

1.1 Sesorang pemohon mesti:-

a. Berumur lebih dari 18 tahun.

b. Menetap di Negara Brunei Darussalam sekurang-kurangnya selama 14 hari (syarat ini boleh dipenuhi oleh salah seorang dari pasangan tersebut).

c. Tidak kahwin kepada mana-mana pihak ketiga.

d. Tidak bersaudara di antara satu dengan yang lain

e. Berfikiran waras.

f. Bukan penganut ugama Islam.

1.2 Sebelum mendaftar Notis perkahwinan, pasangan pemohon mestilah hadir sendiri untuk mengangkat sumpah Akuan Berkanun berhubung dengan syarat-syarat yang ditetapkan dalam nota 1 di atas. Borang-borang akuan ini akan diberi kepada pasangan tersebut pada waktu mendaftar Notis Cadangan perkahwinan.

1.3 Untuk membuat Akuan bagi nota 1.2 dan untuk mendaftar Notis Cadangan Perkahwinan, pasangan pemohon mesti membawa bersama mereka dokumen-dokumen berikut:

a. Kad Pengenalan Brunei, (jika pemohon adalah rakyat asing, Awang/Dayang mestilah juga membawa pasport Awang/Dayang).

b. B$10.00 untuk cukai setem.

c. Dokumen-dokumen membuktikan taraf kelamin pemohon:-

i. bercerai:

Salinan & salinan asal Dekri Nisi Mutlak.

ii. Bercerai mati:

1. Salinan asal & salinan Surat Akuan Mati pasangan yang telah meninggal dunia.

2. Salinan asal & salinan Surat Akuan Perkahwinan yang lalu

iii Rakyat Filipina:

Surat Akuan Kelayakan untuk mengikat tali Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Filipina.

iv. Rakyat asing (bukan Rakyat Filipina) yang tidak pernah kahwin sebelumnya:

Suatu surat akuan rasmi yang menetapkan taraf bujang pemohon tersebut.

Ini bolehlah sama ada

Suatu surat akuan Tiada Halangan untuk Berkahwin yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftaran perkahwinan dari Negara Asal Pemohon.

Atau Afidavit atau Akuan Berkanun yang disumpahkan oleh ibubapa pemohon.

1.4 Kehendak-kehendak Imigresen bagi seseorang rakyat asing yang bermaksud untuk mengahwini seseorang Rakyat Brunei atau Penduduk Tetap Brunei.

Selain dari mana-mana dokumen berkenaan yang dinyatakan dalam nota 1.3 © (bila mendaftar suatu Notis Perkahwinan), pasangan pemohon mestilah juga membawa:

Suatu surat kebenaran daripada Jabatan Imigresen (kebenaran mestilah diperolehi terlebih dahulu sebelum mendaftar suatu Notis Perkahwinan)

2. Waktu untuk mendaftar Notis Perkahwinan

2.1 Isnin hingga Khamis

– 8.30 pagi hingga 11.45 petang

– 2.00 petang hingga 4.00 petang

2.2 Notis Perkahwinan mestilah didaftar di Daerah di mana pemohon-pemohon tersebut biasanya tinggal.

Semua Daerah (kecuali Daerah Kuala Belait) di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan, Tingkat 2, Mahkamah Besar, Jalan Tutong, Bandar Seri Begawan.

Daerah Kuala Belait – Mahkamah Majistret, Kuala Belait.

3. Bayaran dan penyusuan tempahan

3.1 Bayaran untuk perkahwinan di pejabat pendaftaran adalah:

Mendaftar notis Perkahwinan - $10.00
Mengupacarakan Perkahwinan - $10.00

3.2 Jika ianya menjadi perlu untuk menukar hari dan waktu yang ditetapkan bagi sesuatu perkahwinan, maka penyusunan tempahan baru hendaklah dirunding.

3.3 Perkahwinan diupacarakan pada petang Sabtu sahaja.

3.4 Tarikh pengupacaraan perkahwinan akan ditetapkan pada hari Sabtu 14 hari selepas tarikh Notis Perkahwinan.

3.5 Setelah mendaftar suatu Notis Perkahwinan, suatu Panduan Pengupacaraan Perkahwinan akan diberi kepada pemohon-pemohon tersebut. Pemohon-pemohon adalah sangat dinasihatkan untuk membaca Panduan ini dengan teliti.

PANDUAN MENGENAI PENGUPACARAAN PERKAHWINAN

(Sila baca panduan ini dengan teliti)



Nama Pemohon: ……………………………………….


Tarikh Notis: ………………………………………......


Dengan syarat bahawa tidak ada halangan yang sah didaftarkan terhadap perkahwinan Awang/Dayang, perkahwinan tersebut akan diupacarakan pada tarikh yang diberi dibawah ini:


Tarikh: ………………………………..


Waktu: ………………………………..


Di: Pejabat Pendaftaran Perkahwinan
Tingkat 2, Mahkamah Besar
Bandar Seri Begawan 2056
Negara Brunei Darussalam.

Pada hari tersebut, sila bawa:

1. Dua orang saksi bukan muslim yang berumur 21 tahun ke atas dan sepatutnya mengenali kedua-dua pengantin perempuan dan pengantin lelaki. Saksi-saksi ini mesti mengemukakan kad pengenalan mereka (atau pasport).

2. Kad Pengenalan (atau pasport) dan surat beranak pasangan yang berkahwin.

3. Cincin kahwin untuk ditukarkan semasa pengupacaraan perkahwinan tersebut. Walau bagaimanapun, ini adalah tidak diwajibkan.

4. $10.00 untuk bayaran pendaftaran perkahwinan.

NOTA:

(1) Pendaftar Perkahwinan mungkin enggan mengupacarakan perkahwinan tersebut jika pasangan berkahwin, saksi-saksi dan tetamu-tetamu mereka hadir di upacara tersebut dengan berpakaian tidak sempurna seperti seluar jean, seluar pendek, baju singlet, baju T dan berselipar. Pengantin perempuan, saksi-saksi perempuan dan tetamu-tetamu perempuan mestilah menghadiri upacara tersebut berpakaian gaun atau skirt, (dengan berlengan dan melimpasi lutut). Awang/Dayang adalah dinasihatkan untuk memperlakukan upacara tersebut dengan hormat dengan berpakaian sempurna apabila datang ke Pejabat pendaftaran.

(2) Pengakuan perkahwinan adalah dalam Bahasa Inggeris, Cina atau Melayu sahaja. Jika bahasa lain diperlukan maka pihak-pihak kepada perkahwinan tersebut adalah bertanggungjawab untuk mengadakan seorang jurubahasa.

(3) Tidak ada halangan jika hendak mengambil gambar atau video semasa upacara tersebut.

(4) Kertas hiasan, bunga rampai dan beras dsb. adalah tidak dibenarkan dalam bangunan ataupun di kaki lima di luar bangunan
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: PENDAFTARAN PERKAHWINAN SIVIL ( BRUNEI SAHAJA ) Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top