728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

13 June 2006

Kebebasan Anak Pilih Pasangan

Seorang anak wajar diberi kebebasan memilih pasangan tanpa paksaan ibu bapa, kecuali jika pasangan itu di kalangan yang tidak baik dan memudaratkan. Pada saat ini ibu bapa bertanggungjawab menasihatinya.

Seorang gadis pernah mengadu pada Rasulullah saw bagaimana dia dipaksa berkahwin dengan pilihan ibu bapanya dan baginda memberi pilihan padanya untuk diceraikan.
SAYA anak sulung daripada dua beradik. Saya berkahwin dengan lelaki pilihan ibu, manakala adik saya mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya. Tindakannya membuat ibu marah kerana dia mahu menjodohkan adik dengan lelaki daripada keluarga berada.

Ibu tidak mengizinkan adik balik ke rumah, malah mengatakan dia tidak lagi menganggap adik sebagai anaknya.

Malah, ibu selalu berkata dia menyesal melahirkan adik dan menganggapnya sebagai anak derhaka dan celaka kerana tidak mahu menurut kemahuannya.

Soalan saya, adakah betul tindakan adik mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya dan menolak pilihan ibu? Apakah hukumnya seorang ibu berkata begitu kepada anaknya?

KAK LONG
Kelantan

JAWAPAN

Ini menunjukkan betapa anak gadis mempunyai hak yang wajar dihormati dalam memilih pasangan hidupnya tanpa paksaan ibu bapa.

Tindakan ibu memaksa anak mengikuti pilihannya adalah salah. Ibu bersifat syurgawi, sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak dan menjaga lidahnya daripada mengeluarkan kata-kata yang tidak baik kerana mulut ibu adalah doa.

Memutuskan silaturahim sehingga tidak mengaku anak boleh menyebabkan kita ditahan daripada memasuki syurga. Jalan penyelesaian terbaik ialah menasihati ibu dan anak. Ibu mesti faham tindakannya salah dan anak mesti beralah dan memenangi hati ibu.

petikan dari soal jawab di harian metro
dijawab oleh
(Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri)

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kebebasan Anak Pilih Pasangan Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top